Wednesday, 27 April 2011

Impak Astro First Terhadap Filem di Pawagam


LAMBAKAN filem Melayu ditayangkan selang seminggu sejak Mac lalu dengan kehadiran Astro First (Saluran 480) menyiarkan filem selepas dua minggu ditayangkan di pawagam, dilihat sebagai satu alternatif menambahkan keuntungan.



Bagaimanapun, tidak bagi pengarah dan produser M Jamil apabila karya barunya, Momok Jangan Panggil Aku, enggan dijual kepada Astro First.
Katanya, Momok Jangan Pang�gil Aku yang kembali selepas pencapaian baik diraih Momok The Movie pada Aidilfitri dua tahun lalu dengan kutipan RM2.5 juta menjadi satu-satunya filem Melayu yang tidak akan ditayangkan di Astro First. Katanya, penonton hanya boleh tonton filem itu di pawagam.

“Saya membuat keputusan ini selepas mengambil kira banyak perkara. Malah, lebih menyebabkan saya kecewa apabila Momok Jangan Pang�gil Aku ditolak tayangannya di negara jiran, Brunei de�ngan alasan yang ada hubung kait dengan Astro First.


“Selain dimaklumkan sai�ngan hebat dengan filem asing seperti Kungfu Panda 2, dalam surat penolakan itu juga menjelaskan penonton akan dapat menyaksikan filem ini di Astro First selepas penayangannya di pawagam nanti.

“Justeru, saya melihat sudah tiada lagi hak eksklusif untuk filem Melayu. Ini kerana orang ramai sanggup menunggu tayangannya di Astro First berbanding datang menonton ke pawagam.

“Oleh itu, saya berasakan ia budaya yang kurang sihat,” katanya ketika ditemui selepas pratonton filem itu di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.

Momok Jangan Panggil Aku akan menemui penonton di 57 pawagam mulai 5 Mei ini selepas tayangan beberapa filem seram bermula dengan Di Larang Masuk pada 7 April, Senjakala (14 April), Penunggu Istana (21 April) dan Seru (28 April).

Katanya, untuk promosi selain menggunakan Internet, dia juga membuat iklan di tren transit aliran ringan (LRT) dan bas Rapid KL.

“Untuk promosi saya tidak boleh bergantung kepada media cetak dan elektronik tetapi harus rajin turun padang bertemu masyarakat.

“Malah, saya juga menjalin kerjasama dengan stesen radio Klasik Nasional dan Asyik FM.

“Rangka promosi itu tidak mensasar satu golongan saja, tetapi banyak pihak. Saya juga meletakkan harapan 50-50 untuk kutipan kerana sekarang penonton sudah ada banyak filem untuk ditonton,” katanya.

Filem membariskan pelakon Ariff S Shamsuddin sebagai Sudin, Cassandra Patrick (Qaseh), Mariani (Chu Lamah), Zarina Zainuddin (Nik), Yassin Salleh (Deris), Amin Khan (Busu), Ery Zukhairi (Khalif) dan M Jamil sendiri sebagai Ramlee, dihasilkan dengan belanja sekitar RM1.5 juta.

Ditambah dengan promosi dan publisiti menyeluruh, anggaran kos RM300,000. Jamil berkata, memang banyak yang perlu dilaburkan.

Menyemarakkan promosi Momok Jangan Panggil Aku, M Jamil sanggup menjelajah 10 negeri.

Katanya, dia begitu sedih apabila ada pawagam belum menggantung poster filemnya kerana tiada poster.

Menyentuh soal keberaniannya mempertaruhkan bakat baru dalam filemnya, M Jamil berkata, apa yang utama baginya, pelakon dipilih boleh berlakon menjiwai karakter yang diberikan.

Meletakkan pelakon yang ada nama besar bukan satu jaminan pada filem akan ber�jaya. “Selain filem Hikayat Merong Mahawangsa, saya dapati beberapa filem ditayangkan selepas itu yang diterajui artis popular tanah air juga kurang mencatat kutipan bagus.

“Apapun, saya tidak me�ngetengahkan pelakon baru kerana bayaran murah, tetapi untuk membantu mereka mengumpul pengalaman. Saya yakin dengan Momok kerana judul ini sangat dekat dengan penonton mengenai kisah hantu dan seram,” katanya.

Sambutan baik diterima Momok The Movie yang mencatat kutipan RM2.5 juta ketika ditayangkan pada 20 Sep�tember 2009 membuat�kan M Jamil mengekalkan konsep sama untuk filemnya kali ini. Tidak banyak perubahan yang dilakukan dan konsep seramnya masih cara lama.

Sepanjang menyaksikan filem ini, seolah-olah menonton telefilem cerita hantu. Apabila ditanya kepada M Jamil, katanya, terpulang kepada persepsi individu itu sendiri.

Katanya, dalam hal ini sukar untuk memuaskan hati semua orang, namun dia sudah melakukan yang terbaik dalam penghasilan filem yang diterbit�kan syarikatnya, Galaksi Seni Sdn Bhd.

Momok Jangan Panggil Aku berkisar pada Ramlee yang menerima panggilan dari rakan lama kolejnya, Aziz yang mengundang ke majlis kenduri di Kampung Pulau Rusa, Pekan, Pahang.

Ramlee pergi bersama Qaseh dan Sudin.

Qaseh, seorang novelis kisah seram membuka cerita mengenai hantu dalam per�jalanan itu. Ia bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka.

Malah, di sebalik cerita seram itu diselang-selikan juga dengan insiden
seram yang dialami oleh mereka.

Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan kereta volkswagon kuning yang sering diceritakan tiada pemandu di lebuh raya.

Mereka juga, terlanggar imej misteri yang menyebabkan laporan polis harus dibuat. Begitu juga, mereka bersua dengan Abang Long.

Siapakah Abang Long, seorang lelaki misteri yang ditemui? Malah, apakah yang sebenarnya berlaku kepada Aziz yang sentiasa menghubungi Ramlee meminta dia sampai ke kampung itu sebelum tengah hari? Malah, siapa pula gadis bernama Ita yang ditemui.

Semua jawapan ada dalam filem Momok Jangan Panggil Aku.

M Jamil berkata, berbanding Momok The Movie, dia sudah berusaha sebaik mungkin menghasilkan Momok Jangan Panggil Aku. 

No comments:

Post a Comment