Monday 7 March 2011

100 Tahun Kelahiran Akira Kurosawa

Akira Kurosawa bukan sembarangan pengkarya seni filem. Alafana pasti setiap pengkarya filem tempatan dan antarabangsa mengenali beliau. Beliau diiktiraf sebagai seorang daripada pembikin filem paling penting dan berpengaruh dalam sejarah perfileman, bukan setakat di Jepun tetapi juga di serata dunia.

Akira dilahirkan pada 1910 dan meninggal pada tahun 1998 pada usia 88 tahun. Sempena 100 tahun kelahiran pada 2010,  filem-filem beliau akan ditontonkan kepada umum mulai Khamis ini selama 10 hari di Aswara. Alafana harap supaya bakal-bakal pembikin filem dapat menonton dan mempelajari sikit sebanyak daripada hasil kerja beliau.

Selama 57 tahun berkecimpung dalam bidang perfilemanan, beliau telah menghasilkan lebih 30 buah filem. Antara filem hebat arahan beliau adalah  'Seven Samurai', Rashomon dan Ikiru.
Hasil kerja beliau telah memberi insprasi kepada pembikin-pembikin filem yang lain seperti Takeshi Kitano, Steven Spielberg, Martin Scorcese, George Lucas, John Woo dan Zhang Yimou. 

Begitu berkesannya filem The Seven Samurai  (yang diterbitkan pada tahun 1954) daripada segi teknik penggambaran dan moral yang diutarakan, mendorong Hollywood meniru (diistilahkan diberi nafas baru) menerusi filem koboi, The Magnificient Seven pada 1960.
Filem arahan John Sturges ini tidak mengecewakan daripada segi sinematografi, terutama aksi pertempuran pistol dan raifel. Benar filem ini menceduk secara langsung, dengan judul yang sama, plot dan hanya menukar latar (samurai jadi koboi), malah ia memang diumumkan secara terbuka diambil dari filem hebat Kurosawa itu.

                     10- 20 March 2011
                      (10am/2pm/6pm/8pm
                      Dewan Kuliah Utama,
                      ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan),
                      464 Jalan Tun Ismail,
                      50480 Kuala Lumpur.
                      Masuk percuma

No comments:

Post a Comment