Tuesday 19 April 2011

Anu Dalam Botol Bakal Berentap Di Milan dan New York

Sincerity is My Priority


Biarpun dari awal lagi Anu Dalam Botol telah dihambat dengan pelbagai kontroversi termasuklah yang berkaitan dengan kutipannya di panggung, namun ia nyata tidak melelahkan penerbit filemnya iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman.
Malah, isteri kepada pemain badminton negara, Jailani Sidek ini juga enggan memikirkan kata-kata orang mengenai filem tersebut. Sebaliknya, dia berazam untuk terus mengorak langkah serta memandang ke hadapan.
Jauh di sudut hatinya juga, dia amat berbangga dengan pencapain yang diraih oleh Anu Dalam Botol, meskipun filem itu telah dikritik, dihina dan sebagainya. Bahkan filem sulung arahan Khir Rahman itu akan ditayangkan serta dipertandingkan dalam 2 buah festival filem antarabangsa di Itali dan New York pada penghujung tahun ini.
"Saya amat gembira apabila dijemput untuk mengadakan tayangan serta mempertandingkan filem Anu Dalam Botol menerusi kedua-dua dua festival filem antarabangsa ini.
"Sebagai penggiat seni pastinya kita akan gembira apabila filem kita dapat menyertai festival filem sebegini. Ini satu peluang keemasan untuk kita mempamerkan hasil kerja kita kepada masyarakat luar," katanya.

No comments:

Post a Comment