Sunday, 6 March 2011

Merong Mahawangsa: The Malay Chronicles Membanggakan

Hari Khamis ni akan berlangsunglah pembukanna penayangan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)diangkat sebagai filem dalam genre epik pengembaraan diterbitkan dengan kos RM8 juta.

Alafana dengar cerita setakat ini, hak pengedaran untuk filem HMM telah terjual di lebih 25 buah negara termasuk di United Kingdom, Perancis, Jerman,  China, Jerman, Peranchis Russia dan negara-negara Timur Tengah .

Alafana rasa kejayaan itu telah menjadikan HMM sebagai filem terbitan tempatan yang paling berjaya dari segi penjualan antarabangsa setakat ini.dan kita patut berbangga dengan hasil filem ini dan berharap warisan serta kebudayaan diterapkan dalam filem ini bukan saja menjadi kebanggaan rakyat Kedah tetapi juga rakyat Malaysia.

HMM membariskan beberapa pelakon dari luar negara termasuk Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa, Jing Lu (Meng Li Hua - Puteri China), Gavin Rees StenHouse (Marcus - Putera Rom), Craig Robert Fong (Liu Yun - Laksamana China), Eric Karl Hendrik Norman (Lycius - Laksamana Rom) dan Keith Chong (Maharaja China).

Pelakon tempatan yang terbabit ialah Datuk Rahim Razali (Kesum), Deborah Henry (Yesoddhra), Wan Hanafi Su (Taji), Khir Rahman (Kamawas), Ummi Nazeera (Embok), Umie Aida (Lang - ibu Merong Mahawangsa), Nell Ng (Ying Ying), Kuswadinata (Phra Ong), Mano Maniam (Goan), Ravi Sunderlingam (Sunder - pahlawan Goa), Jehan Miskin (Embi - pahlawan Melayu) dan Maya Karin (orang kampung) serta lebih 300 pelakon tambahan

Salah satu dari sebab mengapa HMM dikarang ialah untuk digunakan sebagai dokumen pengabsahan kuasa raja Kedah ke atas negerinya dan kawasan-kawasan jajahannya. Hikayat ini juga berguna dalam menepis dakwaan Siam bahawa raja Kedah tidak berhak menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris pada tahun 1786. Oleh itu, seperti hasil-hasil sastera sejarah Melayu tradisional yang lain, HMM adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan mitos yang digunakan untuk menegakkan kedaulatan raja-raja Kedah dan keturunannya.

Ringkasan Cerita HMM

Sekarang Alafana nak kongsi  kisah sikit tentang sejarah Hikayat Merong Mahawangsa. Tersebutlah kisah angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.

Beberapa unsur Pensejarahan Melayu Tradisional Dalam HMM
Pengarang karya sastera sejarah tradisional menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai.

Dalam HMM kita bertemu dengan berbagai-bagai unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga setempat. Pengaruh-pengaruh yang berbeza juga dipertentangkan supaya ternampak yang satu lebih mengatasi yang lain. Burung geroda, binatang mitis hindu kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman. Unsur mitos Hindu dan animisme seperti gajah sakti, anak raja yang ditemui dalam buluh betung dan dalam sungai, mitos asal usul tempat dan lain-lain semuanya dikemukakan dengan cara yang teratur dan bertujuan memberikan asal usul raja Kedah gambaran yang agung dan gemilang.

Cerita-cerita di sekitar Raja Bersiong adalah contoh penggemblengan unsur mitos Hindu dan unsur perlambangan untuk memberikan asal usul raja-raja Kedah suatu pewarnaan keagungan dan kehebatan.
Penggemblengan unsur realiti dan mitos tergambar dalam gaya pengarang menceritakan bagaimana terjalinnya perhubungan antara Kedah dengan Siam. Dengan cara yang menarik, pengarang tidak menafikan bahawa Siam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari Kedah dan mengaku Kedah menghantar bunga mas dan perak kepada Siam. Tetapi pujangga istana Kedah menjelaskan peristiwa-peristiwa ini berlaku dengan pendekatannya yang tersendiri tanpa menjejaskan kedaulatan negeri Kedah.

Telah dijelaskan dari awal bahawa perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam adalah berasaskan ikatan kekeluargaan antara adinda bongsu dengan kekanda sulung. Dengan mudah dapat diterima mengapa permaisuri Raja Bersiong dan menteri keempat meminta bantuan dari Siam bila menghadapi masalah mencari orang yang sesuai untuk dijadikan raja, menggantikan Raja Bersiong.
Pengarang tidak mengatakan Raja Siam terus membantu tetapi Raja Siam berunding dengan ahli nujum dan meminta pihak ketiga, iaitu gajah sakti, untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan menggunakan unsur-unsur yang wujud dalam sistem kepercayaan masyarakat, pengarang menyatakan tugasnya sebagai pujangga istana yang bertanggungjawab.

Keunggulan HMM makin terserlah dalam pengisahan kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses penyesuaian dari amalan menyembah berhala kepada bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.Walaupun ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut dalam banyak karya sastera, pujangga istana Kedah menceritakannya dengan gaya yang berbeza.

HMM yang dikarang dengan berdasarkan konsep penulisan sejarah Melayu tradisional, menjalankan peranannya sebagai sebuah penulisan sejarah. Ia bukanlah dikarang semata-mata berdasarkan khayalan dan dongengan; malah banyak rahsia budaya dan nilai hidup zaman dulu tersirat dalam himpunan perlambangan, mitos dan lagenda.

2 comments:

  1. Sekadar berkongsi maklumat, janagan pergi nonton dengan minda kosong. At least kita ada bekalan. Tau latarbelakang sejarah filem berkenaan then only, we can aprreciate the film more. Tak gitu?

    ReplyDelete