Sunday, 6 March 2011

At Least KRU Studio ada inisiatif...Kau Mampu?

Siang tadi Alafana sempat la brunch dengan kawan lama Alafana. Dia ni kerabat Diraja. Beritahu Alafana ada di antara kawan-kawannya berpeluang menghadiri tayangan Diraja Filem Hikayat Merong Mahawangsa bersama-sama Sultan Kedah  Sultan Abdul Halim Muadzzam Shah minggu lepas.

Kawan Alafana bagitau kawan dia yang menghadiri premiere tu walaupun hanya bau bau bacang, tetapi  berbangga kerana kisah keturunannya diangkat di dalam bentuk visual tetapi tak puas hati menonton filem berkenaan, Katanya banyak kisah yang tidak dipaparkan di dalam filem tersebut. Banyak yang tak ada dan banyak yang pincang.

Apalagi Alafana pun berhujah panjang lebar la sampai tak lalu nak habiskan omellette dan sosej menangkis hujah pessimist kawannya itu.

Terdapat lapan versi salinan manuskrip HMM yang disalin tetapi hanya manuskrip Hikayat Merong Mahawangsa versi R.J. Wilkinson yang banyak beredar di masyarakat maupun yang disimpan di perpustakaan-perpustakaan nasional di berbagai negara.  Antara versi lain adalah:

Hikayat Merong Mahawangsa versi W. Maxwell yang terkenal dengan Ms. Maxwell 16. Naskah ini tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Naskah ini disalin oleh Muhammad Nuruddin bin Ahmad Rajti pada 2 September 1889 M di Pulau Pinang dengan panjang 207 halaman. Ada juga versi yang mempunyai 149 mukasurat.

Manuskrip Hikayat Merong Mahawangsa menceritakan awal mula sejarah berdirinya negeri Kedah mulai dari dibukanya negeri tersebut oleh Raja Merong Mahawangsa dan mempunyai 5 bab merangkumi :
1. Asal-usul keturunan raja
2. Pembukaan negeri
3. Silsilah raja-raja mulai raja pertama hingga raja terakhir
4. Proses pengislaman raja dan seluruh negeri
5. Situasi pada masa penulisan

Takkanlah pihak produksi nak mengadaptasi kesemua kisah yang terkandung di dalam kelima-lima bab yang ada 149/207 helai mukasurat dalam manuskrip tersebut?  Alafana pernah berbual dengan tokoh perfileman terkenal Datuk Rahim Razali. menjelaskan tidak semua plot di dalam novel atau manuscript boleh diadaptasi ke filem.

Kata beliau kurang daripada  40 peratus isi kandungan sesebuah teks boleh diadaptasi ke medium filem kerana limited screening time of not more than 120 minutes to retain audience interest. dan pengarah perlu ada editing skill yang cekap untuk adaptasi naskah teks ke filem.

Alafana setuju sangat dengan pendapat Datuk Rahim Razali tu, takkan semua kisah dalam 5 bab HMM tu nak dimuatkan dalam filem, nanti melerek-lerek la masa tayangan sampai 3-4 jam dan penonton pun bosan. Kalau buat docudrama bersiri lainlah,.  so masuk akal  produser hanya ambil kisah-kisah yang penting dan mampu menarik perhatian penonton saja difilemkan.

Bukan senang dek non nak  buat adaptasi karya teks ke filem. Sekurang-kurangnya KRU  ada inisitaitif nak mengangkat naskah dan martabat filem tempatan, kau pulak banyak karenah dan songeh asyik nak condemn je keje. Cuba kau terbitkan? Kau Mampu? Nan Hado lah alamatnya.

1 comment:

  1. Teringat Pepatah Melayu Lama... Condong Puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya.

    ReplyDelete