Sunday, 3 April 2011

Artis dan Nama, Perlu ke singkatan AF Mentor OIAM Segala?

Sincerity is My Priority

shila-amzah-203x300.jpg Bodoh ke Bangang wartawan Melodi ni? Atau dah dah takde idea nak tanya. Nama artis pun nak jadi isu. Wartawan tu tanya kenapa penyanyi Shila Amzah nak tukar nama dari Shila OIAM kepada Shila Amzah dan tak nak guna Shila OIAM? Ape kejadahnya Shila tu nama kekalkan OIAM belakang nama dia? IOAM ada share ke besarkan Shila..?

 Oiii Dek Non oii.... OIAM- One In A Million itu nama pertandingan yang dimasuki oleh Shila  so masa baru popular dia dikenali sebagai peserta rancangan tu. So tak kanlah dia nak pakai nama Shila OIAM sampai bla-bila, anyway rancangan tu pun dah senyap je. Sebelum ni dia dikenali sebagai Shila Techno.

Memang patut artis kene ada nama sendiri dan surnama  kerana nama itu adalah identiit kita bukan nama nama pertandingan yang kita sertai. Nama adalah sebahagian daripada kita dan maruah kita.

 Syabas kepada Kaer Azami, Faizal Tahir, Jaclyn Victor just to name a few yang mengekalkan nama sendiri dan gugurkan singkatan pertandingan yang mereka sertai di hujung nama mereka.

PS: Bekas peserta American Idol tak pernah guna AI dibelakang nama mereka tetapi bangga dengan nama mereka seperti Jennifer Hudson, Kelly Clarkson,  tak pulak sebuat Jennifer AI atau Kelly AI.

Zaman dulu dulu pun peserta Bintang RTM (BRTM) tak pernah guna nama Ramlah BRTM atau Jamal BRTM atau Sudirman BRTM tetapi bangga guna nama penuh mereka.

 Cuma sejak lahir program AF, Mentor dan rancangan sewaktu dengannya semacam peserta kene guna singakatan program yang memperkenalkan mereka. Tak salah sebut nama penuh artis tetapi tambah dengan dia popular dari kelahiran program AF ke Mentor ke atau OIM dah cukup.

Artis tak perlu nak carry singkatan program mereka sertai kerana anda perlu jadi artis yang ada jati diri, dan bukan dibayangi oleh singkatan program kerana selepas kuar dar program itu, kejayaan bergantung pada usaha anda dan bukan semata-mata  bergantung kepada populariti rancangan yang anda sertai.

Selepas ni pakai la nama penuh sendiri dengan surname sekali kalau pakai satu nama aje takut ramai yang nama sama tapi kalau ade dua nama atau beserta nama surnama atau nama bapak ...peminat takkan keliru. Tak payah nak letak singkatan program nyanyian.

No comments:

Post a Comment