Thursday, 28 April 2011

Orchid Abdullah Terlantar Akibat Tumor

Sincerity is My Priority


Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah,64, yang popular dengan lagu Penawar Rindu berada dalam keadaan uzur akibat menghidap penyakit tumor yang dikenali “paraganglioma” sejak beberapa tahun lalu.
Menurut anaknya bongsunya Eenaz Mokhtar, 31, keadaan ibunya semakin kritikal selepas menjalani pembedahan di perut pada Februari tahun lalu dan mula tidak boleh bergerak beberapa bulan selepas itu.
"Selepas ibu menjalani pembedahan dia mula sukar bergerak. Doktor mengesahkan dia mengalami penyakit “paraganglioma” yang jarang berlaku di kalangan pesakit.
“Kata doktor penyakit ini hanya boleh dirawat di Hospital Putrajaya sahaja," ujarnya yang bergilir-gilir menjaga Orchid bersama-sama dua abang dan seorang kakaknya.
Tambah Eenaz doktor menasihati ibunya dibawa ke sebuah hospital di Maryland, Amerika Syarikat tetapi keadaannya tidak mengizinkan untuk bergerak jauh.
“Untuk membawa dia mengambil angin di luar rumah pun dia tak tahan, apatah lagi nak membawanya menaiki kapal terbang. Jadi, kami hanya melakukan rawatan tradisional seperti memberinya jus beri, sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya.
Terdahulu Persatuan Karyawan Malaysia bersama rakan-rakan artis turut melawat Orchid di rumahnya di Dataran Ukay di sini, Rabu
Kunjungan tersebut turut disertai Presiden persatuan itu Datuk Freddie Fernandez, Datuk Sarimah Ahmad, Julie Sudiro, Aspalela Abdullah dan Shamsudin Lamin.
Freddie serta empat artis tersebut turut menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada Orchid selain mendoakan kesihatan Orchid agar cepat sembuh.
Sementara itu menurut Freddie, skim pencen Karyawan untuk artis veteran terpaksa dihentikan sementara kerana persatuan itu mengalami masalah kewangan.
Katanya, skim yang telah dianjurkan sejak enam tahun lalu itu ditangguhkan sejak enam bulan lalu untuk membolehkan pihaknya mencari semula dana.
Sebelum ini, lebih 30 artis veteran telah menerima sumbangan berupa pencen bulanan berupa wang tunai sebanyak RM500 sebulan.
"Kami akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pesta lawak “The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu” pada Jun ini untuk mengumpul dana skim tersebut.
"Kami tahu ramai artis veteran yang mengeluh kerana tidak menerima sumbangan sebanyak RM500 sebulan seperti yang diberikan sebelum ini. Bagaimanapun kami berharap mereka bersabar," ujarnya.

Industri Hiburan Tanahair Penuh Kepuraan dan Unsur Negatif

Sincerity is My Priority


Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS.
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.
"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.
"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya.
Bob yang pernah popular dengan lirik ciptaannya, Issabella nyanyian kumpulan Search memberitahu, dia tidak menyesal dengan keputusan tersebut walaupun rezekinya sebagai pendakwah tidak semewah berbanding ketika dia menjadi artis dahulu.
Bagaimanapun Bob yang mempunyai masalah penyakit Pankreas itu reda dengan hal itu demi mendapatkan hidayah dan berkat di dunia dan akhirat nanti.
Tambahnya, sejak 19 Februari lalu, dia kini lebih selesa berdakwah dan sekurang-kurangnya memberi ceramah sebanyak tiga kali sehari.
"Sebelum meninggal dunia, lebih baik saya melakukan amal jariah sebanyak yang mungkin. Sekurang-kurangnya, saya tidak mati dalam keadaan yang leka dan melakukan perkara yang sia-sia.
"Sebenarnya industri hiburan kita boleh menjadi lebih elok jika kita ubah sistemnya kerana Islam membenarkan umatnya melakukan apa sahaja tetapi dengan syarat-syarat tertentu," tuturnya.
Kata Bob, sejak bergelar seorang pendakwah, dia jarang bertemu dengan rakan-rakan artisnya melainkan mereka yang mendengar ceramahnya atau bertemu dia di masjid antaranya ialah Cico, Abu Bakar Omar, Wahid Senario, Adam AF dan Ahmad Fedtri Yahya.

Siti Nurhaliza Nafi Terima RM1J Untuk Laskar Pelangi

Sincerity is My Priority


Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersedia membawa watak Ibu Muslimah dalam pementasan teater muzikal Indonesia, Laskar Pelangi yang dijadual dipentaskan di negara ini Julai depan, jika tawaran diterima bersesuaian dengan kehendak dan komitmen kerjayanya.
Bagaimanapun, penghibur berusia 32 tahun itu menafikan dia menerima pembayaran sebanyak RM1 juta untuk membawa watak guru yang gigih memperjuangkan nasib anak-anak susah di Pulau Belitung itu.
“Saya dengar khabar angin ada pihak produksi ingin menyunting saya sebagai seorang daripada teraju dalam teater muzikal itu namun sehingga kini tiada sebarang tawaran rasmi mengenainya, sebaliknya saya hanya mendengar daripada kawan dan pengurus saja.
“Bagaimanapun saya nafikan jumlah bayarannya sebanyak RM1 juta kerana kerana segala-galanya belum ada hitam putih. Apapun, jika benar tawaran itu akan menyusul, saya bersedia menimbangkannya kerana filem itu adalah sebuah karya yang menarik,” katanya yang menghubungi Harian Metro, pagi semalam.
Diadaptasi daripada filem terbitan Indonesia dengan judul serupa, teater muzikal Laskar Pelangi yang mendapat sentuhan pengarah Riri Riza bakal dipentaskan dengan mengekalkan plot cerita dan pembangunan watak yang sama namun disuntik pembaharuan pada barisan pelakon yang baru.
Alafana suka sangat dengan filem Laskar Pelangi dan sudah beberapa kali menontonnya. Watak Ibu Muslimah menuntut permainan emosi yang mencabar. Persolannya, dengan pengalaman yang kurang dalam bidang lakonan, mampukah Siti menjiwai watak Ibu Muslimah dengan sepenuh jiwa?

