Wednesday 30 March 2011

Tahniah Ruhil Amani Dapat Baby

Sincerity is My Priority

Tahniah Alafana ucapkan kepada penyanyi Ruhil Amani Hussein telah selamat melahirkan bayi keduanya, Bayi lelaki yang diberi nama Raayan Alexander Wilson lahir pada 3 Mac lalu. Bayi seberat 3.83kg tu dilahirkan di Hospital Pakar Damansara pada pukul 12:59 tengah hari.

Isteri kepada pemain gitar Jamil Wilson ini melahirkan bayi secara pembedahan.

Ibu dan anak berada di dalam keadaan sihat dah sedang menjalni proses berpantang..

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2003. Mereka mempunyai anak perempuan bernama Ruhil Ariana Wilson yang berunur tujuh tahun.



Jiran Meluat Tengok Kamal Adli Bertempek Kat Rumah Intan Ladyana

Sincerity is My Priority

Jiran tetangga di sebuah kondo  di Ampang sudah naik muak  jemu & jelak dengan perangai Kamal Adli dan Intan Ladyana .Mohamad Yahaya, 28 .  Hampir setiap hari mereka  nampak si pelakon lelaki ini keluar masuk daripada rumah Intan.


Ada satu pagi tu, ketika orang sibuk keluar rumah nak pergi kerja, sumber ini nampak Kamal Adli buang sampah di luar rumah. Kalau nak kata diai baru datang, memang tak logik. Sebab muka si pelakon lelaki ni macam baru bangun tidur. Tak mungkin’lah dia tidur dalam kereta, lagipun si kekasih hati dalam rumah cun melecun orangnya.


Intan mengaku Kamal kerap berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa atau keluar bersama tetapi Intan menegeaskan bahawa aktor itu hanya menunggu di bawah dan jarang masuk rumah, kalau ada pun sebab hal tertentu atau kecemasan.


Alafana tajk pasti sapa yang betul dan sapa yang salah dalam kes ni. Anyway, nak bagitau yang Putri Sarah Liyana dan kekasihnya Ammar dalam pemerhatian jiran-jiran di Rittz Perdana.







Tuesday 29 March 2011

Meluat Tengok Gelagat Pelajar AF9

Sincerity is My Priority


WAH, belum pun program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan, yang juga musim terakhir disiarkan,  Alafana sudah menerima panggilan daripada peminat yang kononnya tidak tahan dengan sikap berangan dan suka menunjuk-nunjuk beberapa pesertanya yang baru saja diumumkan semalam. 

Kisahnya, insiden itu berlaku beberapa hari sebelum sidang media mengumumkan pelajar baru terbabit diadakan. Dia yang berkebetulan berada di kawasan Ampang, tempat pelajar terbabit berlatih menari sebelum rancangan berkenaan bermula, terkedu seketika apabila melihat gelagat peserta musim baru ini.
Kata pemerhatit itu, sebelum naik ke studio yang terletak di tingkat atas, beberapa remaja yang kemudian dimaklumkan sebagai bakal peserta AF9 dilihat menarik-nari di kaki lima, terkinja-kinja dan tergedik-gedik di situ, seperti dunia ini mereka yang punya.


Mereka langsung tidak punya perasaan malu pada orang ramai yang ketika itu berada di kawasan terbabit, yang sama ada sedang menjalankan tugas harian, makan-makan mahupun membayar bil dan sebagainya. Maklumlah, tempat itu ada bank, kedai makan dan pusat beli-belah lagi. Jadi, mestilah ramai orang yang lalu-lalang di tempat terbabit. 

Pemerhati tu mengaku, dia rasa naik menyampah apabila melihat gelagat ‘pelajar’ musim baru itu, walaupun rata-ratanya masih muda dan lawa-lawa paras rupanya. Mereka seakan hendak menunjuk-nunjuk yang mereka bakal bergelar artis popular sedikit masa lagi. 



Padahal mereka semua tidak tahu, bagaimana agaknya untung nasib masing-masing tidak lama lagi. Memasuki program realiti bukanlah tiket untuk mengecap populariti seperti mana mula-mula rancangan sebegini diperkenalkan dulu. Kini, peminat sudah punya banyak pilihan... Mana yang berbakat dan elok pekertinya saja yang mungkin bertahan. dan bukannya atris mee segera, Selebihnya pula mungkin sekadar mampu mengucapkan Hi Hi Bye Bye... 

Nak  berikan contoh? Tak payahlah, sebab banyak sangat.  Bukan AF nak sangat mengcungkil dan mengetengahkan bakat-bakat tetapi diperalatkan untuk meraih duit AFundi sekaligus mengkayakan Astro. Maestro yang sepatutnya bertindak sebagai pihak management untuk  menjaga urusan mereka setelah bergelas artis nanti dah pun lingkup. Ape Cer???

Saturday 26 March 2011

Siti Nurhaliza Disampuk Jembalang?

Sincerity is My Priority

Terkejut Alafana apabila mendapat foto dengan kata-kata Siti disampuk empat jembalang. Rupa-rupanya jembalang tu adalah gimmick sempena karnival dan konsert Terima Kasih Harian Metro 20 Tahun yang kini sedang berlangsung di Dataran Merdeka.

Gambar tersebut diambil oleh Siti bersama-sama kakitangan Harian Metro di belakang pentas sebelum  Siti memulakan persembahan sebentar tadi.

Antara artis yang membuat persembahan adalah Ella, Ramli Sarip, Black, Stacey, Alyah, Datuk Ahmad Jais, Shahir, Azlan &The Tywriter.

Konsert diadakan bagi mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepada Harian Metro.

Anita Sarawak dan Sambal Belacan

Sincerity is My Priority

Tahniah A.F ucapkan pada penghibur yang berasal dari Singapura iaitu Anita Sarawak yang telah diiktiraf sebagai penerima Anugerah Penjenamaan Negara Antarabangsa, Anugerah BrandLaureate 2010/2011 baru-baru ini di atas sumbangan Anita Sarawak sebagai penghibur serba boleh di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

A.F pernah bertemu dengan Anita Sarawak sememangnya perwatakan nya amat menyenangkan. Bila berbual dengan Anita Sarawak macam dah lama kenal dia dan Anita tidak lokek berkongsi cerita.

Kawan A.F pernah berkongsi cerita lucu dengan A,F ketika dia bertugas di Palace of  the Golden Horses beberapa tahun yang lalu yang mana Anita menjadi resident di hotel tersebut kerana kerja-kerja beliau di Astro.
 Begini ceritanya ketika bulan puasa si Dewi ni saja nak bergurau dengan rakan dia yang bodoh-bodoh Alang tu.

Ketika waktu pagi, Dewi cakap kat kawan dia begini,  "Din Kak Nita ko nak breakfast tu, gi hantar,", kata Dewi sambil tergelak-gelak kecil dan berlalu.

Din dengan confidentnye telah pergi ke bilik suite  Kak Nita sambil menolak troli membawa pesanan yang biasa dipesan oleh Kak Nita.

Kak Nita yangmembuka pintu terkejut dengan hidangan yang dihantar.

"Alahai Dik Oii...Kamu ingat Kak Nita ni tak puasa ke? Kata Anita Sarawak terkejut. Din pun berlalu dengan malunya mencari Dewi yang dok pekenakan dia.

Nasib baik Anita Sarawak tak buat aduan pada pihak management. Anyway Dewi bagitau A.F,  bilik suite Kak Nita, Kak Nita sendiri yang kemas, dia tak benarkan pekerja hotel kemas especially bilik tidur dia.

Dan ada jugak pekerja yang terjumpa lesung batu di dalam bilik suite. Lesung batu diguna untuk Anita Sarawak buat sambal belacan sendiri. Wah A.F tabik dengan Anita Sarawak apabila dengar cerita tu, walaupun telah lama merantau, selera Kak Nita tetap tak berubah. dan siap buat sambal sendiri pulak tu.

Begitulah dia seorang superstar yang bernama Anita Sarawak walaupun berada di dalam kelasnya yang tersendiri dia tetap merendah diri.

KrisDayanti Pakai Vera Wang, Siti dan Anang Nyanyi Dua Lagu di Majlis Resepsi

Sincerity is My Priority
Siti dan suami sedang sibuk edit foto sebagai kenangan


Penyanyi tersohor tanahair telah menghadiri majlis resepsi kawan karibnya yang juga merupakan penyanyi Indonesia, Kris Dayanti.
Siti hadir ditemani suami Datuk Khalid Mohd Jiwa ke majlis yang penhu dihiasi dengan bunga mawar putih berlangsung di Ballroom Hotel Mulia, Senayan, Jakarta.
Pada majlis berkenaan, Siti turut mendendangkan dua buah lagu bagi meraikan pengantin.


Sementara itu, bekas suami Kris Dayanti, Anang Hermansyah menepati janjinya untuk hadir ke pernikahan mantan isterinya. Dia datang melalui lobi depan Hotel Mulia  bersama teman duetnya, Ashanty Siddiq. Dalam kesempatan itu, Anang sempat menghibur dengan menyanyikan dua buah lagu.
KD menggayakan gaun pengantin rekaan Vera Wang






Anang yang mengenakan setelah persalinan kot berwarna cokelat  dan berkemeja putih itu mendendangkan sebuah lagu bersama Ashanty.
 Satu lagu lagi dinyanyikan Anang bersama Ashanty, dan Aurel. Lagu yang mereka nyanyikan adalah 'Tanpa Bintang'.



1500 orang hadir dalam resepsi pernikahan KD yang kali ini didominasi mawar putih.
Pelamin Indah  di majlis resepsi KD

Friday 25 March 2011

Prop tidak setimpal dengan Kos Pembikinan

Sincerity is My Priority


Pementasan teater Lat The Kampung Boy Sebuah Muzikal yang ketika ini masih lagi dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya nyata berjaya memaparkan coretan suka dan duka di dalam hidup Lat, atau nama sebenarnya Datuk Mohd Nor Khalid.


Malah, pementasan teater terbitan Tall Order Productions Sdn Bhd ini juga sarat dengan nilai-nilai murni serta mesej-mesej berbentuk kasih sayang serta kekeluargaan yang semakin dilupakan oleh masyarakat hari ini. Plot skripnya juga diteliti agar pementasan ini bukanlah hiburan remeh semata-mata tanpa moral yang boleh dipelajari.


Ada segelintir penonton yang berpendapat bahawa pengggunan props yang ditonjolkan di atas pentas Panggung Sari itu nampak seakan tidak setimpal dengan kos pembikinan teater yang dikatakan sebagai 'pementasan termahal dalam sejarah teater Malaysia'. Kos pembikinannya adalah RM3 juta.



Dengan menampilkan 23 set dan barisan orkestra yang akan mengiringi pementasan yang dijangka berlangsung selama dua jam itu, maka tidak hairanlah LKBSM menjadi teater muzikal paling mahal setakat ini.
Sedangkan, Puteri Gunung Ledang the Musical yang dipentaskan pada tahun 2006 dikatakan memakan belanja hanya sekitar RM2.5 juta sahaja.

Justeru, terdapat beberapa individu yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka itu menerusi laman sosial terutama di akaun facebookLat The Kampung Boy Sebuah Muzikal bertajuk yang khusus diwujudkan sempena pementasan tersebut.



Namun harus juga kita ingat akan karikatur dan lukisan-lukisan Datuk Lat itu sendiri adalah berpaksikan minimalisma dan ringkas seperti perwatakan kartunis tersohor itu sendiri. Jika itu yang hendak dicapai, ternyata kedua pengarah itu berjaya menyelarikan karya teater itu dengan Datuk Lat dan keperibadian beliau.

M.Nasir dan Ramli MS Kini Bergelar Datuk

Sincerity is My Priority




Dua selebriti, M. Nasir dan Ramli MS semalam dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Penyanyi dan pencipta lagu, M. Nasir atau nama penuhnya, Mohd. Nasir Mohamed dan konduktor muzik, Ramli MS atau nama penuhnya, Ramli Mohamed Salleh adalah antara 124 penerima darjah DIMP pada satu istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini.
Turut menerima anugerah tersebut ialah pegawai kanan polis Jabatan Petugas Khas/Counter Terrorism Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ayob Khan Mydin Pitchay.
Seramai 148 orang menerima anugerah darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang itu.
PS: Ape cerite terbaru Datuk AC Mizal?

Pereka Fesyen Mengaku Bersalah

Sincerity is My Priority



"Saya menerima semua ini sebagai salah saya,"kata Wan Huzairil Wan Hussein, pereka terkenal yang mereka cipta gaun kontroversi yang dipakai oleh Miera Liyana di Majlis Makan Malam Golden Gala anjuran barangan kemas, Rafflesia & Mandala, di Hotel Le Meridien, pada Jumaat lalu.

Pakaian berwarna kuning keemasan yang dikenakan Miera Liyana itu dikritik hebat oleh para media kerana dianggap terlalu seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudara pelakon drama Kamelia Katrina tersebut.

"Saya tak perasan pada mulanya dan sekali imbas, pakaian itu nampak macam biasa saja. Dia (Miera Leyana) pun memang sukakan pakaian tu dan excited untuk bawa ke red carpet.

"Ketika sudah sampai di red carpet, dia minta saya untuk mengubahnya. Tapi, di sana tiada apa lagi yang boleh diubah. Lebih-lebih lagi kalau buat on the spot. Saya boleh ubah sikit-sikit jer seperti menaikkan sedikit dan ubah position pakaian. Tapi selebihnya, saya tidak boleh buat apa-apa lagi," katanya.

Ditanyakan perasaannya apabila pakaiannya dikritik hebat oleh pihak media, Wan Huzairil berkata, mengambil segala kritikan tersebut sebagai pengajaran dan akan dijadikan tauladan agar kesilapan yang sama tidak berulang semula.

"Saya ambil ini sebagai pengajaran dan saya faham yang persepsi orang yang berbeza. Mungkin, segelintir orang tengok tengok biasa jer tapi orang lain tengok seksi. Pada asalnya memang saya takder niat pun nak buat baju tu seksi untuk dia. Bila dah lama tak buat rekaan ini, jadi terlampau seksi pulak jadinya," katanya.

Sama ada insiden ini akan merosakkan reputasi serta mencalar imej serta reputasinya sebagai seorang pereka fesyen, Wan Huzairil mengandaikan bahawa situasi itu mungkin akan berlaku.

"Mungkin ada sedikit. Tapi saya akan cuba atasi balik masalah tersebut. Lagi pun sebagai pereka fesyen, kita akan bincang dulu dengan pelanggan sebelum design sesuatu material.

"Malah, saya juga akan mengesyorkan perkara yang sama tidak akan berulang semula kerana adakalanya setiap rekaan yang diminta adalah berdasarkan kepada kehendak pelanggan," katanya.

"Dalam hal ini saya yang bersalah dan bukan salah orang lain. Saya menerima semua ini sebagai salah saya dan bukan salah media. Media hanya melakukan tanggungjawab mereka. Dan daripada sini barulah saya boleh belajar dari silap saya," katanya lagi sambil mengakhiri perbualan.

"Saya Tahu Hukum Hakam Islam," Kata Miera Liyana

Sincerity is My Priority


Biarpun pelakon, Miera Liyana, 18, sudahpun memberi penjelasan serta membuat permohonan maaf secara terbuka atas perlakuannya yang tidak sengaja apabila mengenakan gaun yang terlalu seksi sehingga menimbulkan kontroversi ketika menghadiri majlis makan malam Golden Gala anjuran Rafflesia& Mandalay di Hotel Le Meridien pada Jumaat lalu, namun masih ramai lagi pihak yang tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikannya.

Masih ada segelintir pihak yang berterus-terusan mengecamnya dirinya. Apa tidaknya, alasannya yang diberikan bahawa dia tidak perasaan bahawa gaun ciptaan Wan Huzairil itu nampak seksi ketika mengambilnya pada waktu petang tanpa sempat mencubanya terlebih dulu dianggap sebagai tidak logik.

Malah, rata-rata pihak berpendapat bahawa pelakon yang berdarah kacukan Melayu-Cina memang sengaja berbuat demikian untuk meraih publisiti. Apa kata Miera Liyana dalam hal ini. Ada juga yang menganggap dia tidak menjaga maruah sebagai seorang  wanita yang beragama Islam.

 Miera dengan tenang mengakui dia sendiri berasa aib dengan apa yang berlaku dan tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata dan hinaan yang dilemparkan kepadanya kerana menurutnya hanya Allah sahaja yang layak mengadili dirinya.

