Wednesday 2 March 2011

TZ Kahwin 12 Mei 2011


TZ dan tunangnya,  Datuk Rayyan JK Abdullah
 Jika tiada aral melintang, AlamFana melaporkan bulan Mei ini, 12 haribulan TZ  iaitu Tengku Zawyah tau... (bukan Tiz Zakyah)akan menamatkan zaman solo beliau dan akan mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan dari Sabah. Datuk Rayyan Joseph King Abdullah yang telah memeluk Islam bulan lepas.

Ketika ini, TZ sedang sibuk membuat persiapan menjelang hari bahagianya. Alamfana tumpang gembira dengan berita ini dan Bibit percintaan mereka bermula apabila sama-sama terlibat dengan kerja-kerja kebajikan di yayasan anak- anak yatim di Kedah ketika negeri itu dilanda banjir tahun lalu..

Semalam Alamfana melaporkan Sabtu lepas majlis pertunangan dan merisik TZ telah diadakan di rumah saudara TZ di Bangsar yang dihadiri  oleh kaum keluarga dan sahabat rapat..

Semoga kali ini TZ akan menemui cinta sejati dan kebahagian yang berpanjangan.

No comments:

Post a Comment