Sincerity is My Priority
Berulang kali mengatakan tidak mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon baru Shah Jazle, namun nama Neelofa masih lagi dikaitkan dengan aktor berwajah kacak tersebut.
Meskipun telah puas memberikan pelbagai kenyataan, namun masih ramai yang beranggapan bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan cinta. Bahkan, komen Neelofa baru-baru ini, pelbagai reaksi telah diberikan oleh pembaca.
Antaranya ialah Neelofa berbohong dan cakap tidak serupa bikin kerana dalam twitter yang dihantar oleh Shah Jazle kepadanya, ianya ada menyebut perkataan love. Selain itu, kenyataan yang diberikan oleh Neelofa kononnya telah sudah pun putus hubungan dengan kekasihnya dan kini sedang mengenali seseorang adalah jawapan yang dianggap klise semata-mata untuk menyelamatkan diri.
Jelas Neelofa, sesungguhnya antara dia dan Shah Jazle memang tidak mempunyai sebarang ikatan mahu pun hubungan yang istmewa.
Malah tegas Dewi Remaja 2010 itu lagi, peminat mungkin terkeliru setelah membaca twitter mereka disebabkan panggilan Shah Jazle kepadanya yang memanggil dengan panggilan Love.
"Saya dah jarang berinteraksi menerusi twitter ini tapi Shah memang aktif. Kalau peminat mempertikaikan mengenai twitter kami atau panggilan Shah pada saya iaitu love, ingin saya betulkan keadaan.
"Antara kami memang tak ada hubungan. Shah panggil saya love bukan bermaksud kami ini bercinta. Memang panggilan nama saya adalah Love. Orang yang rapat dengan saya akan memanggil saya dengan nama itu," katanya memberi penjelasan mengenai hal tersebut.
Menyambung perbualan tegas Neelofa, dia juga tidak berhasrat untuk mengaburi pandangan ramai orang dengan membuat pengakuan dirinya sedang mengenali seseorang.
"Memang hakikatnya saya sedang berkawan dengan seseorang. Ini bukan jawapan untuk cover line atau untuk nak selamatkan diri. Saya bercakap benda yang betul. Memang saya sedang mengenali seseorang.
"Kalau ada dakwaan yang mengatakan saya pernah bercinta memang betul. Tapi, itu dulu. Dulu memang saya ada kekasih hati dan kami putus selepas saya terlibat dalam b filem Azura 2011 ini. Sebabnya, kekasih saya tak dapat menerima keputusan saya untuk memasuki bidang seni ini ," katanya penuh kesal.
Malah disebabkan gosip-gosip yang berterusan ini, ia serta-merta membuatkan pelajar jurusan perniagaan Kolej Universiti Sunway mengambil keputusan untuk menjarakkan dirinya dengan Shah Jazle.
"Dulu, habis penggambaran saja, kami akan terus lepak sama. Tapi disebabkan isu ini, masing-masing buat hal sendiri. Saya rasa ini yang terbaik untuk kami tidak lagi mengeruhkan keadaan," katanya.
No comments:
Post a Comment