Saturday, 5 March 2011

Isteri Nusyuz, Jimmy Shanley ke Mahkamah

Alafana difahamkan, pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Selasa ini 8 Mac berhubung permohonan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Nursuhaila merupakan anak tunggal kepada Pengasas Produk Kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kasim.

Turut difahamkan, permohonan itu difailkan sendiri oleh pengacara Trek Selebriti tersebut pada awal tahun ini.Pada 11 Januari lalu, ada sumber memberitahu Alafana, kelibat Jimmy yang dilihat di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangganya yang dikatakan semakin rapuh.

Kemelut rumah tangga Jimmy Shanley, 31, mula diperkatakan selepas sebuah akhbar tabloid pada 11 November lalu, melaporkan Jimmy tidak menyangkal perkahwinannya sedang bergelora.

Macam mana lah tak bergelora, baru beberapa  hari kahwin, Suhaila, 25,  perasaan benci terhadap Jimmy semakin menebal. Suhaila  tidak mahu bersama dengan Jimmy atau mengadakan hubungan kelamin. Alafana faham jugak pasal perasaan cinta tidak boleh dipaksa paksa tetapi kalau tak cinta kenapa lah tak tolak pinangan dari awal. Tapi dalam pada tak mau bersama tu, Suhaila kini dah disahkan hamil beberapa bulan.

Ada suatu ketika tu disebabkan nak tunjuk protes pada ayah, ibu dan Jimmy, Suhaila dikatakan sanggup tidur di dalam kereta limosin milik keluarga daripada tidur bersama Jimmy di dalam bilik.

Sumber yang rapat dengan keluarga Datin Muniroh memberitahu Alafana, sebenarnya Datin Muniroh yang berkenan sangat  dengan cara JImmy yang sopan, pandai ambik hati orang tua dan Datin Muniroh nak bermenantukan Jimmy dan hubungan menantu dan ibu mertua tu rapat.

Alafana berdoa perkahwinan yang menelan belanja lebih setengah juta ringgit itu dapat dipertahankan. Baru je empat bulan lepas majlis gilang-gemilang itu diadakan.

No comments:

Post a Comment