Saturday 2 April 2011

Tengku Azura Cuba Bidang Lakonan

Sincerity is My Priority

Model terkenal tanahair kelahiran Terengganu, Tengku Azura Awang kini mengembangkan bakat seninya selain di pentas peragaan dengan mencuba menjadi pelakon.
Beliau yang dilamar oleh pengararah Dain Iskandar  akan beraksi di dalam filem Bunohan yang bakal ditayangkan di pawagam lewat tahun ini.

Tengku Azura akan memegang watak sebagai Mek Yah dan yang menariknya Meh Yah adalah satu-satunya watak wanita di dalam filem ini.

 Filem itu padat dengan mesej berhubung kemanusiaan, aksi dan warisan budaya. 
Barisan pelakon yang menerajui Bunohan ialah Faizal Hussein sebagai Ilham yang juga pembunuh upahan. Dikuatkan lagi oleh Zahiril Adzim sebagai Aidil atau Bunga Lalang yang juga peninju tomoi dan Pekin Ibrahim (Bakar, ahli perniagaan).

Berlatar belakangkan paya bakau dan persisiran pantai yang indah, Bunohan mengisahkan kehidupan tiga beradik lelaki iaitu Ilham, Adil dan Bakar yang renggang perhubungan kasih sayang kekeluargaan mereka. Hingga pelbagai konflik tercetus.

No comments:

Post a Comment