Thursday, 10 March 2011

Eja Amal Petua Tradisi Elak Gangguan

AKTRES Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih selesa dengan panggilan Eja sememangnya gemarkan watak yang agak serius. Hal itu diakui Eja kerana baginya, watak serius agak sesuai dengan karakternya sendiri.
Sememangnya figura yang satu ini cukup terkenal dengan karakter-karakter serius menerusi drama-drama Melayu televisyen (TV) tanah air.
Namun, selepas setahun setengah berehat dari bidang seni kerana melahirkan dan membesarkan anak,  Eja memulakan kerjayanya dengan lebih selektif.
Sebagai seorang pelakon yang suka melakonkan watak serius, Eja mengakui dirinya seorang yang cerewet. Perkara itu juga memang diketahui oleh para pengarah yang pernah bekerjasama dengannya.
Menurutnya, adalah menjadi kebiasaan setiap tawaran yang ditawarkan kepada Eja, pasti skripnya akan diteliti terlebih dahulu.

"Memang sudah menjadi kebiasaan pada diri Eja, apabila ditawarkan sebarang watak, Eja pasti akan baca dan teliti skripnya dahulu," katanya yang mengamalkan perkara ini sebagai prinsip dan amalannya dari dahulu.
"Sesuatu watak lakonan itu hanya akan diterima setelah Eja dapati ia sesuai dengan diri Eja dan Eja mampu menjiwai watak hanya dengan membaca skrip," bicara Eja lagi.

Dalam pada itu, Eja juga mengulas mengenai dirinya yang dikatakan seorang 'pelakon eksklusif' kerana biarpun popular menerusi drama-drama lakonannya di kaca TV, namun jika diukur tempoh karier lakonannya yang sudah mencecah 14 tahun, dia sebenarnya tidak banyak muncul dalam drama TV.
Eja berkata mendisiplinkan diri sebegitu kerana jika hasil lakonan Eja dihargai dan diingati, itu sudah memadai bagi seorang insan yang bergelar pelakon,ucapnya sopan.
Katanya, dia kini perlu memikirkan soal keluarga dan anak ketika memilih tawaran. Bukan cerewat tetapi dia mengharapkan pihak produksi menjalankan shooting dengan lebih profesional dan mengharga waktu di lokasi kerana dia tidak mahu membuang masa di lokasi.


Meneruskan bicaranya mengenai produksi genre seram, Eja mengakui berlakon dalam produksi seram sememangnya meletihkan minda dan fizikal.  Eje kini membintangi drama bersiri Mantera Anjasmaro

Untuk mengelakkan daripada gangguan makhluk halus, Eja turut mengamalkan petua orang tua-tua. Eja tidak ketinggalan melakukan amalan seperti meludah tiga kali dan perlu masuk ke dalam rumah secara berundur setelah membacakan surah al-Fatihah.
Eja juga tidak terus pulang ke rumah apabila selesai penggambaran, terutama jika lokasinya seperti di tanah perkuburan atau kawasan yang dikatakan berhantu.

"Surah al-Baqarah dan ayat Kursi juga dipasang di dalam kereta Eja dan itu sudah menjadi amalan," tuturnya.
Jika ada babak-babak yang perlu dilakonkan di liang lahad atau di tanah perkuburan, kebiasaannya Eja tidak terus pulang ke rumah, tetapi akan 'lepak' terlebih dahulu selama lebih kurang satu jam di gerai mamak berdekatan lokasi penggambaran, katanya.

2 comments:

  1. teringat cerita penanggal di Astro Ria lakonan Amy Mastura. Amy tetap cantik walaupun jadik penanggal...

    p/s: kata orang , orang kalau dah cantik pakai kain rabakpun tetap anggun, tapi mana yang huduh tuh pakai crown berlian pun nampak huduh!

    ReplyDelete
  2. Wow komen cyrill berbisa...mengalahkan Cik Fana, Cyrill bole jadi pengkritik dunia hiburan
    Kain rabak, rabak jugak tapi biarlah realistik kalau nak cantik pun...bulu mata palsu anyone? :-P

    ReplyDelete