Friday, 25 March 2011

Prop tidak setimpal dengan Kos Pembikinan

Sincerity is My Priority


Pementasan teater Lat The Kampung Boy Sebuah Muzikal yang ketika ini masih lagi dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya nyata berjaya memaparkan coretan suka dan duka di dalam hidup Lat, atau nama sebenarnya Datuk Mohd Nor Khalid.


Malah, pementasan teater terbitan Tall Order Productions Sdn Bhd ini juga sarat dengan nilai-nilai murni serta mesej-mesej berbentuk kasih sayang serta kekeluargaan yang semakin dilupakan oleh masyarakat hari ini. Plot skripnya juga diteliti agar pementasan ini bukanlah hiburan remeh semata-mata tanpa moral yang boleh dipelajari.


Ada segelintir penonton yang berpendapat bahawa pengggunan props yang ditonjolkan di atas pentas Panggung Sari itu nampak seakan tidak setimpal dengan kos pembikinan teater yang dikatakan sebagai 'pementasan termahal dalam sejarah teater Malaysia'. Kos pembikinannya adalah RM3 juta.



Dengan menampilkan 23 set dan barisan orkestra yang akan mengiringi pementasan yang dijangka berlangsung selama dua jam itu, maka tidak hairanlah LKBSM menjadi teater muzikal paling mahal setakat ini.
Sedangkan, Puteri Gunung Ledang the Musical yang dipentaskan pada tahun 2006 dikatakan memakan belanja hanya sekitar RM2.5 juta sahaja.

Justeru, terdapat beberapa individu yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka itu menerusi laman sosial terutama di akaun facebookLat The Kampung Boy Sebuah Muzikal bertajuk yang khusus diwujudkan sempena pementasan tersebut.



Namun harus juga kita ingat akan karikatur dan lukisan-lukisan Datuk Lat itu sendiri adalah berpaksikan minimalisma dan ringkas seperti perwatakan kartunis tersohor itu sendiri. Jika itu yang hendak dicapai, ternyata kedua pengarah itu berjaya menyelarikan karya teater itu dengan Datuk Lat dan keperibadian beliau.

No comments:

Post a Comment