Thursday, 14 April 2011

Shahir Nafi Suntik Botox di Bibir

Sincerity is My Priority


BIBIR Shahir disuntik botox! Itu antara berita hiburan artis tanah air yang boleh dikatakan agak panas hujung minggu lalu.
Shahir yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan juara program realiti Akademi Fantasia 8 (AF8) atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawani.
Pakejnya sebagai artis boleh dikatakan lengkap. Dia berwajah tampan, penampilan yang menarik dipandang dan memiliki vokal ‘jantan’ khususnya menerusi lagu hitnya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan.
Justeru, tidak menghairankan pemuda berusia 23 tahun itu baru-baru ini dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular 2010 (ABP 2010) sekali gus tersenarai antara lima calon artis paling popular di Malaysia!
Lumrah menjadi seorang artis terkenal dan cukup dikenali ramai, ternyata dia juga sememangnya tidak dapat lari daripada dilanda gosip negatif seperti yang menimpa kebanyakan artis yang lain.
Bermula dengan kisah dia telah menghilangkan diri beberapa hari sebelum malam pertandingan Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) pada 10 Januari lalu sehinggalah dia dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon cantik popular iaitu Rozita Che Wan, pemuda kelahiran Kampar, Perak itu tidak habis-habis dilanda gosip.
Terbaru, dia dikatakan cuba mengelak daripada dirakam fotonya pada majlis sidang media filem pertama lakonannya, Karak yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Malah, dia bahawa bibirnya itu bermasalah selepas memakai solekan untuk malam ABP 2010.
Sedangkan apabila bertanya kepada pihak urus setia ABP 2010, mereka memberitahu Shahir telah memaklumkan bahawa dia sudah mengalami masalah pada bibirnya itu sejak beberapa hari sebelum ABP 2010 berlangsung!
Impaknya, ada yang melabelkan Shahir sebagai artis yang semakin sombong dan mula meninggi diri.
Lebih malang, timbul pula gosip mendakwa bibirnya bermasalah akibat daripada melakukan suntikan botox!
Disebabkan Shahir masih mendiamkan diri daripada mengulas mengenai isu kontroversi tersebut, Kosmo! menuntut penjelasan dengan menghubungi sendiri Shahir.
Menurut Shahir, sememangnya pada masa itu bibirnya memang mengalami sedikit masalah kerana alahan memakai solekan terlalu lama pada wajahnya.
“Ramai yang tidak tahu sebenarnya saya memang ada alahan sehingga tidak boleh terlalu lama memakai solekan pada wajah. Kalau terlalu lama, saya akan mengalami bengkak di bibir.
“Biasanya kalau membuat sesi fotografi atau pun ketika mengadakan persembahan pentas, selepas selesai sahaja saya akan terus mencuci wajah saya,” jelasnya bersungguh-sungguh.
Tambah Shahir, dia turut menafikan sekeras-kerasnya bibirnya mengalami masalah bengkak yang berpunca daripada solekan yang digunakan semasa ABP 2010 tempoh hari.
Sementara itu, dia turut meluahkan rasa kesalnya apabila ada segelintir pihak yang telah menuduhnya telah membuat suntikan botox di bibir gara-gara alahan yang dialaminya itu.
Menurutnya, orang yang menyebarkan cerita tidak benar berkenaan adalah pihak yang tidak mengetahui keadaan sebenar tentang situasi yang dilaluinya itu.
Pastinya ramai yang sedia maklum dengan kenyataan Shahir beberapa bulan lalu mengenai dirinya yang disyaki menghidap penyakit kanser hati hingga dia terpaksa menghilangkan diri buat seketika.
Menurutnya, penyakit tersebut mula dikesan sewaktu dia menjalani ujian darah di sebuah hospital swasta dan mendapati bahagian hatinya mengalami masalah.
Bagaimanapun, apabila menjalani pemeriksaan yang sama di hospital yang lain, penyakit yang dilaluinya itu masih lagi belum sampai ke tahap yang serius.
Ketika diajukan tentang tahap kesihatannya ketika ini, Shahir memberitahu bahawa sekarang ini dia berada dalam keadaan yang sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit yang serius.

PS: Alafana dengar ada gossip mengenai dramatis Ery Putra atau lebih manja dipanggil oleh tuan director sebagai Baby yang dikhabarkan turut menyuntik botok, betul ke?

No comments:

Post a Comment