Dah lama rasanya Alafana tidak dengar cerita Penyanyi Kaer Azami yang popular dengan lagu Izinkan Ku Pergi . Beliau pernah menghilangkan diri suatu ketika dulu kerana mendapatkan rawatan di Indonesia. Alafana ingin melaporkan kini Kaer akan kembali ke persada seni tetapi bukan dengan album terbaru.
Kaer kini sedang mengembangkan lagi bakat seninya untuk menjadi seorang pereka fesyen.
Kaer akan melancarkan koleksi pakaian Kazami Homme tidak lama lagi.
Kazami Homme akan menampilkan koleksi pakaian lelaki yang ringkas dan santai sesuai untuk golongan muda dan fashionista.
Buat masa ini, Kaer dikhabarkan teruja dengan perojek terbarunya itu dan sedang sibuk menemui pembeli bagi memasarkan koleksi pakaiannya itu. Tinjauan Alafana di laman web http://www.kazamihomme.com/ mendapati laman web berkenaan masih dalam proses penyelengaraan dan belum ada apa-apa koleksi pakaian di laman web berkenaaan.
No comments:
Post a Comment