Alafana terkejut apabila diberitahu seorang peminat yang akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia telah mempromosikan amalan susuk di ruangan Keluarga pada 10 April lepas. Artike itu telah ditulis oleh wartawan bernama Adawiyah Koh Abdullah. Dari nama wartawan ni, Alafana agak dia ni mualaf tapi sanggup menulis artikel seperti ini yang terang-terangan boleh memesongkan akidah umat Islam. Petikan artikel adalah seperti berikut.
"Sebelum ini kita hanya terfikir susuk menjadi pilihan golongan artis dan kenamaan. Kaedah ini semakin popular di kalangan masyarakat termasuk penuntut universiti, kaum lelaki.
Secara umumnya, susuk dianggap warisan nenek moyang. Definisi amalan itu adalah tindakan seseorang memasukkan bahan asing ke anggota badan tertentu bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.
Pak Awang memberitahu tidak semua orang sesuai menggunakan botox justeru susuk menjadi alternatif.
Pemakaian susuk tidak terhad kepada muka tetapi alat sulit wanita dan lelaki seperti kemaluan atau payu dara mengikut jenis susuk yang diingini.
Muka dan badan pemakai ditandakan dengan sejenis alat seperti pensel untuk memastikan tempat yang sesuai ditusuk susuk yang diingin.
Selepas itu bermulalah proses membaca ayat-ayat sambil memegang anggota badan yang mahu dipasang susuk.
So kalau dah pasang kat alat sulit dan payudara maknanya Pak awang ni kenalah sentuh dan pegang bahagian-bahagian itu? Tak ke haram sentu alat sulit apatah memasukkan susuk ke alat sulit.
Bertaubatlah wahai Adawiyah Khor...penulisan anda tu adalaha cubaan untuk mengkhurafatkan orang-orang melayu yang Islam pasal rata-rata yang baca Utusan adalah orang Melayu Islam. Siap promote dengan letak no telefon si tukang susuk tu. Orang yang tak tau pasal benda benda khurafat ni...terus rasa teringin nak cuba. Besar dosa tu... Marilah kita ramai ramai berdakwah pada saudara baru kita ni di emel beliau: adawiyah@utusan.com.my
No comments:
Post a Comment