Sincerity is My Priority
Kawan Alafana, Gia Jolly Madonne Evil telah hadir ke pra tonton filem Hikayat Merong Mahawangsa, baru-baru ini, katanya ramai gak la orang orang glamour dalam bidang hiburan yang hadir.Antara mereka ialah pelakon berbakat besar, Lisa Surihani hadir menyaksikan tayangan filem itu bersama ibunya.
Gia Jolly Madone Evil bagitau Alafana, pelakon jelita itu kelihatan begitu mesra dengan trio adik-beradik itu dan nampak sangat teruja dengan apa yang mereka hasilkan.
Malah dia juga memuji filem dan bersemangat nampaknya Lisa mengulas mengenai projek KRU Studios.
Dalam pada itu, Gia Jolly cerita yang Lisa ni seperti melobi diri sendiri apabila dilihat bergurau-gurau manja dengan Norman yang membawa maksud supaya memberi peluang kepadanya berlakon di bawah produksi mereka. Secara berseloroh, Lisa beberapa kali mengulangi kata-kata itu dengan Norman.
Malah, sebaik tayangan itu berakhir, Lisa turut menyertai majlis 'supper' anjuran kru produksi filem berkenaan di Avenue K, Jalan Ampang.
Pada Alafana, apa salahnya Lisa cuba bekerjasama dan beralih angin mengembangkan bakat lakonannya di tempat lain. Kata orang, jauh perjalanan banyak pengalaman,tak gitu Dek Non Gia Jolly?
Ni asyik berlakon dalam filem terbitan MIG Production. Mana tau kalau Lisa dilamar oleh KRU Studio.
No comments:
Post a Comment