Thursday, 17 March 2011

Lat Kampung Boy Muzikal Paling Mahal

Sincerity is My Priority

Pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) yang bermula malam tadi di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) dan dipentaskan sehingga 3 April ini, pastinya  memberikan satu dimensi baru untuk pementasan teater muzikal di negara ini yang dilihat semakin berkembang pesat.

Malah, LKBSM juga telah mencipta sejarah apabila kos keseluruhan penerbitannya menelan belanja lebih RM3 juta sekali gus meletakkan teater muzikal arahan Harith Iskander dan Hans Isaac itu sebagai teater muzikal paling mahal pernah diterbitkan.

Dengan menampilkan 23 set dan barisan orkestra yang akan mengiringi pementasan yang dijangka berlangsung selama dua jam itu, maka tidak hairanlah LKBSM menjadi teater muzikal paling mahal setakat ini.
Sedangkan, Puteri Gunung Ledang the Musical yang dipentaskan pada tahun 2006 dikatakan memakan belanja hanya sekitar RM2.5 juta sahaja.

Bagi mereka yang masih belum mendapatkan tiket bagi menyaksikan LKBSM, pastikan anda berbuat demikian dengan segera bagi mengelakkan kekecewaan.

Tiket-tiket adalah berharga RM40, RM70, RM100, RM120, RM160, RM180, RM200, RM230 dan RM300. Untuk sebarang tempahan dan pembelian tiket, bolehlah berbuat demikian dengan melayari laman web, www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-4147 8600.

2 comments:

  1. terujanya nak saksikan pementasan LKBSM sabtu depan....

    ReplyDelete
  2. Alafana pulak teruja nak tengok Stefani (Sanggar Teater Fauziah Nawi) bermonolog di stor, eh bukan stor simpan barang tapi di Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka..nama je stor tp bukan stor sebenarnya

    ReplyDelete