Friday, 4 March 2011

Dah panas bontot salahkan orang lain

Ahad lepas Zubir dalam ruangan Teropongnya telah menimbulkan isu remeh-temeh pasal kononnya Ana Rafali dan Fazli Zainal bermulut lancang. Hari ni dalam dalam Harian Metro, kedua-dua artis membuat penjelasan bahawa apa yang berlaku adalah salah faham dan kemungkinana ada pihak yang sengaja mengada-adakan cerita.

Bila bontot tu dah panas, salahkan sumber mengada-ngadakan cerita, nape tak siasat dulu sebelum tulis?
Jika benarlah ada yang membuat cerita tak betul tentang kedua-dua artis terbabit memang tak patut tetapi siapa yang patut dipersalahkan adalah Zubir, Pantang ada orang bagitau je entah betul ke entah tidak, terus tulis dalam ruangan Teropong dia tu.

Lain kali sebagai wartawan,, pakai lah otak sikit sebelum tulis, buat research dulu atau self-censorship sebab pasal tulisan kau, ramai orang akan terpengaruh, ya lah keje dengan akhbar Berita Harian, tinggi kredibiliti akhbar berkenaan di kalangan pembaca Melayu.

Lagi satu, Anna Rafali menjelaskan dia tak tahan masuk bilik VIP tu sebab penuh dengan asap rokok dan dia ada asthma takut kesihatan terjejas. Tp Alafana dapat tahu, selalunya sebelum buat persembahan, Anna Rafali ada gak hisap rokok, buka sepam dua tp sebtanag dua kadang-kadang,  yang itu tak pulak jejaskan kesihatan. Entah lah golongan artis ni...buat statement main suka hati je.

1 comment: