Friday, 11 March 2011

Siapa Artis Yang Malukan Anak Didik?

Sincerity is My Priority

Alafana dapat request dari Cyrill suruh adakan contest tp akak kurang masa dan kemahiran untuk adakan contest tapi to warm up apa kate kita maingame ni dulu utk suke-suke,  siapa yang baca petikan berita Normah Becokni tentu dapat agak program apa yang dimaksudkan. Cuba teka agak-agak artis mana dan anak didik mana yang terlibat dalam kancah ni? Akak sendiri pun tak tau tapi akak bole agak kot...Uols macam mana?Agak-Agak sape ya?

Dengarnya...: Artis malukan anak didik depan orang ramai
Oleh Normah Becok

2011/03/11

TIDAK semena-mena seorang teman lama menghubungi Cik Normah baru-baru ini. Yakin ada cerita nak dikongsi, Cik Normah pun mendengar saja ceritanya. Memang bagai diduga, dia akhirnya mengeluarkan topik pasal sebuah program realiti. Kebetulan ketika itu majlis memperkenalkan barisan bakat baru diadakan di sebuah pusat beli-belah.

Mana tak menariknya, barisan peserta siap menonjolkan bakat mereka di hadapan pengunjung. Puji kawan itu lagi, memang bagus bakat muda yang jadi pilihan kali ini. Disebabkan majlis berkenaan turut dihadiri penghibur yang disayanginya, terus kawan Cik Normah tercegat di situ sampai acara selesai.
Bukan pasal penghibur atau program itu yang kawan Cik Normah mahu berkongsi kisah, sebaliknya perihal seorang lagi artis yang menjadi guru kepada seorang peserta terbabit. Dalam pada memasang telinga sambil melihat wartawan bertugas dalam sesi temu ramah, kawan Cik Normah tu perasan artis berkenaan sudah memarahi anak didiknya di khalayak ramai.

Memanglah tak kuat, tapi kalau sudah membebel di depan orang lain, wartawan pula tu, tentulah dia malu. Katanya lagi, dia jadi kasihan bila melihat wajah bakat muda itu terkebil-kebil ditegur sebegitu. Teman Cik Normah yang jadi tetamu tak diundang pun takut kena sembur sama, terus saja berlalu.

Dia tahulah, sebagai guru, mesti artis itu hendak mendidik peserta terbabit.
Tetapi, takkanlah dimarah budak itu depan orang ramai. Tak bolehkah tegur secara baik-baik di belakang pentas nanti. Orang lain pun ada juga perasaan malu.

Cuma dia tabik spring dengan artis senior lain yang tetap ‘maintain’ dengan senyuman walau diasak wartawan dengan pelbagai soalan. Dari situ anak didik mereka boleh belajar cara berkomunikasi, bukan hanya dengan wartawan, malah bersama peminat

No comments:

Post a Comment