Thursday 17 March 2011

Mizz Nina & Noh Nikah 1 Julai 2011

Sincerity is My Priority

Selepas mengikat tali pertunangan pada 6 November tahun lalu, pasangan selebriti Noh Hujan dan Mizz Nina kini sedang sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada bulan Julai nanti.

Dengan perasaan bercampur-baur menjelang detik bahagia mereka, Mizz Nina yang merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim ini dengan penuh teruja, berkongsi mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka.

 “Setakat ini alhamdulillah, persiapan hampir 40% sudah dilakukan. Saya sangat teruja menjelang hari bahagia saya. Namun, yang paling teruja sudah tentu kedua ibu bapa saya. Mereka tidak sabar untuk tunggu majlis perkahwinan ini,”kata Mizz Nina ketika ditemui di Restoran Seri Melayu pagi tadi sempena pelancarn albun terbaru beliau.

“Saya rasa gembira namun akui agak panik kerana tinggal lagi beberapa bulan saja untuk majlis perkahwinan ini. Saya agak terkejar-kejar dengan banyak perkara untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

“Walau bagaimanapun, saya akan cuba untuk membuat yang terbaik dan pastikan semuanya menjadi seperti yang dirancang,”kata Mizz Nina sambil memberitahu akan mengadakan empat majlis bagi kedua-dua belah pihak.

“Majlis akad nikah akan berlangsung pada malam 1 Julai nanti di kediaman rumah keluarga saya. Majlis yang hanya akan dihadiri oleh keluarga dan saudara-mara ini bertemakan klasik hitam dan putih serta menampilkan elemen Melayu kontemporari.

“Manakala majlis kedua akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Majlis bertemakan warna ungu dan silver dengan konsep elegan ini lebih protokol kerana akan dihadiri oleh tetamu-tetamu kenamaan. Saya juga akan mengenakan pakaian tradisional Melayu rekaan Lady Jane iaitu pereka yang sama untuk majlis akad nikah saya.

“Pada 6 Julai pula, saya akan buat majlis resepsi untuk rakan-rakan dalam industri dan pihak media. Tema majlis ini ialah Jepun di mana anda dapat lihat ‘usher’ wanita akan memakai kimono manakala yang lelaki memakai pakaian ala-ala ninja.
Majlis keempat pula merupakan majlis di sebelah pihak lelaki di mana ia akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai 2011.” kata Mizz Nina.

No comments:

Post a Comment