ENTAH berapa kali Alafana mendengar keluhan wanita muda dan janda berhubung perangai buruk pelawak veteran A.R Badol
Dia masih tidak serik-serik mengulangi perkara tidak bermoral dengan mengambil kesempatan terhadap golongan wanita.
Minggu lalu, ada seorang remaja wanita belasan tahun membuat laporan polis kerana dicabul dan disogok wang oleh Badol supaya rahsianya tidak terbongkar.
Sebelum itu, Dia dikatakan turut menyogok seorang janda berusia lewat 20-an dan mengajaknya membuat ‘projek’.
Tanpa rasa bersalah atau malu, dia menawarkan wang ringgit agar kemahuannya dituruti. Dia dikatakan sanggup menempah bilik dan memberi ratusan ringgit asalkan hajat tercapai.
Wanita terbabit, salah seorang pekerja Badol yang tidak tahan perangainya, terus angkat kaki meninggalkan tempat kerjanya.
Bukan seorang dua cuba dibayar melakukan perkara terlarang bersamanya tetapi lebih empat wanita pernah disogok perkara sama.
Kelmarin, Badol membuat penafian dalam sebuah akhbar lain dia tidak terbabit dalam kes mencabul wanita.
Insaf lah wahai Badol....dimana nilai diri anda sebagai seorang muslim yang matang dan berpengalaman dalam bidang seni lakonan?
Sikap suka pucuk muda bukan saja merosakkan diri serta dipandang hina, malah menghakis rasa hormat masyarakat.
Pada usia sudah mencecah 62 tahun, dia sepatutnya bersikap matang, mengawal nafsu dan mampu membimbing wanita ke arah kebaikan, bukan mengambil kesempatan!
No comments:
Post a Comment