Thursday 10 March 2011

Empat Filem, Empat Genre Berbeza

 Bulan ini satu filem ditayangkan selang seminggu bermula dengan Hikayat Merong Mahawangsa mulai esok, Ratu The Movie,  Anu Dalam Botol dan Cun. Perkara begini jarang-jarang sekali berlaku di dalam kalendar filem tanahair.
Setiap satu filem yamg ditayangkan menampilkan genre yang berbeza, HMM filem epik sejarah/mitos Melayu, Ratu sebuah filem reality adventure, Anu dalam Botol menampilkan genre drama dan Cun sebuah filem komedi romantik.
Filem-filem ini masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak rugi kita menonton kesemua filem-filem ini. Alah bukan selalu dalam sebulan tonton empat filem sekaligus. Ini lah antara masanya kita menyokong industi perfileman tanah air. Kita dah beberapa bulan asyik terjerit ketakutan je dalam panggung tapi dalam bulan Mac ni kita bergelak, kita menangis dan meng aha kagumi  filem-filem ini.

Hikayat Merong Mahawangsa yang sarat dengan kesan-kesan khas hasil Computer Generated Imaging adalah sebuah filem epik berkisar kepada Hikayat Merong Mahawangsa menceritakan awal mula sejarah berdirinya negeri Kedah mulai dari dibukanya negeri tersebut oleh Raja Merong Mahawangsa.
karya sejarah serius secara total. Sebaliknya medium yang tetap menghiburkan.
Walaupun isinya berat, HMM adalah satu fiesta mata dengan props, set dan imej janaan komputer CGI yang menakjubkan.
Plot ringkas dan padat, HMM dipersembahkan secara bercerita oleh pewaris Merong iaitu Phra Ong Mahawangsa atau nama Islamnya, Sultan Mudzafar Shah.

HMM membariskan beberapa pelakon dari luar negara termasuk Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa, Jing Lu (Meng Li Hua - Puteri China), Gavin Rees StenHouse (Marcus - Putera Rom), Craig Robert Fong (Liu Yun - Laksamana China), Eric Karl Hendrik Norman (Lycius - Laksamana Rom) dan Keith Chong (Maharaja China).
Pelakon tempatan yang terbabit ialah Datuk Rahim Razali (Kesum), Deborah Henry (Yesoddhra), Wan Hanafi Su (Taji), Khir Rahman (Kamawas), Ummi Nazeera (Embok), Umie Aida (Lang - ibu Merong Mahawangsa), Nell Ng (Ying Ying), Kuswadinata (Phra Ong), Mano Maniam (Goan), Ravi Sunderlingam (Sunder - pahlawan Goa), Jehan Miskin (Embi - pahlawan Melayu) dan Maya Karin (orang kampung) serta lebih 300 pelakon tambahan.

Anu Dalam Botol mengangkat sisi gelap kehidupan golongan homoseksual,  bagi berkongsi kesedaran betapa sikap keterlaluan dalam percintaan sehingga boleh membawa musibah yang amat memeritkan.

Anu Dalam Botol bercerita mengenai sepasang lelaki gay yang dilamun cinta, Rubidin dan Ghaus. Rubidin sangat menyintai Ghaus sehingga sanggup berkorban dengan melakukan pembedahan jantina hanya kerana mengesyaki lelaki itu semakin menggemari wanita. Malangnya, Ghaus tidak dapat menerima Rubidin dan menyingkirkan lelaki itu daripada hidupnya.
Rubidin yang kecewa kembali ke identiti asalnya iaitu sebagai lelaki. Kemudian, dia jatuh cinta pada seorang gadis, Dina.
"Ia sebuah cerita cinta yang sangat berat. Ia bukan filem mengenai golongan "adik-adik" sebaliknya judul yang cukup serius. Saya ingin berdakwah menerusi filem ini. Ia memaparkan sisi hitam dalam percintaan apabila kita bersikap berlebihan," kata penerbit Anu Dalam Botol, Raja Azmi.

Filem bercorak reailty adventure,  “Ratu The Movie” mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau.
Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang.
Segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran.  Boleh dikatakan filem ini ala ala survivor.

Cun dipersembahkan menggabungkan elemen sedih, jenaka dan gembira. Unsur lain yang lebih istimewa, ialah latar kehidupan masyarakat di kampung dan bandar yang digabungkan dalam satu jalan cerita. Antara pelakonnya adalah Kartina Aziz, Remy Ishak, Faezah Elai dan Mislina. Orang bandar pula Maya Karin, Jehan Miskin dan Ning Baizura. Lakonan Faezah sebagai Kuntom iaitu jurusolek kepada Luna (Maya) yang kasar macam tomboy. Lakonan Faezah memang sempoi habis malah ada masanya menenggelamkan aura Maya dalam filem itu. Remy turut menyerlah sebagai jejaka kampung bernama Atan yang jatuh hati dengan Luna selepas gadis bandar itu pergi membawa hati ke Kedah. Lebih melucukan lakonan Mislina sebagai Bedah Tonggek sangat kelakar
Dalam Cun, diselitkan juga mesej tentang perlu nya mengambil berat sesama jiran tetangga.

Ada enerbit filem  berasa resah akibat persaingan yang dekat ini boleh mengakibatkan kutipan tiket untuk filem mereka terjejas.Walau apa pun, filem-filem ini membawa genre yang berbeza dan tidak rugi menonton setiap filem ini.

 Jom rame-rame kite ke pangggung.

No comments:

Post a Comment