"Terus-terang saya sendiri tak suka dengan apa yang telah berlaku ini. Saya juga rasa seperti diaibkan bila melihat kembali gambar itu. Apa tidaknya, ia melibatkan maruah saya, sudah tentu saya rasa rasa kesal. Tapi, tak banyak benda yang saya boleh lakukan.
"Jika saya boleh ulang kembali masa, saya memang mahu perbetulkannya. Tetapi, kini tak banyak yang saya boleh lakukan selain mengambil pengajaran atas apa yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

"Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana
ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam.
"Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik," jelas pelakon drama Kemalia Katrina ini.

Apabila ditanya, bagaimana reaksi ibu bapanya tentang kontroversi yang melanda dirinya, Miera Liyana memberitahu, dia bersyukur kerana dia dianugerahkan keluarga yang sangat memahami dan sentiasa menyokongnya.
"Alhamdulilah, ibu bapa saya memahami atas apa yang berlaku, biarpun pada awalnya, mereka agak terkejut. Kini mereka terus memberi sokongan terhadap diri saya supaya saya tidak terlalu tertekan dengan apa yang berlaku.
"Lagipun, mereka tahu apa yang saya buat selama ini. Cuma mereka menasihati supaya tidak mengulanginya lagi dan berhati-hati dengan setiap keputusan yang saya ambil," katanya lagi.
Miera Liyana kini baru sahaja tamat menjayakan pengambaran filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham dan bakal muncul dengan filem Mamat Khalid, Apokalips di pawagam tidak lama lagi

Danny XFactor dan Bendi

Sincerity is My Priority

Baru-baru ni Alafana ada menonton sebuah rancangan masakan di TV3 , kalau tak silap Cik Fana, nama rancangan itu Kuali oh Kuali yang dihostkan oleh Danny Xfactor. Cik bukan nak nak ketengahkan masakan yang dimasak pagi itu walaupun masakan Asam Pedas Muar itu amat meyelerekan tp nak sentuh sikit sikp Danny atau nama sebenarnya Khardanie Anwa.

Ketika tukang masak dan tuan punya restoran itu sedang memasak dan hendak masukkan rencah-rencahnya ke dalam kuah yang menggelegak itew, tukang masak itu bagitau kat Danny "Sekarang kita masukkan bendi ke dalam masak asam pedas ni",  pastu Danny menyampuk ... "(Bendi) ni dalam Bahasa Melayu apa kita panggil? Terkedu si tukang masak tu sampai terdiam seketika mendengarkan pertanyaan Danny,

Cik Fana pun terkejut sebentar depan Tv. Apa nama soalan la yang Danny tanya. Kalau tukang masak tu cakap Lady finger boleh dia tanya apa dalam Bahasa Melayu.  I ni dah terang lagi bersuluh perkataan bendi itu Bahasa Melayu.

Cik Alafana tak nak mempersoalkan tahap IQ Danny so Cik Fana anggap ia sebagai  gurauan kurang cerdik dari Danny.

Kawan Cik Fana cakap mungkin Danny confused. Menurut kawan Cik Fana orang pantai timr panggil bendi itu kacang lendir dan mungkin Danny ingat kacanag lendir tu Bahasa Melayu standard dan  bendi itu panggilan dalam Bahasa Inggeris. Mungkin la kot die confused.

Saturday 19 March 2011

Perspektif Banduan dalam teater Short Eyes

Sincerity is My Priority

Short Eyes mengisahkan kehidupan banduan  yang terdiri daripada pelbagai kaum minoriti di dalam penjara.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan dari pelbagai latarbelakang, warna kulit dan bangsa seperti orang kulit hitam (Afro-Amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam kelompok masyarakat mereka sendiri.

Mereka juga perlu mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya.

Walaupun ia berlatarkan persekitaran sebuah penjara, namun segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.


Short Eyes dibintangi Zahiril Adzim, Taiyuddin Bakar, Nam Ron, Along Eyzandy, Fared Ayam, Khairunazwan Rodzy, Khairil Ridzuan K'N, Naque Ariffin, Xavier Fong dengan penampilan khas Faisal Mustaffa.


Apabila Clark Davis  ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak, tahanan-tahanan lain telah menganggap  jenayah yang dilakukannya itu sebagai  di luar tabii manusia normal. Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri sedang menjalani hukuman mereka, berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Siti Zubaidah Di Panggung Bandaraya

Sincerity is My Priority

TANGISAN sendu Ani Mayuni dan keluhan pengarah teater, Raja Azri yang disiarkan dalam program hiburan di kaca TV, baru-baru ini mengundang simpati ramai.
Mereka melahirkan kekecewaan berikutan tindakan penganjur teater bangsawan Siti Zulaikha, yang tiba-tiba mengetepikan mereka dalam pemen�tasan di Auditorium Taman Budaya Negeri Melaka pada 26 & 27 Februari lalu. 
Selepas bertungkus-lumus berlatih, Raja Azri dan barisan pelakonnya iaitu Ani Mayuni, DJ Pool, Azza AF, Khaty Azian dan ramai lagi terpaksa ‘berputih mata’ apabila teater itu dipentaskan oleh sebuah kumpulan lain yang dilantik penganjur pada saat-saat akhir.

Namun, tuah menyebelahi mereka pula apabila Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan peluang mereka membuka tirai Siri Semarak Bangsawan 2011 dengan pementasan bangsawan Siti Zubaidah.

Pementasan itu berlangsung di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam bermula malam  tadihingga Ahad ini.enurut Raja Azri, dia masih mengekalkan pelakon asal Siti Zulaikha namun menampil�kan Ezad Lazim (Exists) yang melakonkan watak Bendahara. Dia menafikan teater ini ada persamaan dengan Siti Zulaikha dan enggan ia dikecohkan oleh mana-mana pihak. 

Siti Zubaidah mengiisahkan isteri kedua Sultan Zainal Abidin Shah, Raja Muda Negara Kembayat. Kehadirannya di istana tidak diterima oleh permaisuri Zaharah, isteri pertama Sultan.

Siti Zubaidah dihina dan dicerca kerana mereka berpendapat dia bukan berdarah raja. Saya berjanji akan buat yang terbaik dan menghiburkan semua yang hadir,

Reality Show Miss Malaysia/Universe 2012

Sincerity is My Priority


Adakah anda berumur di antara 18 hingga 27 tahun menjelang 1 February 2012? Berperwatakan menarik, berketinggian sekurang-kurangnya 163 cm dan ingin menjelajah ke seluruh pelusuk dunia?

Jika ya, anda bukan sahaja berpeluang untuk mendapat perhatian dunia, malah berpeluang untuk merebut gelaran paling berprestij, Miss Universe Malaysia 2012.
Sejajar dengan formatnya yang terkini, Organisasi Miss Universe Malaysia sedang mencari wajah-wajah baru untuk berentap dalam pertandingan Miss Universe Malaysia 2012 dan pada masa yang sama membintangi rancangan realiti televisyennya.

Pencarian yang pertama bakal diadakan di Blue Concourse, pusat beli-belah Sunway Pyramid, pada 19 Mac dan 20 Mac ini dari jam 11 pagi hingga 7 malam.
Mereka yang berminat dikehendaki datang awal untuk memenangi make-over percuma tajaan Xpression Master, Rimmel London, A Cut Above dan hadiah tajaan Rimmel London bernilai RM300 juga bakal dihadiahkan kepada pemenang bertuah.

Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia, Andrea Fonseka dalam kenyataannya berkata, gelaran Miss Universe 2012 bakal dimahkotakan selewat-lewatnya November ini.
"Pencarian ini diadakan setahun lebih awal mulai dari sekarang untuk memberi ruang masa yang banyak agar pemenang betul-betul sedia sebelum ke pentas Miss Universe," kata Andrea.
Sementara itu, selebriti, model dan personality TV, Deborah Henry, yang baru-baru telah merangkul gelaran Miss Universe Malaysia 2011 akan mewakili Malaysia ke pentas Miss Universe 2011 di Sao Paolo, Brazil pada September tahun ini.

Jelas Andrea, pada tahun ini buat julung-julung kalinya, calon Miss Universe Malaysia akan diadakan dalam bentuk rancangan realiti televisyen sebagai salah satu metodologi pencarian.
Sebagai permulaan, kepada mereka yang berminat boleh melayakkan diri ke peringkat seterusnya melalui sesi fotografi yang diadakan di lokasi-lokasi pencarian.
Kemudian, calon-calon akan bertemu dengan para juri untuk ditemuramah di Kuala Lumpur yang mana 50 calon akan kemudiannya disenaraipendekkan.

