Sincerity is My Priority
Fauziah Nawi akan beraksi secara solo di dalam sebuah pementasan teater yang bertajuk Tiga Wajah yang akan dipentaskan oleh iSanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) .
Tiga Wajah merupakan gabungan tiga naskah monolog hasil karya Iryanda Mulia Ramli iaitu, Tukang Sapu, Hutang dan Pukul yang akan dipentaskan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini pada 30 Mac hingga 3 April.
Teater yang dipentaskan secara solo oleh Fauziah sendiri itu membawa mesej kemanusiaan dan kehidupan yang kelihatan agak remeh tetapi memberi impak besar dalam perkembangan dan keseimbangan masyarakat masa kini.
"Bukan mudah membawakan monolog kali ini kerana saya berperanan memegang sebanyak tiga watak.
"Lebih mencabar lagi apabila saya perlu menghafal skrip sebanyak 15 muka surat dan ia bukannya satu perkara yang mudah bagi golongan berusia seperti saya.
"Bagaimanapun, saya percaya ia sebuah karya yang menarik untuk ditonton,"ujarnya.
Tiket yang berharga RM50 (dewasa) dan RM15 (pelajar)
No comments:
Post a Comment