Saturday, 19 March 2011

Reality Show Miss Malaysia/Universe 2012

Sincerity is My Priority


Adakah anda berumur di antara 18 hingga 27 tahun menjelang 1 February 2012? Berperwatakan menarik, berketinggian sekurang-kurangnya 163 cm dan ingin menjelajah ke seluruh pelusuk dunia?

Jika ya, anda bukan sahaja berpeluang untuk mendapat perhatian dunia, malah berpeluang untuk merebut gelaran paling berprestij, Miss Universe Malaysia 2012.
Sejajar dengan formatnya yang terkini, Organisasi Miss Universe Malaysia sedang mencari wajah-wajah baru untuk berentap dalam pertandingan Miss Universe Malaysia 2012 dan pada masa yang sama membintangi rancangan realiti televisyennya.

Pencarian yang pertama bakal diadakan di Blue Concourse, pusat beli-belah Sunway Pyramid, pada 19 Mac dan 20 Mac ini dari jam 11 pagi hingga 7 malam.
Mereka yang berminat dikehendaki datang awal untuk memenangi make-over percuma tajaan Xpression Master, Rimmel London, A Cut Above dan hadiah tajaan Rimmel London bernilai RM300 juga bakal dihadiahkan kepada pemenang bertuah.

Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia, Andrea Fonseka dalam kenyataannya berkata, gelaran Miss Universe 2012 bakal dimahkotakan selewat-lewatnya November ini.
"Pencarian ini diadakan setahun lebih awal mulai dari sekarang untuk memberi ruang masa yang banyak agar pemenang betul-betul sedia sebelum ke pentas Miss Universe," kata Andrea.
Sementara itu, selebriti, model dan personality TV, Deborah Henry, yang baru-baru telah merangkul gelaran Miss Universe Malaysia 2011 akan mewakili Malaysia ke pentas Miss Universe 2011 di Sao Paolo, Brazil pada September tahun ini.

Jelas Andrea, pada tahun ini buat julung-julung kalinya, calon Miss Universe Malaysia akan diadakan dalam bentuk rancangan realiti televisyen sebagai salah satu metodologi pencarian.
Sebagai permulaan, kepada mereka yang berminat boleh melayakkan diri ke peringkat seterusnya melalui sesi fotografi yang diadakan di lokasi-lokasi pencarian.
Kemudian, calon-calon akan bertemu dengan para juri untuk ditemuramah di Kuala Lumpur yang mana 50 calon akan kemudiannya disenaraipendekkan.

Seramai 50 calon tersebut akan dikuarantin ke lokasi yang dirahsiakan yang mana mereka akan menjalani latihan-latihan persediaan untuk bergelar Miss Universe Malaysia 2011.
Mereka akan terus disenaraipendek sehingga calon-calon 10 teratas dipilih dan dihakimi di Malam Gala dimana pemegang gelaran Miss Universe Malaysia 2012 akan diketahui.

Menambahkan kelainan pada anjuran pertandingan tahun ini, hadiah tunai dan saguhati berjumlah RM200,000 bakal diberikan kepada 5 teratas untuk memastikan mereka yang lain juga mendapat peluang pekerjaan yang lumayan dari agensi tempatan maupun luar negara.

Syarat-syarat bagi menyertai pertandingan ini, di mana calon haruslah berumur diantara 18 hingga 27 tahun menjelang 1 February 2012, berstatus bujang, tidak mempunyai anak dan bukan beragama Islam.
Calon juga layak, jika belum pernah diceraikan, belum pernah berkahwin atau belum pernah membatalkan perkahwinan. Berwarganegara Malaysia atau pemegang pasport Malaysia, ketinggian minimum calon haruslah melebihi 163cm.

No comments:

Post a Comment