Seramai 50 calon tersebut akan dikuarantin ke lokasi yang dirahsiakan yang mana mereka akan menjalani latihan-latihan persediaan untuk bergelar Miss Universe Malaysia 2011.
Mereka akan terus disenaraipendek sehingga calon-calon 10 teratas dipilih dan dihakimi di Malam Gala dimana pemegang gelaran Miss Universe Malaysia 2012 akan diketahui.

Menambahkan kelainan pada anjuran pertandingan tahun ini, hadiah tunai dan saguhati berjumlah RM200,000 bakal diberikan kepada 5 teratas untuk memastikan mereka yang lain juga mendapat peluang pekerjaan yang lumayan dari agensi tempatan maupun luar negara.

Syarat-syarat bagi menyertai pertandingan ini, di mana calon haruslah berumur diantara 18 hingga 27 tahun menjelang 1 February 2012, berstatus bujang, tidak mempunyai anak dan bukan beragama Islam.
Calon juga layak, jika belum pernah diceraikan, belum pernah berkahwin atau belum pernah membatalkan perkahwinan. Berwarganegara Malaysia atau pemegang pasport Malaysia, ketinggian minimum calon haruslah melebihi 163cm.

Nyawa Janet Khoo Dalam Bahaya

Sincerity is My Priority


Pelakon Janet Khoo,39, memberitahu kehidupannya berada dalam keadaan bahaya berikutan pembunuhan melibatkan abangnya dan enggan memberi sebarang komen berhubung insiden itu.
Janet berkata, kematian tersebut begitu tragis dan dia amat sedih dengan apa yang berlaku.
“Maaf, ini sudah jadi kes polis sekarang. Saya tidak dapat mendedahkan apa-apa perkara kerana kami sekeluarga dalam bahaya. Situasi yang berlaku ini amat menyakitkan,” katanya.
Abang pelakon itu, Kim Leong, 47, seorang ahli perniagaan ditemui mati dalam keadaan menyedihkan apabila mayatnya dibalut dengan tilam sementara kaki diikat sebelum dicampak ke dalam semak berhampiran Lembah Pangsun, Hulu Langat di sini baru-baru ini.
Mayat mendiang ditemui oleh seorang lelaki di tepi jalan setelah dia terhidu bau busuk di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.40 malam pada 6 Mac lalu.
Jelas Janet, keadaannya yang masih terkejut itu membuatkan dia menjadi trauma dan meminta kepada semua pihak tidak mengganggu dirinya dan keluarga buat sementara waktu untuk membolehkan mereka menenangkan fikiran.
Pelakon filem Paloh itu juga berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Malah Janet juga enggan memberitahu lokasi pengebumian mendiang dan berharap para peminat serta pihak media memahami situasi tersebut.
"Saya menghargai perhatian semua orang. Namun buat masa ini saya perlu untuk melindungi keluarga saya dan diri saya sendiri,” katanya.

Kenapa Iqram Dinzly Tak buat Laporan Polis?

Sincerity is My Priority

Baru-baru ni rumah  pelakon Iqram Dinzly telah dimasuki pencuri . Antara barang yang dicuri adalah duit syiling, wang kertas dan laptop. Tetapi tiada tanda-tanda yang rumahnya dipecah masuk. Dia telah memberitahu Melodi tentang kecurian itu.

Iqram syak seseorang yang dikenali mencuri barangannya yang disimpan di dalam almari pakaian di dalam bilik tidurnya. Dan kemungkinan pencuri berkenaan ada kunci pendua rumah dia.

Yang Alafana nak persoalkan, kenapa buat laporan kat Melodi? Kenapa tak buat laporan polis? Bagaimana pencuri tu bole ada kunci pendua?  Pencuri tu pernah tinggal bersama Iqram ke? Adik angkat> Abang Angkat? Kekasih?Kakak Angkat?  Wallahualam...

Miera Liyana Macam Nak Berbogel

Sincerity is My Priority

Bercakap pasal nak popular dan meraih populariti contoh terbaik adalah Miera Liyana. Pendatang baru Miera Liyana ini telah menghadiri majlis Gala ABP-Rafflesia dengan pakaian yang sangat seksi...sikit je lagi nak nampak...

Miera Liyana lahir pada 20 Ogos 1993 adalah pelakon baru yang mula popular melalui darama online Luna Fantasiku arahan Aziz M.Osman pada tahun 2008.

Miera juga telah selesai membintangi filem pertamanya iaitu Apokalips arahan Mamat Khalid. Apokalips masih menunggu giliran tayangan di pawagam.

Apabila ditanya mengenai pakaiannya yang direka oleh Wan Huzairil,  Miera yang juga pernah membintanagi Katrina Kamelia manjawab

"Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan.

PS: Dah macam Hollywood fesyen artis Malaysia ni, harap bakat lakonan pun sama menyerlah mcm artis Hollywood ya...

Friday 18 March 2011

Musim Kedua Muzikal TKC - Pelakon Asal Disingkirkan

Sincerity is My Priority

Empat pelakon wanita teater muzikal Terima Kasih Cinta yang begitu hangat diperkatakan media sepanjang minggu lalu akan disingkirkan daripada musim kedua pementasan teater tersebut. Alafana kurang pasti pulak bila musim kedua akan dipentaskan.

Malahan bukan saja Deja Moss, Norish Karman, Farahdhiya dan Safura yang akan disingkirkan, tetapi khabarnya seorang lagi pelakon lelaki akan menerima nasib yang sama dengan pelakon wanita terbabit. Pelakon yang dimaksudkan ialah Shajiry.

Pihak produksi memang serik untuk bekerjasama dengan mereka yang tidak tahu hendak membezakan antara profesional dan personal. Bagi Cik Fana, jika betullah cerita yang disampaikan itu,  Alafana ok je.

pihak produksi memang serik untuk bekerjasama dengan mereka yang tidak tahu hendak membezakan antara profesional dan personal, jika betullah cerita yang disampaikan itu, Cik Fana tiada bantahan apa-apa.

Iyalah, kalau asyik nak bergaduh macam budak-budak, nanti susahlah jadinya. Orang sudah bagi peluang, buat hal pula. Ada ramai lagi artis popular dan berbakat di luar sana yang mahu berlakon dalam teater muzikal berkenaan cuma jangan buat hal, sudahlah. Jadikanlah apa yang berlaku kepada pelakon asal muzikal terbabit sebagai satu pengajaran.

Thursday 17 March 2011

Lat Kampung Boy Muzikal Paling Mahal

Sincerity is My Priority

Pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) yang bermula malam tadi di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) dan dipentaskan sehingga 3 April ini, pastinya  memberikan satu dimensi baru untuk pementasan teater muzikal di negara ini yang dilihat semakin berkembang pesat.

Malah, LKBSM juga telah mencipta sejarah apabila kos keseluruhan penerbitannya menelan belanja lebih RM3 juta sekali gus meletakkan teater muzikal arahan Harith Iskander dan Hans Isaac itu sebagai teater muzikal paling mahal pernah diterbitkan.

Dengan menampilkan 23 set dan barisan orkestra yang akan mengiringi pementasan yang dijangka berlangsung selama dua jam itu, maka tidak hairanlah LKBSM menjadi teater muzikal paling mahal setakat ini.
Sedangkan, Puteri Gunung Ledang the Musical yang dipentaskan pada tahun 2006 dikatakan memakan belanja hanya sekitar RM2.5 juta sahaja.

Bagi mereka yang masih belum mendapatkan tiket bagi menyaksikan LKBSM, pastikan anda berbuat demikian dengan segera bagi mengelakkan kekecewaan.

Tiket-tiket adalah berharga RM40, RM70, RM100, RM120, RM160, RM180, RM200, RM230 dan RM300. Untuk sebarang tempahan dan pembelian tiket, bolehlah berbuat demikian dengan melayari laman web, www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-4147 8600.

Yahya Sulong Uzur dan Nyanyok

Sincerity is My Priority

Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 84, berada dalam keadaan uzur sehingga kadangkala menjadi nyayok serta berperangai seperti kanak-kanak.

Isteri beliau, Datin Alisah Ali, 64, berkata, Yahya akan menyelongkar dapur dan laci untuk mencari sesuatu tanpa tujuan pada tengah malam dan gemar keluar dan masuk sambil mengunci rumah.
"Saya beritahunya supaya jangan mengunci pintu rumah jika dia hendak keluar sekejap kerana takut apa-apa berlaku dan saya tidak mempunyai kunci penduanya ketika itu.

