Sincerity is My Priority
Pereka tari terkenal era 70-an dan 80-an, Fauzi Abdullah, 57, meninggalkan segala yang disayanginya di Kuala Lumpur untuk menjaga bapanya, Abdullah Omar, 80-an, yang kian uzur di kampung. Sebagai anak sulung Fauzi amat bertanggungjawab dan tidak sampai hatinya melihatkan ayahanda tercinta tinggal seorang diri di rumah pusaka mereka di Alor Star, Kedah.
Apatah lagi 12 adiknya, semuanya sudah berkahwin dan beranak-pinak. Namun siapa yang dapat melawan takdir Ilahi apabila pada jam 8 pagi, Rabu lalu, Fauzi yang selama ini menjaga segala keperluan bapanya, pergi dulu menghadap penciptanya. Perginya tanpa sebarang pesan kerana dia meninggal dunia ketika tidur. Menurut adiknya, Mohd Sathee (EE), yang juga pereka tari terkenal, selepas solat subuh selalunya Fauzi akan turun bersarapan bersama bapanya.
"Tetapi puas ayah menunggu abang Fauzi turun namun derap kakinya pun tidak kedengaran. Sehinggalah jam 8 pagi, ayah terus ke biliknya dan mendapati dia masih tidur. Ayah cuba menggeraknya namun tubuhnya kaku dan sejuk.
"Baru ayah tahu abang Fauzi sudah tiada dan sebab kematiannya, kami syaki kerana masalah jantung. Saya dan adik-beradik yang lain, apatah lagi ayah sangat terasa ketiadaannya. Dia bukan saja abang sulung kami malah dia adalah pengganti emak yang sudah lama meninggal dunia. "Abang Fauzi sangat berbakat. Bukan saja dia handal dalam bidang tarian namun dia juga pandai memasak, menyolek dan segala kerja seni serta kreatif yang lain. Saya tidak berapa tahu sangat kenapa dia mengambil keputusan balik kampung. Yang saya dapat agak mungkin dia merajuk dengan industri dan pada masa sama dia hendak menjaga ayah. Barangkali juga dia ingin memberi laluan kepada saya untuk menyambung perjuangannya dalam bidang tarian.
"Di Alor Star, abang Fauzi mengusahakan butik pengantin. Abang Fauzi beritahu semua adik-beradik, selagi ada hayatnya dia akan terus menjaga ayah kami. Tetapi nampaknya, Allah s.w.t lebih menyayanginya. Selepas ini kakak saya yang tinggal di Alor Star akan menjaga ayah. Tak merasa lagilah kami "air tangannya' yang masak apa pun semuanya sedap," katanya.
EE juga bagi pihak Allahyarham mohon ampun dan maaf daripada semua rakannya serta minta dihalalkan segalanya. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Perak, bersebelahan pusara ibunya
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas dirnya...Al Fatihah
ReplyDeleteTetiba teringat arwah uncle fauzi. dia org pertama yang mengajar saya bersolek.. semoga allah tempatkan roh uncle fauzi dikalangan org yang beriman... amin..
ReplyDeleteRupa beliau sudah pergi buat selamanya, semoga diberi keampunan serta diletakkan bersama roh mereka yang beriman dan beramal soleh....amin
ReplyDelete