Saturday 19 March 2011

Nyawa Janet Khoo Dalam Bahaya

Sincerity is My Priority


Pelakon Janet Khoo,39, memberitahu kehidupannya berada dalam keadaan bahaya berikutan pembunuhan melibatkan abangnya dan enggan memberi sebarang komen berhubung insiden itu.
Janet berkata, kematian tersebut begitu tragis dan dia amat sedih dengan apa yang berlaku.
“Maaf, ini sudah jadi kes polis sekarang. Saya tidak dapat mendedahkan apa-apa perkara kerana kami sekeluarga dalam bahaya. Situasi yang berlaku ini amat menyakitkan,” katanya.
Abang pelakon itu, Kim Leong, 47, seorang ahli perniagaan ditemui mati dalam keadaan menyedihkan apabila mayatnya dibalut dengan tilam sementara kaki diikat sebelum dicampak ke dalam semak berhampiran Lembah Pangsun, Hulu Langat di sini baru-baru ini.
Mayat mendiang ditemui oleh seorang lelaki di tepi jalan setelah dia terhidu bau busuk di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.40 malam pada 6 Mac lalu.
Jelas Janet, keadaannya yang masih terkejut itu membuatkan dia menjadi trauma dan meminta kepada semua pihak tidak mengganggu dirinya dan keluarga buat sementara waktu untuk membolehkan mereka menenangkan fikiran.
Pelakon filem Paloh itu juga berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Malah Janet juga enggan memberitahu lokasi pengebumian mendiang dan berharap para peminat serta pihak media memahami situasi tersebut.
"Saya menghargai perhatian semua orang. Namun buat masa ini saya perlu untuk melindungi keluarga saya dan diri saya sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment