Saturday 19 March 2011

Perspektif Banduan dalam teater Short Eyes

Sincerity is My Priority

Short Eyes mengisahkan kehidupan banduan  yang terdiri daripada pelbagai kaum minoriti di dalam penjara.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan dari pelbagai latarbelakang, warna kulit dan bangsa seperti orang kulit hitam (Afro-Amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam kelompok masyarakat mereka sendiri.

Mereka juga perlu mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya.

Walaupun ia berlatarkan persekitaran sebuah penjara, namun segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.


Short Eyes dibintangi Zahiril Adzim, Taiyuddin Bakar, Nam Ron, Along Eyzandy, Fared Ayam, Khairunazwan Rodzy, Khairil Ridzuan K'N, Naque Ariffin, Xavier Fong dengan penampilan khas Faisal Mustaffa.


Apabila Clark Davis  ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak, tahanan-tahanan lain telah menganggap  jenayah yang dilakukannya itu sebagai  di luar tabii manusia normal. Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri sedang menjalani hukuman mereka, berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

No comments:

Post a Comment