Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Masih Setia kini dikhabarkan telah hamil lima bulan. Beliau dilihat ke sebuah klinik Kita di Dayabumi petang Khamis, untuk membuat pemeriksaan ultrasound bagi mengetahui jantina bayi itu.
Dia Fadila atau nama sebenarnya Nur Nadia Fadila Abu Bakar ditemani ibunya ke klinik berkenaan.
Dia yang juga seorang pensyarah di Aswara berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat mengetahui jantina bayi itu kerana ketika pemeriksaan ultrasound dijalankan alat sulit bayi itu terlindung.
Takpelah Dia lain kali boleh buat ultarsound check lagi kemudian ya. Tapi bagi Alafana asalkan bayi dan ibu sihat dah mencukupi.
Dia telah mendirikan rumah tangga dengan Redza Tan Sri Abdullah Sanusi October lepas setelah setahun berkenalan. Tentunya Redza turut gembira bakal menimang cahayamata nanti. Sekali lagi Alafana ucapkan tahniah buat Dia Fadila dan Redza.
semoga selamat dan bahagia hendaknya....
ReplyDelete