Friday, 25 March 2011

Pereka Fesyen Mengaku Bersalah

Sincerity is My Priority



"Saya menerima semua ini sebagai salah saya,"kata Wan Huzairil Wan Hussein, pereka terkenal yang mereka cipta gaun kontroversi yang dipakai oleh Miera Liyana di Majlis Makan Malam Golden Gala anjuran barangan kemas, Rafflesia & Mandala, di Hotel Le Meridien, pada Jumaat lalu.

Pakaian berwarna kuning keemasan yang dikenakan Miera Liyana itu dikritik hebat oleh para media kerana dianggap terlalu seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudara pelakon drama Kamelia Katrina tersebut.

"Saya tak perasan pada mulanya dan sekali imbas, pakaian itu nampak macam biasa saja. Dia (Miera Leyana) pun memang sukakan pakaian tu dan excited untuk bawa ke red carpet.

"Ketika sudah sampai di red carpet, dia minta saya untuk mengubahnya. Tapi, di sana tiada apa lagi yang boleh diubah. Lebih-lebih lagi kalau buat on the spot. Saya boleh ubah sikit-sikit jer seperti menaikkan sedikit dan ubah position pakaian. Tapi selebihnya, saya tidak boleh buat apa-apa lagi," katanya.

Ditanyakan perasaannya apabila pakaiannya dikritik hebat oleh pihak media, Wan Huzairil berkata, mengambil segala kritikan tersebut sebagai pengajaran dan akan dijadikan tauladan agar kesilapan yang sama tidak berulang semula.

"Saya ambil ini sebagai pengajaran dan saya faham yang persepsi orang yang berbeza. Mungkin, segelintir orang tengok tengok biasa jer tapi orang lain tengok seksi. Pada asalnya memang saya takder niat pun nak buat baju tu seksi untuk dia. Bila dah lama tak buat rekaan ini, jadi terlampau seksi pulak jadinya," katanya.

Sama ada insiden ini akan merosakkan reputasi serta mencalar imej serta reputasinya sebagai seorang pereka fesyen, Wan Huzairil mengandaikan bahawa situasi itu mungkin akan berlaku.

"Mungkin ada sedikit. Tapi saya akan cuba atasi balik masalah tersebut. Lagi pun sebagai pereka fesyen, kita akan bincang dulu dengan pelanggan sebelum design sesuatu material.

"Malah, saya juga akan mengesyorkan perkara yang sama tidak akan berulang semula kerana adakalanya setiap rekaan yang diminta adalah berdasarkan kepada kehendak pelanggan," katanya.

"Dalam hal ini saya yang bersalah dan bukan salah orang lain. Saya menerima semua ini sebagai salah saya dan bukan salah media. Media hanya melakukan tanggungjawab mereka. Dan daripada sini barulah saya boleh belajar dari silap saya," katanya lagi sambil mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment