Sincerity is My Priority
Penyanyi popular Ziana Zain kesal apabila majalah Eh keluaran Mac 2011membidas Ziana mengatakan beliau berlagak dan bertindak secara tidak profesional.
Menerusi artikel ‘Drama DIVA Made In Eh!’ keluaran Mac 2011, tindakan Ziana dianggap oleh penulis majalah tersebut sebagai tidak profesional dan terlalu mengikut emosi. Antara keratan artikel tersebut berbunyi :
“Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar profesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja Eh! berbuat demikian.”
“Ada bertanya, antara keempat-empat Diva ini, siapa yang lebih kertu, tetapi kami tidak anggap Ziana yang sudah 43 tahun itu kertu (kecuali dia meletakkan dirinya kertu). Justeru itu, kalau kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri).
“Ketika warga kerja Eh! mencari kedudukan yang sesuai untuk setiap seorang (ini penting kerana Ziana dan Ning berkulit gelap manakala Erra dan Fauziah cerah), tiba-tiba Ziana berlalu meninggalkan set sambil berkata “this is worng…”Dia membuatkan warga kerja Eh! yang sedang mengatur kedudukan terpempan.”
Ziana menjelaskan dia mempunyai alasan yang kuat terhadap dakwaan berlagak diva dan meninggalkan sesi fotografi majalah Eh! secara tidak profesional baru-baru ini.
Jelas Ziana, tindakannya meninggalkan sesi fotografi majalah fesyen itu keluaran Mac itu adalah kerana pakaian yang disediakan telah melangar prinsip dan boleh menjejaskan imejnya.
“Saya tinggalkan sesi fotografi itu kerana pakaian yang diberikan kepada saya sangat tidak sesuai dengan imej saya sekarang.
“Pada sesi fotografi tersebut, mereka menyuruh saya menggayakan pakaian ‘bareback’ rekaan Dior di mana ia mendedahkan bahagian belakang saya. Bagi saya, pakaian itu sesuai dengan golongan remaja dan tidak kena dengan imej saya.
Jangan kerana baju berjenama dan sesuai, saya kena pakai baju itu. Ini bukan Hollywood dan saya tak nak jadi mangsa fesyen,”kata Ziana meluahkan isi hatinya.
“Kalau saya pakai juga sudah tentu ada yang akan berkata lebih teruk lagi. Kenapa saya nak rosakkan imej yang saya bina selama 20 tahun dengan pakaian sebegitu?” katanya ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Antabax di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
Tambah Ziana, dia kesal dengan tuduhan majalah tersebut yang menganggapnya sebagai artis tidak profesional, emosi dan tidak pandai berfesyen.
“Saya kecewa dan terkilan dengan apa yang mereka katakan tentang saya. Ia seperti satu serangan peribadi kepada saya.
“Saya datang untuk sesi fotografi dengan hati yang terbuka. Saya bukan tolak mentah-mentah untuk tidak pakai baju tersebut.
"Saya pakai juga baju itu tetapi ia memang tidak sesuai langsung dengan usia saya.
“Bagaimanapun saya menolak dengan baik dan minta digantikan dengan baju lain tetapi mereka tidak beri sebarang pilihan selain pakai baju tersebut. Siapa yang tidak professional?” soalnya.
Tambah Ziana, selama 20 tahun dalam industri hiburan, kejadian itu merupakan pengalaman pertama dia berhadapan masalah dengan media.
“Saya idola kepada masyarakat, jadi saya kena jaga pemakaian saya. Saya rasa sungguh tidak berpuas hati. Pertama kali dalan seumur hidup, saya tak pernah buat kerja bodoh ini kerana saya hormat semua orang.
Jelas Ziana lagi, dia tidak pernah cerewet dengan pakaian atau solekan yang disediakan melainkan ia benar-benar melangar prinsipnya.
“Siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu bagaimana saya bekerja, saya tidak pernah berlagak seperti seorang diva dan terlalu cerewet dengan pemilihan pakaian atau solekan.
“Tapi bila ia menyentuh kepada maruah dan imej yang mana boleh mejejaskan nama baik yang saya bina selama ini sudah tentu saya menolak,” katanya.
Menurut Ziana lagi bukan dia sahaja yang menegur tentang pakaian tersebut, malah artis lain seperti Ning Baizura dan Erra Fazira turut mempersoalkan pakaian masing-masing ketika terlibat dalam sesi fotografi itu.
“Mereka seharusnya buat kajian dulu artis mana yang datang dan pakaian apa yang sesuai untuk artis tersebut.
“Ketika itu, bukan saya sahaja yang tidak mahu pakai baju yang disediakan malah Ning dan Erra juga minta pakaian lain,” katanya.
Ekoran insiden tersebut, penghias muka depan yang sepatutnya diserikan oleh Ziana, Erra dan Ning telah digantikan dengan Dayang Nurfaizah, Mizz Nina, Misha Omar dan masih mengekalkan Fauziah Latiff.
Alafana simpati dengan kejadian yang menimpa artis kita. Ingat senang nak jadi artis ni? Depa ingat bole perbodohkan artis sewenang-wenangnya? Bila kita tak nak pakai , kate artis bermasalah. Hormatilah prinsip keje artis.