Sunday, 10 April 2011

Fasha Sandha Kekwat Dengan Pihak Media

Sincerity is My Priority

Sebelum Alafana bercerita lebih panjang, Alafana hendak ucapkan tahniah kepada Fasha Sandha kerana tahun ini berjaya merampas kembali gelaran Pelakon TV Wanita Popular yang disandang oleh Tiz Zaqyah pada tahun lalu. Selain itu, Fasha juga tidak di‘boo’ oleh penonton di Arena Of Stars.

Bagaimanapun, ada satu insiden yang membuatkan media kecewa dengan Fasha. Ingatkan selepas mendapat kemenangan itu, dia tidak kisah berkongsi kegembiraannya itu dengan mana-mana pihak media. Tetapi lain pula jadinya.

Menurut rakan Alafana, ketika dia dan dua rakan yang lain sedang menemubual Fasha, pelakon yang kaya dengan kontroversi ini buat endah tidak endah sahaja. Sudahlah tidak menjawab soalan dengan serius, malah buat memek muka seolah-olah tidak sudi ditemubual.

“Engkau tahu, sudahlah dia buat nak tak nak jer jawab soalan, lepas tu siap buat muka dekat kitorang. Lagi satu, dia sibuk ‘main’ telefon. Orang tanya sepatah, dia jawab sepatah. Kalau tak sudi diinterview, cakap jerlah. Kitorang pun faham. Mungkin dia letih,” luah rakan Alafana beremosi.

Jika difikir-fikirkan betul juga cakap rakan Alafana itu. Mungkin Fasha terlupa yang sebelum ini dia pernah diboikot oleh pihak media sehingga tidak ada yang mahu memberi publisiti padanya. Adakah Fasha mahu pisang berbuah dua kali? Atau Fasha rasa dirinya cukup kebal kerana walaupun diterjah kontroversi, peminat masih memberi undian.

Walau apa pun alasan Fasha, Alafana tetap merasakan tindakan Fasha tidak beradab dan tidak profesional. Sebagai selebriti, Fasha harus memberikan kerjasama kepada wartawan. Tidak perlu bersikap ‘diva’ hanya kerana baru menang anugerah!

No comments:

Post a Comment