Umum sudah sedia maklum bahawa penghibur Indonesia yang popular di sini, Kris Dayanti (KD) bakal menamatkan zaman janda bersama kekasih hatinya usahawan Raul Lemos pada penghujung bulan ini.
Malah semua sudah tahu bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merupakan sahabat karib KD. Mengakui telah pun menerima jemputan KD, Siti berkata akan menghadiri majlis tersebut meskipun jadual aktiviti hariannya agak padat.
Alafana dapat tahu juga ramai yang kecoh mempersoalkan kehadiran Siti ke majlis KD sedangkan majlis perkahwinan adik kandung Siti, Saerah beberapa bulan lepas Siti tak hadiri dengan memberi alasan ada urusan perniagaan di Singapura.
Siti berkata KD pernah menghadiri perkahwinan Siti dengan Datuk K jadi bagi membalas kedatangan KD, Siti akan hadir malah kata Siti, dia juga tidak keberatan untuk menghiburkan tetamu yang ada pada majlis tersebut tetapi belum menentukan lagu-lagu yang akan didendangkan.
Jadi pada pengamatan Alafana, Saerah adik Siti tidak menghadiri perkahwinan Siti kerana tidak bersetuju dengan pilihan Siti, iaitu suami kepada Tengku Zawyah dan menyebabkan keruntuhan rumahtangga mereka. Sebagai membalas dendam, Siti tidak menghadiri majlis perkahwinan Saerah. So pada Alafana fair and square lah.
Siti dan KD pulak kan sangat akrab. Buat album berduet, pergi spa sama-sama, buat 'rawatan tradisional' dan tak tradisional pun sama-sama.
Perkahwinan bersama Raul merupakan yang kedua buat KD. Sebelum ini, KD pernah berkahwin dengan komposer terkenal Anang dan dikurniakan dua cahaya mata.
wow!!! pedasnya ulasan cik fana..berdesing telinga.
ReplyDeletep/s: air dicincang takkan putus, sedangkan lidah lagi tergigit...cik fana suka sup lidah???
Ala takde lah pedas mana sangat...pedas pedas manjing jer Dek Non...Sesuai lah...Dua-dua perampas!!!
ReplyDeleteCik Fana tak suke makan bende bende yang exotic ni..lidah Akak masih lidah kampung..
ReplyDelete