Sincerity is My Priority
Baru-baru ni Alafana ada menonton sebuah rancangan masakan di TV3 , kalau tak silap Cik Fana, nama rancangan itu Kuali oh Kuali yang dihostkan oleh Danny Xfactor. Cik bukan nak nak ketengahkan masakan yang dimasak pagi itu walaupun masakan Asam Pedas Muar itu amat meyelerekan tp nak sentuh sikit sikp Danny atau nama sebenarnya Khardanie Anwa.
Ketika tukang masak dan tuan punya restoran itu sedang memasak dan hendak masukkan rencah-rencahnya ke dalam kuah yang menggelegak itew, tukang masak itu bagitau kat Danny "Sekarang kita masukkan bendi ke dalam masak asam pedas ni", pastu Danny menyampuk ... "(Bendi) ni dalam Bahasa Melayu apa kita panggil? Terkedu si tukang masak tu sampai terdiam seketika mendengarkan pertanyaan Danny,
Cik Fana pun terkejut sebentar depan Tv. Apa nama soalan la yang Danny tanya. Kalau tukang masak tu cakap Lady finger boleh dia tanya apa dalam Bahasa Melayu. I ni dah terang lagi bersuluh perkataan bendi itu Bahasa Melayu.
Cik Alafana tak nak mempersoalkan tahap IQ Danny so Cik Fana anggap ia sebagai gurauan kurang cerdik dari Danny.
Kawan Cik Fana cakap mungkin Danny confused. Menurut kawan Cik Fana orang pantai timr panggil bendi itu kacang lendir dan mungkin Danny ingat kacanag lendir tu Bahasa Melayu standard dan bendi itu panggilan dalam Bahasa Inggeris. Mungkin la kot die confused.
No comments:
Post a Comment