"Saya tidak dapat tidur lena kerana bimbangkan kesihatannya,” luah Alisah ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Seri Perak, Bandar Baru Sentul.

Menurut Alisah, suaminya mengalami asma, sakit jantung, sukar bernafas malah baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) seminggu yang lalu.
Katanya, Yahya sebelum ini sudah dua kali dimasukkan ke Hospital Ampang tetapi terpaksa ditukarkan ke HKL ekoran kos pengangkutan untuk dia ulang-alik menjaga suaminya itu yang tinggi.

Alisah memberitahu, suaminya sebelum ini pernah menerima pencen bulanan sebanyak RM500 sebulan daripada Karyawan tetapi sumbangan itu telah dihentikan sejak empat bulan lalu ekoran krisis kepimpinan yang berlaku.
Yahya Sulong bukan sahaja berjasa sebagai artis malahan atas sumbangannya sebagai polis hutan memperjuangkan kemerdekaan negara pada 1950-an dulu.

PS: Semoga Pak Yahya kembali sihat. Dulu dulu Cik Fana suka tengok lawak ganding Yahya Sulong, Yusni Jaafar dan Hamid Gurkha

Administrator Facebook Akademi Fantasi 9 Biadap

Sincerity is My Priority

Alafana ada menerima email dari penggemar Akademi Fantasia 9 (AF9) yang menyuarakan rasa tidak puas hati mreka terhadap admin FB AF9 yang telah berlaku biadap dengannya. Bacakanlah

Dear Cik Fana
Blog Alafana ni adalah salah satu platform utk kami luahkan apa yg telah berlaku. Mungkin Cik Fana sudah dapat menghidu atau sebaliknya.
Baru-baru ini, pihak ASTRO Akademi fantasia 9 akhirnya telah memaparkan video 25 calon yang telah terpilih dengan berdasarkan 50% undian juri dan 50% undian penonton .

Tapi, dukacitanya kami sebagai peminat setia rancangan realiti ini agak terkejut dengan keputusan yg dipaparkan. Pelajar-pelajar yang terpilih diantaranya adalah mendapat undian penonton yang paling terendah sekali, sebagai contoh seperti NORA hanya 348 undi dan MIZA 225 undi. Manakala calon yang telah mendapat undian yg kedua TERTINGGI langsung tidak mendapat tempat, membuatkan kami semua keliru. Bagaimanakah sebenarnya pengiraan yang dibuat? Bukankah kami sebagai penonton mmpunyai hak yang sama banyak dengan juri?

Dan susulan itu, ada insan yang telah bertanya mengenai perkara ini kepada pihak admin AF di ruangan wall facebook. Sekali lagi kami telah dikejutkan dgn jawapan yang diberikan oleh pihak mereka.
” ANDA YANG TIDAK UNDI, MENGAPA LEPAS KEPUTUSAN DIBUAT BARU NAK MENYALAK “
Mak aih, di mana tatasusila kalian? Perkataan menyalak itu langsung sama sekali TIDAK patut, dah la kata mengapa tak undi, sedangkan undian yg paling rendah sekali telah berjaya top 25? Dan bermula dari saat itulah, ruangan FB akademi fantasia 9 menjadi sangat PANAZZ.

Ada seorang pembaca telah capture terlebih dahulu keputusan undian penonton sebelum dibuang oleh pihak mereka. Tapi admin telah menyoal ‘ketulenan’ gambar-gambar itu. Langsung tidak masuk akal . Sedangkan ramai sekali wartawan2 dan blogger juga telah mmbuat ulasan sebelum ini, telah menyalin jumlah undian calon pada hari terakhir . Untuk apa ingin menipu? Apabila seorang pembaca pinta pihak admin sendiri siarkan keputusan sebenar, mereka meletakkan seribu alasan yg langsung tidak munasabah.
Pembaca-pembaca menjadi sangat geram dan tidak berpuas hati dengan jawapan-jawapan sombong, biadap dan tuduhan melulu daripada pihak admin AF9 ini. Sehinggalah akhirnya pihak admin telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas ayat-ayat kasar yang telah dikeluarkan.

Takut pihak atasan dapat tahu (mungkin), sebab keadaan ketika itu memang bertambah kecoh. Dan mereka telah mmbuat kenyataan sekali lagi bahawa pemilihan pelajart Top 25 sebenarnya telah dipilih berdasarkan kriteria seperti keyakinan, perangai dari awal-awal lagi .

What?!  Jadi dimanakah hak kami yang 50% itu?  Bukankah hak kami sama banyak dengan juri iaitu 50%? Bukankah ini bermakna undian online hanyalah sekadar penipuan semata-mata?
Apabila persoalan itu pula telah diutarakan, pihak admin telah terus DELETED DISSCUSION BOARD INI YG BERTAJUK ” ANDA LUPA BACA TTG TERMA DAN SYARAT” http://www.facebook.com/topic.php?uid=180449741983494&topic=419
Untuk pengetahuan Cik Fana,  kami tidaklah melatah apabila pilihan undian kami tidak mendapat tempat. Tapi kami SANGAT3x tidak berpuas hati dengan “penyelesaian” yang dilakukan oleh pihak mereka. Memanglah undian ini free, tapi kami banyak sacrifice habiskan masa untuk membuat undian tersebut, iklankan kepada kawan-kawan lain, sanggup ke hulu hilir, habiskan bil-bil kami telefon kawan-kawan supaya pergi mendaftar di ruangan astro mengundi, tapi ini yang kami dapat?
Sampai hati sekali pihak Astro AF9 ini. Kami juga takkan kecoh seperti ini JIKA kami mendapat jawapan yang SANGAT TEPAT. Mengapakah pihak AF9 sangat susah untuk menjawab persoalan kami?
Dan kami berharap pihak OHBULAN! bantu kami untuk mendapatkan keadilan walaupon hanya 1% sekalipun, at least. Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak tuan kerana sudi membaca luahan kami ini. Kami juga telah sertakan bukti-bukti gambar antara perbualan dan jumlah undi yg sempat kami capture sebelum pihak mereka telah delete discussion board itu. Sekian, terima kasih.

Pendapat Cik Fana sennag aje boikot aje AF9 ni dah tak relevan dah. Lagi satu pecat aje admin AF9 tu biadap sungguh...

Mizz Nina & Noh Nikah 1 Julai 2011

Sincerity is My Priority

Selepas mengikat tali pertunangan pada 6 November tahun lalu, pasangan selebriti Noh Hujan dan Mizz Nina kini sedang sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada bulan Julai nanti.

Dengan perasaan bercampur-baur menjelang detik bahagia mereka, Mizz Nina yang merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim ini dengan penuh teruja, berkongsi mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka.

 “Setakat ini alhamdulillah, persiapan hampir 40% sudah dilakukan. Saya sangat teruja menjelang hari bahagia saya. Namun, yang paling teruja sudah tentu kedua ibu bapa saya. Mereka tidak sabar untuk tunggu majlis perkahwinan ini,”kata Mizz Nina ketika ditemui di Restoran Seri Melayu pagi tadi sempena pelancarn albun terbaru beliau.

“Saya rasa gembira namun akui agak panik kerana tinggal lagi beberapa bulan saja untuk majlis perkahwinan ini. Saya agak terkejar-kejar dengan banyak perkara untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

“Walau bagaimanapun, saya akan cuba untuk membuat yang terbaik dan pastikan semuanya menjadi seperti yang dirancang,”kata Mizz Nina sambil memberitahu akan mengadakan empat majlis bagi kedua-dua belah pihak.

“Majlis akad nikah akan berlangsung pada malam 1 Julai nanti di kediaman rumah keluarga saya. Majlis yang hanya akan dihadiri oleh keluarga dan saudara-mara ini bertemakan klasik hitam dan putih serta menampilkan elemen Melayu kontemporari.

“Manakala majlis kedua akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Majlis bertemakan warna ungu dan silver dengan konsep elegan ini lebih protokol kerana akan dihadiri oleh tetamu-tetamu kenamaan. Saya juga akan mengenakan pakaian tradisional Melayu rekaan Lady Jane iaitu pereka yang sama untuk majlis akad nikah saya.

