Sunday, 10 April 2011

Sedapnya Mulut Zahida Rafik Kata Masyarakat kolot

Sincerity is My Priority

LAGI artis cakap ikut sedap mulut, sekali gus memberi gambaran bahawa dia seperti nun jauh hanyut tanpa panduan. Pertama kali membaca kenyataannya, memang Alafana panas satu badan dengan statementnya.



Alafana rasa Zahida Rafik tak layak memperkatakan orang lain kolot, apatah lagi hal membabitkan hukum yang sudah jelas. Fikir sikit kau berada di mana, persekitaran kita bagaimana dan masyarakat kita bagaimana. Abis alau tak nak kolot kene hiburan separuh lucah dan cucuk botox sana sini,  bedah plastik satu badan baru moden ke CIK Zahida oiii,,,


Berhati-hati dengan kenyataan yang dibuat kerana ia mampu menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat.

Sekarang pun dah ramai tak puas hati dengan kenyataan itu. Macam-macam sindiran dan kutukan kini bertebaran di Internet gara-gara kenyataan Zahida Rafik tu.

Dengan penampilan dan kontroversi Zahida sebelum ini, memang cari nahas apabila menyebut perkataan kolot itu. Empunya badan yang dirai dalam hal berkaitan sehingga kau sebut perkataan kolot itu pun tak banyak cakap, dia pula yang macam lebih sudu daripada kuah.


Tidak salah jika hendak bercakap, tetapi fikirkanlah sedalam-dalamnya terlebih dulu, apatah lagi jika membabitkan sensitiviti masyarakat.

No comments:

Post a Comment