Saturday, 12 March 2011

Jimmy Shanley Tak Pernah Benci Isteri

Sincerity is My Priority

Membuat persiapan menyambut kelahiran anak sulung seorang diri
Menerima dugaan yang berlaku dengan sudut pandangan positif, Jimmy Shanley mengakui tidak pernah membenci isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, meskipun berkesempatan tinggal sebumbung selama 20 hari sahaja.

“Tidak ada guna kalau saya bermasam muka dengan isteri sendiri. Sebaliknya saya masih bersabar menanti kepulangannya untuk kembali normal menjalani kehidupan sebagai suami isteri,” jelasnya.
Jimmy sebenarnya tidak sabar untuk menanti kehadiran orang ketiga dalam keluarganya iaitu cahaya mata pertama.
Walaupun, sedikit terkilan kerana mengetahui saat menggembirakan itu daripada mulut orang lain dan bukannya disampaikan oleh isteri sendiri, dia masih lagi mampu mengukir senyuman ikhlas.
Ibu mentuanya, Datin Muniroh Kassim merupakan individu yang memberitahu Jimmy berhubung kandungan isterinya.

Namun disoalnya sendiri, bagaimana perasaan seorang suami apabila sehingga kini tidak berpeluang melihat dengan mata sendiri isteri yang mengandung lima bulan.
Sudah pasti hatinya cukup sepi dan cemburu dengan pasangan lain apabila bibit manis seorang suami yang bakal bergelar ayah tidak dapat dilaluinya.
“Pengalaman untuk sentuh perut isteri yang mengandung perlu dilupakan. Saya tidak macam orang lain yang menemani isteri masing-masing membuat pemeriksaan di hospital.

Jadi tidak mustahil, Jimmy mampu bergerak sendiri ke pusat beli-belah untuk menyediakan segala persiapan bagi menantikan kelahiran penyeri rumah tangganya.
“Saya memang terlalu gembira untuk beli barang bayi. Walaupun tidak tahu apa yang diperlukan, saya tidak risau kerana ada pembantu iaitu jurujual.

“Persiapan hampir lengkap, keterujaan pun semakin bertambah meskipun terpaksa berkongsi kegembiraan ini seorang diri,” akuinya yang memilih rona hijau bagi kelengkapan memandangkan masih tidak mengetahui jantina bayinya itu

Alafana turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa Jimmy. berdoalah agar keharmonian rumahtangga mereka kembali terjalin. Jangan dibiarkan bayi itu membesar dalam institusi keluarga yang pincang. Kesian nasib anak tu nanti.

2 comments:

  1. semoga Jimmy tabah mengharungi segala dugaan yang Maha Esa.

    p/s: pasti ada hikmah disebaliknya. Ingatlah wahai Sang Isteri, Syurga kamu berada dibawah telapak kaki seorang lelaki bernama suami!

    ReplyDelete
  2. sian nye jimmiy...mmg sorg laki y beak....

    ReplyDelete