“Pada 6 Julai pula, saya akan buat majlis resepsi untuk rakan-rakan dalam industri dan pihak media. Tema majlis ini ialah Jepun di mana anda dapat lihat ‘usher’ wanita akan memakai kimono manakala yang lelaki memakai pakaian ala-ala ninja.
Majlis keempat pula merupakan majlis di sebelah pihak lelaki di mana ia akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai 2011.” kata Mizz Nina.

Tuesday 15 March 2011

Iffa Raziah BerKempen Bersih Nama

Sincerity is My Priority

Pembantu peribadi Iffa Raziah  yang dikenali sebagai Propa sedang cuba membersihkan nama  artis berkenaan susulan insiden maki hamun Iffa terhadap Safura di laman Twitter baru-baru ini.  Akibat kata-kata kesat Iffa itu, Iffa Raziah telah dikecam hebat oleh masyarakat yang sungguh mual dengan perangai Iffa.

Alafana dapat tahu yang Propa sedang menjalankan kempen Public Relationnya dengan memberitahu beberapa wartawan betapa mulianya hati Iffa walaupun bermulut jahat dan dia berasa sedih apabila majikannya itu sering di salah tafsirkan.

Nasihat Alafana, kalau hati baik, perlulah sejajar dengan tingkah laku dan kata-kata. Dalam hati manalah kita semua nak tau baik ke jahat, jadi kalau hati itu wangi dan mulia zahirkanlah melalui tutur kata yang sopan. Janganlah bertiketkan kononnya tidak mahu bersikap hipokrit maka Iffa boleh memaki hamun sesuka hati.

Alafana setuju dengan sikap Iffa yang lantang bersuara tetapi biarlah bertempat dan tidak perlu bermulut lancang. Masyarakat meluat tau.  Lantang bersuara biar beradab jangan biadap.

Dah masyarakat menyampah baru terhegah-hegeh nak bersihkan nama baik. Alafana tertunggu tunggu gak bila Iffa nak mintak maaf kepada masyarakat secara terbuka terhadap kata-kata kesatnya itu sebagaimana yang telah dilakukan oleh produser A.Aida setelah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap  pelakon Sheera Iskandar.

P/S: Tertanya-tanya bila pulak Fizz Fairuz nak tampil meminta maaf secara terbuka kepada masyarakat terhadap lawak bodoh dan biadapnya di laman twitternya yang mempermainkan kejadian gempa bumi dan Tsunami yang elanda Jepun Jumaat lepas.
Sabtu lepas, ada wartawan hubungi Fizz mintak komen atas tindakan bodohnya itu tapi dia tak nak komen.

Monday 14 March 2011

Persembahan Artis Ternama Sempena Minggu Setiausaha

Sincerity is My Priority

Setiap tahun apabila tiba bulan April maka banyaklah pihak yaang akan mengadakan majlis makan tengah hari bagi majikan menghargai penat jerih setiap setiausaha yang berkhidmat dengan syarikat mereka. Kali ini Anita Sarawak,Noryn Aziz, Anuar Zain,Siti Nurhaliza Tarudin,Sheila Majid, Glenn Fredly,Noraniza Idris, Haziq dan tidak ketinggalan Papa Rock tanahair Ramli Sarip akan menghiburkan para setiausaha di beberapa tempat sekitar KL,Shah Alam dan Melaka.

Anita Sarawak, Noryn Aziz, Zizan, Juliana Evans
06 April 2011
12.30pm
SACC Convention Centre, Shah Alam

Siti Nurhaliza
05 April 2011
12.00 noon
Quality Hotel, Kuala Lumpur

Sheila Majid & Glenn Fredly
07 April 2011
Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur

Noraniza Idris & Haziq
13 April 2011
12.30pm
Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur

Anuar Zain
09 April 2011
3.00pm
Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka

Ramli Sarip, Dee
20 & 21 April 2011
12.00 noon
Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

Francisca Peter
28 & 29 April 2011
JW Marriot Kuala Lumpur

P/S: Mawi dan Ekin buat show kat mana sempena Minggu Setiausaha tahun ni?

Penyampai Radio Taraf Diva

Sincerity is My Priority

Kisah penyampai radio Linda Onn yang suka berlagak diva ini bukan sekali dua sampai ke pendengaran Alafana tetapi sudah beberapa kali. Baru-baru ni Alafana dapat tahu Linda Onn telah menyebabkan rakan-rakan sekerjanya berasa kurang senang dengannya.

Menurut sumber rapat dengan stesen radio Suria FM,  Linda Onn ini susah hendak memberi kerjasama dalam segala hal. Lebih suka buat kerja sendiri-sendiri dan terlalu cerewet. Kalau ada sebarang aktiviti dengan pendengar pun, dia susah hendak turun padang. Kalau ikut, banyak syarat yang diletakkan sehingga membuatkan ramai yang 'lemas'.
Wah Diva sangat kan? Walaupun dah dibayar gaji berbelas ribu ringgit sebulan,nak jumpe pendengar pun berkira?

Tapi yang peliknya, jika ada acara hiburan popular, boleh pula dia menghadirkan diri walaupun pada waktu itu dia sepatutnya perlu berada di konti untuk bersiaran. Siap buat rakaman awal lagi kerana hendak tunjuk muka di acara hiburan itu.

Agak-agaknya, kenapa lah dia ni macam ni? Hrm.... dari cakap-cakap orang sekeliling,  Linda Onn ini yakin dia yang meningkatkan rating stesen radio berkenaan. Sebab itu, dia rasa pihak pengurusan tidak akan menyingkirkannya walaupun suka buat perangai. Kononnya, dia adalah 'anak emas' kepada stesen radio itu.

Alafana: Oh gitu kisahnya...

Sunday 13 March 2011

Alahai Faezah Elai

Sincerity is My Priority

Hari ini Alafana just nak buat analisis terhadap excerpt berita hiburan di dalam akhbar hasil tulisan Zubir dan Gayah Gebu.

Artikel Zubir:

Gara-gara cinta lokasi yang dikatakan terjalin antara dramatis, Faezah Elai, 29, dengan pengarah drama, Heykal Hanifah, 38, rumah tangga sutradara itu sudah berantakan. Kini, selepas Heykal dan isterinya, Rosmanizawani Nadzir atau Jaja, 38, disahkan bercerai, Zubir dimaklumkan, Faezah dan Heykal sudah pun bergelar pasangan kekasih!
, Faezah dan Heykal mula menjalin hubungan `teman tapi mesra' apabila kedua-duanya bekerjasama menerusi drama bersiri popular, Asmara.
Pun begitu, Faezah pernah menjelaskan, hubungannya bersama Heykal hanyalah antara pelakon dan pengarah selepas mereka bekerjasama menerusi drama bersiri berkenaan. Tambahnya, hubungan berkenaan tidak pernah melangkaui batasan sehingga wujud perasaan cinta antara mereka.

Namun, bekas isteri Heykal,  Jaja yang juga bekas kaki tangan syarikat rakaman antarabangsa EMI Music Malaysia, pernah membuat pendedahan bahawa Faezah adalah punca segala-galanya.

Zubir berkesempatan menghubungi Faezah, baru-baru ini, untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
“Saya bukan punca sehingga menyebabkan Heykal dan bekas isterinya bercerai.
“Terus-terang, selepas Heykal berpisah dengan isterinya, barulah hubungan kami semakin rapat. Kami sering berkongsi masalah. Heykal juga memujuk saya supaya membintangi Asmara 2 kerana pada awalnya saya tak mahu lagi dikaitkan dengan dirinya. Mulai saat itu, persahabatan kami semakin serasi. Tanpa berselindung, Heykal adalah lelaki yang paling rapat dengan saya ketika ini dan kami keluar bersama,” katanya berterus-terang.

Artikel Gayah:
PERAMPAS merangkap ‘lidah bercabang’. Haa... itu ‘spesies’ segelintir artis yang Gayah lihat semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Setiap kali muncul artis seperti itu, situasi yang dicetuskan sama belaka. Pada mulanya menyangkal gosip yang tersebar dan pada masa sama, menyalahkan orang lain atas kontroversi yang berlaku.
Selepas itu, apabila rumah tangga individu yang dikaitkan dengan artis itu hancur, sekali lagi buat penafian sama.
Saya bukan puncalah”, “saya tak terbabit langsunglah”, “kami cuma kawanlah“... itu ayat yang sentiasa diluahkan.

