Teater Terima Kasih Cinta (TKC) telah pun berakhir Ahad lepas. Ramai yang menonton kate muzikal tu best termasuk kawan Alafana yang pergi dengan teman istimewanya dan menangis teresak-esak ketika TKC berlangsung. Drama sunnguh kawan Alafana tu.
Tapi drama tangisan kawan Alafana tu tak dapat menandingi drama di sebalik tirai TKC. Malahan lebih hangat daripada pementasan sebenar. Alafana tak nak selindung-selindung lagi sapa yang terlibat. Biar telus dan mulus ulasan Alafana.
Alafana dapat tahu drama belakang pentas 'dibintangi' oleh Deja Moss, Norish Karman dan Farahdhiya. Manakala pelakon pembantunya pula dua jejaka yang juga kawan baik Deja dalam teater itu, iaitu Tony Eusoff dan Shajiry Damery. Siapa sangka ada kisah soap opera yang berlaku di sebalik tabir teater ini.
Kisahnya begini, sewaktu pementasan teater ini Jumaat lalu, Deja kononnya secara senyap-senyap membeli jambangan bunga untuk diberikan kepada pelakon utama teater berkenaan. Cuma yang tak sedapnya, sewaktu acara penyerahan bunga berlangsung, hanya lapan pelakon yang dapat bunga itu, walhal ada sepuluh pelakon utama kesemuanya.
Rupa-rupanya Deja memang sengaja tidak memberikan bunga itu kepada Norish dan Farahdhiya atas dasar dendam kesumat. Alafana difahamkan dua pelakon ini memang tidak sebulu sejak mereka menyertai pertandingan Road To Hollywood beberapa tahun lalu. Ya lah tak boleh nak salahkan Deja Moss 100 peratus, dulu kan masa Norish bergelar Datin Seri, dia kan kekwat tahap dewa. Mane lah orang tak dendam...sekarang bila dah jatuh merudum, banyak dah berubah Norish tu walaupun ada saki baki ke- kekwatannya itu.
Akibat dendam, Deja dikatakan mengambil kesempatan itu untuk memalukan Norish. Farahdhiya terbabit sama mungkin kerana keakraban Norish dengan Faradhiya. Ya lah Norish kan tengah berpacaran dengan abang Faradhiya so mereka rapatlah. Jadi Deja kenakan Faradhiya sekali.
Bagi Tony dan Shajiry pula, apabila mendapat tahu tujuan Deja itu, apa lagi mengamuk sakanlah diaorang kerana terasa diri mereka diperalatkan dan seolah-olah bersekongkol dengan Deja. Yalah, apa pula kata Norish dan Farahdhiya nanti? nampak sangat macam bersubahat. Jadi mereka pun menyerahkan bunga berkenaan kepada kedua-dua pelakon wanita itu.
Sebaik saja mendapat tahu tindakan dua pemuda itu, Deja pun apa lagi, ‘meredaplah’ hatinya. Lantas, pada malam persembahan keesokan harinya, dia sengaja mengubah dialog. Akibatnya, babak yang sepatutnya sedih, menjadi bahan ketawa penonton. Apa lagi, benganglah pelakon lain dengan sikap tak profesional artis yang mempunyai vokal mantap itu. Mana tidaknya, tengah sedap-sedap menghayati watak, alih-alih ada pula yang nak merosakkan mood.
Macam-macamlah depa ni...Pabila dendam menguasai diri... Pesan Alafana, masa kita berada di atas janganlah sombong dan bermulut celupar sangat..orang tak suka, orang dendam sampai bila-bila.
kesahnya. kesian pat ibrahim. penat penat mengarah..lain pulak yang jadik. dah laa ini buah tangan pertama beliau...
ReplyDeletep/s:"bagai kerbau masuk kampung habis semua terpalit"
Rambut sama hitam hati lain lain, ada yang berkarat, ada yang busuk, ada yang bersih lagi wangi
ReplyDeleteTak sangka simpan dendam sampai ke hari ni
ReplyDeleteHebat cerita ni, kalau2 pk2 kan balik apa yang alamfana citer mcm masuk akal
ReplyDelete