Tuesday 1 March 2011

Yuna Berhijrah ke Amerika Syarikat...?

Penyanyi Yuna,24, akan  ke Amerika Syarikat dalam masa terdekat ini bagi menjayakan album Inggeris beliau untuk pasaran antarabangsa.
Demi merealisasikan impian menempa nama di persada muzik antarabangsa, anak kepada bekas hakim dan guru ini akan berjauhan dengan keluarganya selama beberapa bulan.
Yuna atau nama yang sebenarnya Yunalis Zarai telah mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang berpangkalan di New York, Fader Laber Disember lepas akan menghasilkan satu EP dan satu album penuh.
EP atau album mini yang akan mengandungi tiga atau empat lagu adalah strategi untuk memperkenalkan nama Yuna di peringkat antarabangsa sebelum menghasikan album penuh. Sebelum ini Yuna pernah merakamkan album Decorate di sana.

PROFIL

NAMA SEBENAR: Yunalis Zarai
ASAL: Alor Setar, Kedah (Belah Ibu)
           Kuala Kangsar, Perak (Belah Bapa)
TARIKH LAHIR: 14 November 1986
KERJAYA: Penyanyi, komposer dan duta produk
STATUS: Bujang
ALBUM: Decorate
PRODUK: Duta produk Libresse
PENCAPAIAN: Popstar Award, Break Out Award (Artis Baru), Ultimate Shout! Award; Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009; Pemenang tempat kedua, Anugerah Juara Lagu 2009 (AJL2009) menerusi lagu Dan Sebenarnya itu, Anugerah Industri Muzik ke-17 dengan memenangi empat anugerah iaitu Artis Baru Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Deeper Conversation), Lagu Pop Terbaik (Dan Sebenarnya) dan Lagu Terbaik (Dan Sebenarnya).
LAGU LAIN POPULAR: Cinta Sempurna, Gadis Semasa dan Penakut

No comments:

Post a Comment