Lebih melucukan, dalam pada menafikan, mengakui pula mempunyai hubungan yang semakin rapat dan selalu keluar bersama. Aduhai! Gayah percaya ramai yang meluat dengan kenyataan seperti itu. Nampak sangat cuba menegakkan benang basah.
Hello... artis yang berkenaan. Kalau dah membabitkan hubungan cinta dengan seseorang, hubungan itu takkan berlaku dalam tempoh singkat. Masyarakat boleh menduga apa sebenarnya terjadi.

Justeru, janganlah cakap tak serupa bikin. Jangan jadi manusia lidah bercabang. Cubalah menjadi manusia yang rela berkata benar walaupun kebenaran diluahkan pahit untuk ditelan.

Kena ingat, setiap perbuatan keji, jika cuba disimpan, lama-kelamaan terbongkar jua akhirnya. Banyak contoh boleh dijadikan pengajaran
(Alafana nak tanya Gayah maksud Gayah  Siti Nurhaliza dan Waheeda?)

PS: Sejuk mata Alafana hari ni baca artikel Zubir dalam ruangan Teropong. Berlapik,ada etika dan tak bikin panas hati kita baca.  Minggu lepas Alafana ada mengulas cara Zubir menulis artikel ikut sedap pen dan papan kekunci dia , tak sayang mulut.

Scha & Awal Buat Apa di HK?

Sincerity is My Priority

Pasangan Scha dan Awal dikhabarkan tengah hangat bercinta tapi tak kawin-kawin lagi, bila nak nikah tak tau la. Anyway ada pemerhati bagitau Alafana baru-baru ni dia terserempak dengan pasangan Scha dan Awal di dalam kapal terbang.

Kata pemerhati tu bukan main mesra lagi Scha dan Awal di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur  ke Hong Kong. Katanya lagi sah la mereka ni bercinta.

Memanglah Alafana tau mereka ni bercinta, pertengahan tahun lepas selepas mereka dihimpit kontroversi konon mereka ditangkap mabuk di kelab malam, mereka telah bercuti ke Bali.

Kata permerhati lagi , mulanya Scha dan Awal duduk bersama tapi lama-kelamaan mereka duduk berasingan lagipun flight tak penuh banyak tempat duduk kosong so diaorang pun ambik seat yang kosong tapi asing-asinglah  so senang lah nak merenggangkan otot-otot sambil baring-baring.

Pemerhati bagitau Alafana dia musykil gak  Scha dan Awal buat apa ke HK. Rasa  Alafana mereka bercuti lagi la tu. Kat  Hong Kong kan ada Disneyland.

Anggun C.Sasmi Selesai Rakam Album Baru

Sincerity is My Priority

Sibuk merakamkan lagu sejak 1 Feb lalu
Kawan Alafana dari seberang yang telah lama menetap di KL, Dewi Anjasmara Sastrawidowo telah bercuti ke Kota London awal minggu ni.

So ketika bercuti London, dia sempat naik Eurostar ke kota Cinta Paris melawat kawan dia..sapa lagi kalau bukan penyanyi Indonesia  bertaraf antarabangsa Anggun Cipta Sasmi.

Kata  Dewi  Anjasmara Sastrawidowo dalam email dia pada Alafana,  Anggun telahpun selesai merakamkan album terbaru beliau yang bertajuk Echoes di  studio di Paris, Peranchis semalam.

Single pertama dari album Echoes  ini akan diedarkan dalam masa terdekat ini tetapi  pagi tadi Anggun sedang mencari tajuk yang sesuai untuk single pertama tersebut. dan petang tadi Alafana dapat tahu tajuk singlenya adalah ' Hanyala Cinta' atau versi English Only Love dan versi French  'Mon Meilleur Amour'

Album Echoes mengandungi 14 buah lagu baru hasil ciptaan komposer-komposert ternama.
Echoes akan dipasarkan di Eropah, Indonesia, Malaysia serta negara-negara rantau lain.

Alafana harap album  Echoes ni dapat menyaingi kejayaan album Elevation.

PS:  Alafana nak cadangkan single kedua Anggun bagi tajuk  sempena nama Dewi Anjasmara Sastrawidowo... kalau jadi  curlassst ko Dewi Anjasmara...

Saturday 12 March 2011

A Special Message From Alafana

I would like to express my deepest sympathy and heartfelt condolences to Japan and its people and especially to those who have lost family and friends.

Natural calamities remind us that we are living on the same earth and our humanity brings us together regardless of our race religion and color. Please donate money to your local reputable aid group. Japan needs our help. What hit Japan is heartbreaking. I sincerely hope that with solidarity of the world,  the  people of Japan will be able to overcome this nightmare.

Lisa Surihani Melobi Diri

Sincerity is My Priority

Kawan Alafana, Gia Jolly Madonne Evil telah hadir ke pra tonton filem Hikayat Merong Mahawangsa, baru-baru ini, katanya ramai gak la orang orang glamour dalam bidang hiburan yang hadir.Antara mereka ialah pelakon berbakat besar, Lisa Surihani hadir menyaksikan tayangan filem itu bersama ibunya.

Gia Jolly Madone Evil bagitau Alafana, pelakon jelita itu kelihatan begitu mesra dengan trio adik-beradik itu dan nampak sangat teruja dengan apa yang mereka hasilkan.

Malah dia juga memuji filem dan bersemangat nampaknya Lisa mengulas mengenai projek KRU Studios.

Dalam pada itu, Gia Jolly cerita yang Lisa  ni seperti melobi  diri sendiri apabila dilihat bergurau-gurau manja dengan Norman yang membawa maksud supaya memberi peluang kepadanya berlakon di bawah produksi mereka. Secara berseloroh, Lisa beberapa kali mengulangi kata-kata itu dengan Norman.

Malah, sebaik tayangan itu berakhir, Lisa turut menyertai majlis 'supper' anjuran kru produksi filem berkenaan di Avenue K, Jalan Ampang.

Pada Alafana, apa salahnya Lisa cuba bekerjasama dan beralih angin mengembangkan bakat lakonannya di tempat lain. Kata orang, jauh perjalanan banyak pengalaman,tak gitu Dek Non Gia Jolly?
Ni asyik  berlakon dalam filem terbitan MIG Production.  Mana tau kalau Lisa dilamar oleh KRU Studio.

Jimmy Shanley Tak Pernah Benci Isteri

Sincerity is My Priority

Membuat persiapan menyambut kelahiran anak sulung seorang diri
Menerima dugaan yang berlaku dengan sudut pandangan positif, Jimmy Shanley mengakui tidak pernah membenci isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, meskipun berkesempatan tinggal sebumbung selama 20 hari sahaja.

“Tidak ada guna kalau saya bermasam muka dengan isteri sendiri. Sebaliknya saya masih bersabar menanti kepulangannya untuk kembali normal menjalani kehidupan sebagai suami isteri,” jelasnya.
Jimmy sebenarnya tidak sabar untuk menanti kehadiran orang ketiga dalam keluarganya iaitu cahaya mata pertama.
Walaupun, sedikit terkilan kerana mengetahui saat menggembirakan itu daripada mulut orang lain dan bukannya disampaikan oleh isteri sendiri, dia masih lagi mampu mengukir senyuman ikhlas.
Ibu mentuanya, Datin Muniroh Kassim merupakan individu yang memberitahu Jimmy berhubung kandungan isterinya.

Namun disoalnya sendiri, bagaimana perasaan seorang suami apabila sehingga kini tidak berpeluang melihat dengan mata sendiri isteri yang mengandung lima bulan.
Sudah pasti hatinya cukup sepi dan cemburu dengan pasangan lain apabila bibit manis seorang suami yang bakal bergelar ayah tidak dapat dilaluinya.
“Pengalaman untuk sentuh perut isteri yang mengandung perlu dilupakan. Saya tidak macam orang lain yang menemani isteri masing-masing membuat pemeriksaan di hospital.

Jadi tidak mustahil, Jimmy mampu bergerak sendiri ke pusat beli-belah untuk menyediakan segala persiapan bagi menantikan kelahiran penyeri rumah tangganya.
“Saya memang terlalu gembira untuk beli barang bayi. Walaupun tidak tahu apa yang diperlukan, saya tidak risau kerana ada pembantu iaitu jurujual.

