Thursday, 28 April 2011

NTV7 Ke Westminster Abbey Untuk Siaran Langsung Perkahwinan Diraja

Sincerity is My Priority


BAGAI kisah dongeng menjadi kenyataan apabila dua insan yang saling mencintai, Putera William dan Catherine Elizabeth Middleton bakal disatukan di Gereja Westminster Abbey, esok.
Perkahwinan anak sulung Putera Wales, Charles dan Puteri Diana itu bakal menjadi perkahwinan kedua terbesar selepas perkahwinan Charles dan Diana pada 1981.
Pasangan berusia 29 tahun ini saling mengenali lebih lapan tahun ketika belajar di University of St Andrews di Scotland dan bertunang pada 16 November tahun lalu.

William melamar Kate ketika percutian mereka di Kenya kemudian meminta keizinan bapa Kate untuk mengahwini anaknya itu.


Anak sulung pasangan Michael Francis Middelton dan Carole Elizabeth itu sangat bertuah apabila menjadi wanita pilihan William yang pernah dikaitkan dengan beberapa wanita sebelum ini.

Bagi memberi gambaran lebih dekat lagi kepada penonton di Malaysia, ntv7 membuat laporan eksklusif pada hari bersejarah berkenaan.

Untuk itu, rombongan ntv7 seramai lapan orang diketuai Azlinda Salim dan Azleena Najri terbang ke London untuk membuat liputan majlis gilang-gemilang itu. Turut sama, penyampai berita Mandarin 7, Lee Siad Huey.

Sebagai satu-satunya stesen televisyen tempatan yang menyiarkan majlis itu, kru ntv7 ditempatkan di British Academy untuk mendapatkan gambaran jelas ketika siaran langsung majlis kemuncak.

Lintas langsung majlis itu bakal disiarkan melalui berita ntv7 dalam ketiga-tiga bahasa iaitu Edisi 7, 7 Edition dan Mandarin 7 sejak 22 April lalu dengan laporan terkini persiapan majlis perkahwinan dan kemuncaknya pada 29 April.

Ketiga-tiga penyampai berita itu akan menemuramah mereka yang berkaitan dengan perkahwinan selain memberi�kan kupasan majlis yang bakal memukau seluruh dunia kepada penonton ntv7.

Pada hari perkahwinan itu, rakyat Malaysia dapat melihat kemeriahan majlis itu bermula jam 3 petang hingga 8.30 malam.

Acara yang berlangsung selama 5 jam 30 minit itu akan memaparkan perkahwinan pasangan itu di gereja yang pernah menjadi saksi perkahwinan Charles dan Diana sehingga ke majlis resepsi kedua-dua mempelai.

Azlinda yang juga penerbit dan penyampai berita Edisi 7 berkata, mereka amat teruja berpeluang membabitkan diri dalam majlis diraja terbesar di Britain.

1 comment:

  1. Jemput masuk -

    1. http://inaiputih.wordpress.com/2011/04/29/royal-wedding-picture-prince-willliam-catherine-middleton/ atau

    2. http://4junctions.blogspot.com/2011/04/picture-of-royal-wedding-prince.html

    ReplyDelete