Friday 11 March 2011

Norkhiriah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah! Pelakon Noorkhiriah 35, yang telah selamat melahirkan bayi lelaki jam 11.40 pagi tadi secara pembedahan di Hospital KPJ Damansara. Ini merupakan anak kedua Norkhiriah.

Noorkhiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah Ahmad Shafie berkata walaupun melahirkan anak secara pembedahan tetapi yang penting anaknya sihat.

Noor dan suami Azfaidzul Antan telah mempunyai beberapa nama untuk diberikan pada bayinya itu tetapi belum menetapkan nama pilihan. Kemungkinan dalam masa seminggu ini, mereka akan menamakan anak mereka itu.

Selepas keluar dari hospital Noor akan pulang ke kampungnya di Raub, Pahang untuk berpantang tetapi akan menyambung proses pantang di rumahnya sendiri di Kuala Lumpur.
Noor telah mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada Nov 2009 setelah tiga tahun berkahwin 

No comments:

Post a Comment