Sincerity is My Priority
Tahniah A.F ucapkan pada penghibur yang berasal dari Singapura iaitu Anita Sarawak yang telah diiktiraf sebagai penerima Anugerah Penjenamaan Negara Antarabangsa, Anugerah BrandLaureate 2010/2011 baru-baru ini di atas sumbangan Anita Sarawak sebagai penghibur serba boleh di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
A.F pernah bertemu dengan Anita Sarawak sememangnya perwatakan nya amat menyenangkan. Bila berbual dengan Anita Sarawak macam dah lama kenal dia dan Anita tidak lokek berkongsi cerita.
Kawan A.F pernah berkongsi cerita lucu dengan A,F ketika dia bertugas di Palace of the Golden Horses beberapa tahun yang lalu yang mana Anita menjadi resident di hotel tersebut kerana kerja-kerja beliau di Astro.
Begini ceritanya ketika bulan puasa si Dewi ni saja nak bergurau dengan rakan dia yang bodoh-bodoh Alang tu.
Ketika waktu pagi, Dewi cakap kat kawan dia begini, "Din Kak Nita ko nak breakfast tu, gi hantar,", kata Dewi sambil tergelak-gelak kecil dan berlalu.
Din dengan confidentnye telah pergi ke bilik suite Kak Nita sambil menolak troli membawa pesanan yang biasa dipesan oleh Kak Nita.
Kak Nita yangmembuka pintu terkejut dengan hidangan yang dihantar.
"Alahai Dik Oii...Kamu ingat Kak Nita ni tak puasa ke? Kata Anita Sarawak terkejut. Din pun berlalu dengan malunya mencari Dewi yang dok pekenakan dia.
Nasib baik Anita Sarawak tak buat aduan pada pihak management. Anyway Dewi bagitau A.F, bilik suite Kak Nita, Kak Nita sendiri yang kemas, dia tak benarkan pekerja hotel kemas especially bilik tidur dia.
Dan ada jugak pekerja yang terjumpa lesung batu di dalam bilik suite. Lesung batu diguna untuk Anita Sarawak buat sambal belacan sendiri. Wah A.F tabik dengan Anita Sarawak apabila dengar cerita tu, walaupun telah lama merantau, selera Kak Nita tetap tak berubah. dan siap buat sambal sendiri pulak tu.
Begitulah dia seorang superstar yang bernama Anita Sarawak walaupun berada di dalam kelasnya yang tersendiri dia tetap merendah diri.
No comments:
Post a Comment