Wednesday 13 April 2011

Mata Amyza Dijangkiti Kuman Gara-Gara Bulu Mata Palsu

Sincerity is My Priority


Pelakon Amyza Adnan ditahan di Hospital Ampang Puteri kerena jangkitan kuman pada kedua dua belah matanya.

Mata Amyza mula merasa sakit gatal dan berair setelah mengenakan sepasang bulu mata palsu ketika menjalani penggambaran drama Ahmad Albab yang punya.

Bagaimanapun, katanya, doktor masih menjalankan pemeriksaan terperinci terhadap jangkitan tersebut.
“Buat masa ini doktor masih bagi ubat setiap 15 minit sekali dan mahu melihat keadaan saya dalam masa tujuh hari ini.
“Dan jika keadaan semakin kritikal mungkin akan diberi suntikan antibiotik,” ujarnya yang mengangkakan akan ditahan selama tujuh hari untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tambah Amyza dia terpaksa berehat daripada penggambaran drama tersebut sehingga kedua belah matanya pulih sepenuhnya.
Selain itu, Amyza turut kesal apabila terpaksa menolak sebuah tawaran telefilem yang bakal memulakan penggambaran beberapa hari ini akibat masalah berkenaan.

No comments:

Post a Comment