Sincerity is My Priority
Hari ini Alafana just nak buat analisis terhadap excerpt berita hiburan di dalam akhbar hasil tulisan Zubir dan Gayah Gebu.
Artikel Zubir:
Gara-gara cinta lokasi yang dikatakan terjalin antara dramatis, Faezah Elai, 29, dengan pengarah drama, Heykal Hanifah, 38, rumah tangga sutradara itu sudah berantakan. Kini, selepas Heykal dan isterinya, Rosmanizawani Nadzir atau Jaja, 38, disahkan bercerai, Zubir dimaklumkan, Faezah dan Heykal sudah pun bergelar pasangan kekasih!
, Faezah dan Heykal mula menjalin hubungan `teman tapi mesra' apabila kedua-duanya bekerjasama menerusi drama bersiri popular, Asmara.
Pun begitu, Faezah pernah menjelaskan, hubungannya bersama Heykal hanyalah antara pelakon dan pengarah selepas mereka bekerjasama menerusi drama bersiri berkenaan. Tambahnya, hubungan berkenaan tidak pernah melangkaui batasan sehingga wujud perasaan cinta antara mereka.
Namun, bekas isteri Heykal, Jaja yang juga bekas kaki tangan syarikat rakaman antarabangsa EMI Music Malaysia, pernah membuat pendedahan bahawa Faezah adalah punca segala-galanya.
Zubir berkesempatan menghubungi Faezah, baru-baru ini, untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
“Saya bukan punca sehingga menyebabkan Heykal dan bekas isterinya bercerai.
“Terus-terang, selepas Heykal berpisah dengan isterinya, barulah hubungan kami semakin rapat. Kami sering berkongsi masalah. Heykal juga memujuk saya supaya membintangi Asmara 2 kerana pada awalnya saya tak mahu lagi dikaitkan dengan dirinya. Mulai saat itu, persahabatan kami semakin serasi. Tanpa berselindung, Heykal adalah lelaki yang paling rapat dengan saya ketika ini dan kami keluar bersama,” katanya berterus-terang.
Artikel Gayah:
PERAMPAS merangkap ‘lidah bercabang’. Haa... itu ‘spesies’ segelintir artis yang Gayah lihat semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Setiap kali muncul artis seperti itu, situasi yang dicetuskan sama belaka. Pada mulanya menyangkal gosip yang tersebar dan pada masa sama, menyalahkan orang lain atas kontroversi yang berlaku.
Selepas itu, apabila rumah tangga individu yang dikaitkan dengan artis itu hancur, sekali lagi buat penafian sama.
Saya bukan puncalah”, “saya tak terbabit langsunglah”, “kami cuma kawanlah“... itu ayat yang sentiasa diluahkan.
Lebih melucukan, dalam pada menafikan, mengakui pula mempunyai hubungan yang semakin rapat dan selalu keluar bersama. Aduhai! Gayah percaya ramai yang meluat dengan kenyataan seperti itu. Nampak sangat cuba menegakkan benang basah.
Hello... artis yang berkenaan. Kalau dah membabitkan hubungan cinta dengan seseorang, hubungan itu takkan berlaku dalam tempoh singkat. Masyarakat boleh menduga apa sebenarnya terjadi.
Justeru, janganlah cakap tak serupa bikin. Jangan jadi manusia lidah bercabang. Cubalah menjadi manusia yang rela berkata benar walaupun kebenaran diluahkan pahit untuk ditelan.
Kena ingat, setiap perbuatan keji, jika cuba disimpan, lama-kelamaan terbongkar jua akhirnya. Banyak contoh boleh dijadikan pengajaran
(Alafana nak tanya Gayah maksud Gayah Siti Nurhaliza dan Waheeda?)
PS: Sejuk mata Alafana hari ni baca artikel Zubir dalam ruangan Teropong. Berlapik,ada etika dan tak bikin panas hati kita baca. Minggu lepas Alafana ada mengulas cara Zubir menulis artikel ikut sedap pen dan papan kekunci dia , tak sayang mulut.
jangan lupa memey n norman jugak..
ReplyDelete