Saturday 2 April 2011

Penulis Lirik Seri Bayu Meninggal Dunia

Sincerity is My Priority

hi_01_1.jpg
Seri Bayu dan Erema
 Penulis lirik Seri Bayu telah meninggal dunia jam 9.00 malam sebentar tadi  di Hospital Batu Tiga Port Dickson akibat jankitan kuman pada paru-paru akibat penyakit saraf dan otot yang dialaminya selama enam tahun, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik  meninggal dunia pada usia 47 tahun dan mempunyai lima orang daripada perkahwinan pertamanya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan di Kampung Telok Pelandok, Batu 12 Port Dickson, Negeri Sembilan esok selepas solat Zohor.

Selepas bercerai dengan isteri keduanya seorang penyanyi,   Dayang Zaira Erema Awang Morshad,   beliau yang berasal dari Singapura hidup dengan mendapat  simpati rakan-rakan dan keluarga angkat.

Sejak enam tahun lepas beliau telah menderita sakit otot dan saraf yang ganjil yang dikenali sebagai Motor Neuron Disease. Hanya 6 daripada sejuta orang diseluruh dunia mendapat penyakit berkenaan.

Penyakit berkenaan akan melumpuhkan sistem saraf dan neruon di dalam badan seseorang sehingga otot jadi lemah dan lumpuh termasuk kegagalan fungsi organ dalaman.

Al-Fatihah untuk arwah.

1 comment:

  1. innalillahiwainna ilaihirajiun...semoga roh beliau dirahmati Allah

    ReplyDelete