Hal ni membabitkan seorang pelakon wanita yang sangat-sangat popular sekarang ini. Siapa lagi kalau bukan Lisa Surihani
Maklumlah, dia kan cantik ini nampak sopan-santun dan berbudi perkerti. Tetapi hakikatnya, dia mempunyai personaliti berbeza apabila bersama-sama dengan pihak produksi.
Menurut sumber Alafana, Lisa ini suka berlagak ‘diva’ dengan krew-krew produksi. Sikap lemah-lembutnya hilang sekelip mata. Sebaliknya, dia suka memerintah dan agak "demanding".
Salah satu permintaannya ialah dia tidak mahu memakai pakaian berharga bawah RM50. Kononnya tidak setaraf dengan statusnya sebagai pelakon popular yang memiliki pengikut berjuta-juta di laman sosial.
Apabila diterangkan sukar mendapat penajaan, dia mula membandingkan dirinya dengan Erra Fazira. Kata pelakon berambut panjang ini, kalau Erra boleh dapat penajaan yang bagus mengapa tidak dia?
Hrm…mungkin Lisa ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Masakan dia tidak tahu yang Erra Fazira sudah established dalam industri perfileman sedangkan dia masih baru dalam industri. Alahai Lisa, kalau hendak lama berada di dalam industri, janganlah berkelakukan jelek seperti itu.
Buat masa ini mungkin anda sukar mendapat penajaan daripada label ternama, tetapi tidak mustahil suatu hari nanti ada yang sudi menaja. Cuba tengok contoh terbaik seperti penyampai radio Saleh Yaacob yang apabila meningkat usia baru berduyun-duyun penaja datang menghampiri.
Formulanya muda sahaja, jaga imej dan gandakan usaha untuk lebih berjaya.
Pihak produksi pun satu hal, Kalau photoshoot majalah boleh dapat sponsor hebat, kenapa shooting drama atau filem tidak boleh dapat penaja baju yang hebat juga? Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan produksi drama atau filem itu agaknya! Kerja lah lebih sikit, bukan untuk siapa pun, untuk artis anda juga.
No comments:
Post a Comment