“Persiapan hampir lengkap, keterujaan pun semakin bertambah meskipun terpaksa berkongsi kegembiraan ini seorang diri,” akuinya yang memilih rona hijau bagi kelengkapan memandangkan masih tidak mengetahui jantina bayinya itu

Alafana turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa Jimmy. berdoalah agar keharmonian rumahtangga mereka kembali terjalin. Jangan dibiarkan bayi itu membesar dalam institusi keluarga yang pincang. Kesian nasib anak tu nanti.

Fauzi Abdullah Pergi Buat Selamanya

Sincerity is My Priority

Pereka tari terkenal era 70-an dan 80-an, Fauzi Abdullah, 57, meninggalkan segala yang disayanginya di Kuala Lumpur untuk menjaga bapanya, Abdullah Omar, 80-an, yang kian uzur di kampung. Sebagai anak sulung Fauzi amat bertanggungjawab dan tidak sampai hatinya melihatkan ayahanda tercinta tinggal seorang diri di rumah pusaka mereka di Alor Star, Kedah.
Apatah lagi 12 adiknya, semuanya sudah berkahwin dan beranak-pinak. Namun siapa yang dapat melawan takdir Ilahi apabila pada jam 8 pagi, Rabu lalu, Fauzi yang selama ini menjaga segala keperluan bapanya, pergi dulu menghadap penciptanya. Perginya tanpa sebarang pesan kerana dia meninggal dunia ketika tidur. Menurut adiknya, Mohd Sathee (EE), yang juga pereka tari terkenal, selepas solat subuh selalunya Fauzi akan turun bersarapan bersama bapanya.

"Tetapi puas ayah menunggu abang Fauzi turun namun derap kakinya pun tidak kedengaran. Sehinggalah jam 8 pagi, ayah terus ke biliknya dan mendapati dia masih tidur. Ayah cuba menggeraknya namun tubuhnya kaku dan sejuk.

"Baru ayah tahu abang Fauzi sudah tiada dan sebab kematiannya, kami syaki kerana masalah jantung. Saya dan adik-beradik yang lain, apatah lagi ayah sangat terasa ketiadaannya. Dia bukan saja abang sulung kami malah dia adalah pengganti emak yang sudah lama meninggal dunia. "Abang Fauzi sangat berbakat. Bukan saja dia handal dalam bidang tarian namun dia juga pandai memasak, menyolek dan segala kerja seni serta kreatif yang lain. Saya tidak berapa tahu sangat kenapa dia mengambil keputusan balik kampung. Yang saya dapat agak mungkin dia merajuk dengan industri dan pada masa sama dia hendak menjaga ayah. Barangkali juga dia ingin memberi laluan kepada saya untuk menyambung perjuangannya dalam bidang tarian.

"Di Alor Star, abang Fauzi mengusahakan butik pengantin. Abang Fauzi beritahu semua adik-beradik, selagi ada hayatnya dia akan terus menjaga ayah kami. Tetapi nampaknya, Allah s.w.t lebih menyayanginya. Selepas ini kakak saya yang tinggal di Alor Star akan menjaga ayah. Tak merasa lagilah kami "air tangannya' yang masak apa pun semuanya sedap," katanya.

EE juga bagi pihak Allahyarham mohon ampun dan maaf daripada semua rakannya serta minta dihalalkan segalanya. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Perak, bersebelahan pusara ibunya

Jangan Rosakkan Imej Saya, Kata Ziana Zain

Sincerity is My Priority

Penyanyi popular Ziana Zain kesal apabila majalah Eh keluaran Mac 2011membidas Ziana mengatakan beliau berlagak dan bertindak secara tidak profesional.

Menerusi artikel ‘Drama DIVA Made In Eh!’ keluaran Mac 2011, tindakan Ziana dianggap oleh penulis majalah tersebut sebagai tidak profesional dan terlalu mengikut emosi. Antara keratan artikel tersebut berbunyi :

“Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar profesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja Eh! berbuat demikian.”

“Ada bertanya, antara keempat-empat Diva ini, siapa yang lebih kertu, tetapi kami tidak anggap Ziana yang sudah 43 tahun itu kertu (kecuali dia meletakkan dirinya kertu). Justeru itu, kalau kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri).


“Ketika warga kerja Eh! mencari kedudukan yang sesuai untuk setiap seorang (ini penting kerana Ziana dan Ning berkulit gelap manakala Erra dan Fauziah cerah), tiba-tiba Ziana berlalu meninggalkan set sambil berkata “this is worng…”Dia membuatkan warga kerja Eh! yang sedang mengatur kedudukan terpempan.”



Ziana  menjelaskan dia mempunyai alasan yang kuat terhadap dakwaan berlagak diva dan meninggalkan sesi fotografi  majalah Eh! secara tidak profesional baru-baru ini.

Jelas Ziana, tindakannya meninggalkan sesi fotografi majalah fesyen itu keluaran Mac itu adalah kerana pakaian yang disediakan telah melangar prinsip dan boleh menjejaskan imejnya.
“Saya tinggalkan sesi fotografi itu kerana pakaian yang diberikan kepada saya sangat tidak sesuai dengan imej saya sekarang.
“Pada sesi fotografi tersebut, mereka menyuruh saya menggayakan pakaian ‘bareback’ rekaan Dior di mana ia mendedahkan bahagian belakang saya. Bagi saya, pakaian itu sesuai dengan golongan remaja dan tidak kena dengan imej saya.

Jangan kerana baju berjenama dan sesuai, saya kena pakai baju itu. Ini bukan Hollywood dan saya tak nak jadi mangsa fesyen,”kata Ziana meluahkan isi hatinya.
“Kalau saya pakai juga sudah tentu ada yang akan berkata lebih teruk lagi. Kenapa saya nak rosakkan imej yang saya bina selama 20 tahun dengan pakaian sebegitu?” katanya ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Antabax di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Tambah Ziana, dia kesal dengan tuduhan majalah tersebut yang menganggapnya sebagai artis tidak profesional, emosi dan tidak pandai berfesyen.
“Saya kecewa dan terkilan dengan apa yang mereka katakan tentang saya. Ia seperti satu serangan peribadi kepada saya.
“Saya datang untuk sesi fotografi dengan hati yang terbuka. Saya bukan tolak mentah-mentah untuk tidak pakai baju tersebut.
"Saya pakai juga baju itu tetapi ia memang tidak sesuai langsung dengan usia saya.
“Bagaimanapun saya menolak dengan baik dan minta digantikan dengan baju lain tetapi mereka tidak beri sebarang pilihan selain pakai baju tersebut. Siapa yang tidak professional?” soalnya.

Tambah Ziana, selama 20 tahun dalam industri hiburan, kejadian itu merupakan pengalaman pertama dia berhadapan masalah dengan media.
“Saya idola kepada masyarakat, jadi saya kena jaga pemakaian saya. Saya rasa sungguh tidak berpuas hati. Pertama kali dalan seumur hidup, saya tak pernah buat kerja bodoh ini kerana saya hormat semua orang.
Jelas Ziana lagi, dia tidak pernah cerewet dengan pakaian atau solekan yang disediakan melainkan ia benar-benar melangar prinsipnya.

“Siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu bagaimana saya bekerja, saya tidak pernah berlagak seperti seorang diva dan terlalu cerewet dengan pemilihan pakaian atau solekan.
“Tapi bila ia menyentuh kepada maruah dan imej yang mana boleh mejejaskan nama baik yang saya bina selama ini sudah tentu saya menolak,” katanya.

Menurut Ziana lagi bukan dia sahaja yang menegur tentang pakaian tersebut, malah artis lain seperti Ning Baizura dan Erra Fazira turut mempersoalkan pakaian masing-masing ketika terlibat dalam sesi fotografi itu.
“Mereka seharusnya buat kajian dulu artis mana yang datang dan pakaian apa yang sesuai untuk artis tersebut.
“Ketika itu, bukan saya sahaja yang tidak mahu pakai baju yang disediakan malah Ning dan Erra juga minta pakaian lain,” katanya.

Ekoran insiden tersebut, penghias muka depan yang sepatutnya diserikan oleh Ziana, Erra dan Ning telah digantikan dengan Dayang Nurfaizah, Mizz Nina, Misha Omar dan masih mengekalkan Fauziah Latiff.

Alafana simpati dengan kejadian yang menimpa artis kita. Ingat senang nak jadi artis  ni? Depa ingat bole perbodohkan artis sewenang-wenangnya? Bila kita tak  nak pakai ,  kate artis bermasalah. Hormatilah prinsip keje artis.