Sunday, 10 April 2011

Kelakar dan Sedih Pabila Juliana Evans Mengacara Majlis

Sincerity is My Priority


BUKAN mudah untuk mengendalikan majlis besar, apatah lagi membabitkan audien di kalangan mereka yang berpelajaran. Senang contoh, acara Minggu Setiausaha biasanya dihadiri mereka yang berjawatan tinggi dan ada kelas tersendiri. Silap haribulan, malu jadinya.

Mengacara, berlakon, menyanyi atau apa saja tugas artis, bukan jenis patung cantik seperti model. Model pun perlu ada bakat, bukan cantik semata-mata. Begitu juga dengan tugas artis yang cuba Alafana maksudkan di sini.

Sayangnya peluang ini tidak digunakan Juliana Evans ketika mengendalikan Minggu Setiausaha yang dijayakan superstar Anita Sarawak. Minggu Setiausaha anjuran Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu berlangsung siang tetapi dikatakan malam. Memanglah bila berada dalam dewan suram cahaya terasa macam dah malam tetapi hakikatnya acara itu diadakan pada siang hari. Bukan sekali dua. Mungkin Juliana kurang peka keadaan sekeliling. Janganlah buat kerja tangkap muat. Yang datang ke majlis itu bukan calang-calang orang. Inilah masa dan ketika yang baik untuk dia membuktikan golongan artis juga orang yang cerdik pandai. Jadi buatlah homework sikit.

Bahagian paling kelakar apabila dia merujuk pemilik butik Kapas sebagai Miss Ashley Wong iaitu antara penaja majlis. Ashley Wong adalah seorang lelaki, cuma namanya saja seperti nama orang perempuan. Justeru sebagai pengacara, Juliana kena cari maklumat lengkap, jangan main hentam kromo saja.

Mungkin  Juliana belum bersedia menjadi pengacara majlis besar. Bila difikirkan balik, memanglah bagus beri peluang kepada orang baru tetapi dia tidak menggunakan ruang yang ada itu dengan sebaiknya.



Pada majlis itu, Juliana digandingkan dengan Zizan Raja Lawak. Walaupun mereka mesra tetapi pada pertimbangan Alafana rasa mereka tiada keserasian. Bakat semula jadi Zizan dalam berlawak, memang tak perlu diceritakan lagi.  bukan hendak merendahkan Juliana tetapi lain kali berhati-hati.

No comments:

Post a Comment