Saturday, 5 March 2011

Nurul Wahab Sakit Hati

Alafana faham betapa pedihnya rase apabila dikhianati oleh orang yang rapat dengan kita. Nurul Wahab berkongsi cerita apabila dia serik nak berkongsi cerita-cerita peribadi beliau apabila cerita-cerita itu dijaja di merata-rata.

Apa yang membuatkan penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Kerana Terluka itu lebih terluka ialah apabila yang membuat dakwaan seperti itu adalah rakan baiknya sendiri.
 Pedih pababila pelbagai fitnah juga dikaitkan dengan dirinya termasuk ada membuat dakwaan dia mudah menukar teman lelaki laksana menukar baju.

Alafana berharap Nurul sabar ya.. Orang cantik macam Nurul memang ramai yang dengki, maklumlah dalam dunia hiburan ni ramai yang dah pegang PHD. Biasalah perasaan HD kalau tak dikawal boleh merebak.

Alafana harap Nurul jangan ambil peduli dengan mereka yang ada PHD ni. Kalau diberikan perhatian pun, perkara berkenaan tidak membina kerjaya Nurul.
Nurul tidak mahu lagi perkara seperti itu dikaitkan dengan dirinya. Cukup-cukuplah, katanya.

Kerjaya nyanyian Nurul kembali menampakkan sinarnya apabila single terbaru dalam album mini dihasilkan, Andai Ku Kenali Ku mula berkumandang di radio dan sedang mendaki carta lagu popular.

Mendengarkan bait lirik Andai Ku Kenali Ku, ada yang membuat andaian ia sebenarnya menggambarkan diri Nurul yang sebenar dan perkara pernah dialami terutama membabitkan perceraiannya serta hubungannya dengan beberapa bekas kekasih sebelum ini.
Selain menumpukan perhatian kepada kerja mempromosikan album mini, Nurul juga tidak sabar menantikan filem terbarunya, Tolong Awek Aku Pontianak ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Wah...Nurul tengok TCK malam tu dengan sape? Bukan main segak la lelaki Inggeris tu. Walau apapun Alafana  harapNurul akan temui sinar bahagia.

No comments:

Post a Comment