NTV7 Ke Westminster Abbey Untuk Siaran Langsung Perkahwinan Diraja

Sincerity is My Priority


BAGAI kisah dongeng menjadi kenyataan apabila dua insan yang saling mencintai, Putera William dan Catherine Elizabeth Middleton bakal disatukan di Gereja Westminster Abbey, esok.
Perkahwinan anak sulung Putera Wales, Charles dan Puteri Diana itu bakal menjadi perkahwinan kedua terbesar selepas perkahwinan Charles dan Diana pada 1981.
Pasangan berusia 29 tahun ini saling mengenali lebih lapan tahun ketika belajar di University of St Andrews di Scotland dan bertunang pada 16 November tahun lalu.

William melamar Kate ketika percutian mereka di Kenya kemudian meminta keizinan bapa Kate untuk mengahwini anaknya itu.


Anak sulung pasangan Michael Francis Middelton dan Carole Elizabeth itu sangat bertuah apabila menjadi wanita pilihan William yang pernah dikaitkan dengan beberapa wanita sebelum ini.

Bagi memberi gambaran lebih dekat lagi kepada penonton di Malaysia, ntv7 membuat laporan eksklusif pada hari bersejarah berkenaan.

Untuk itu, rombongan ntv7 seramai lapan orang diketuai Azlinda Salim dan Azleena Najri terbang ke London untuk membuat liputan majlis gilang-gemilang itu. Turut sama, penyampai berita Mandarin 7, Lee Siad Huey.

Sebagai satu-satunya stesen televisyen tempatan yang menyiarkan majlis itu, kru ntv7 ditempatkan di British Academy untuk mendapatkan gambaran jelas ketika siaran langsung majlis kemuncak.

Lintas langsung majlis itu bakal disiarkan melalui berita ntv7 dalam ketiga-tiga bahasa iaitu Edisi 7, 7 Edition dan Mandarin 7 sejak 22 April lalu dengan laporan terkini persiapan majlis perkahwinan dan kemuncaknya pada 29 April.

Ketiga-tiga penyampai berita itu akan menemuramah mereka yang berkaitan dengan perkahwinan selain memberi�kan kupasan majlis yang bakal memukau seluruh dunia kepada penonton ntv7.

Pada hari perkahwinan itu, rakyat Malaysia dapat melihat kemeriahan majlis itu bermula jam 3 petang hingga 8.30 malam.

Acara yang berlangsung selama 5 jam 30 minit itu akan memaparkan perkahwinan pasangan itu di gereja yang pernah menjadi saksi perkahwinan Charles dan Diana sehingga ke majlis resepsi kedua-dua mempelai.

Azlinda yang juga penerbit dan penyampai berita Edisi 7 berkata, mereka amat teruja berpeluang membabitkan diri dalam majlis diraja terbesar di Britain.

Mariani Kesal Dengan Kenyataan Rosnani Jamil

Sincerity is My Priority


KENYATAAN pelakon dan pengarah veteran, Datuk Rosnani Jamil mendakwa biduanita Puan Sri Saloma meninggal dunia di pangkuannnya pada 25 April 1983 tanpa kehadiran saudara-mara, membuatkan keluarga arwah terkilan.
Kakak arwah, Mariani Ismail, 75, meluahkan rasa terkilannya dan mempersoalkan tujuan Rosnani atau mesra dengan panggilan Mak Nani membuat kenyataan sedemikian seolah-olah Saloma diabaikan ahli keluarganya ketika terlantar sakit.
Katanya, sepanjang arwah koma dan menjalani rawatan di hospital, mereka bergilir-gilir menjaganya kerana masing-masing ada kerja, tetapi anaknya, Linda sentiasa berada di sisi ibu saudaranya itu kerana tidak bekerja.

“Arwah ada mengatakan ingin bertemu Nasir (arwah) dan kami cuba mencarinya dan berjaya membawa Nasir berjumpa dengannya.


“Apabila dibisikkan ke telinganya mengenai kedatangan Nasir, arwah menitiskan air mata dan tidak lama selepas itu, menghembuskan nafas terakhir.


Arwah meninggal kira-kira jam 1 pagi dan keluarga rapatnya berada di sisinya ketika itu. Saya bersama anak-anak, Sasha dan suami, Azlan Ramli, Melissa yang berusia 10 tahun ketika itu, Dian P Ramlee dan suami, Mohd Amanti, ibu bapa saya, Umi Kalsom Mahban dan Ismail Osman serta bapa tiri saya, Mum Yusof ada di situ.

“Bagaimana pula ada pihak lain mendakwa arwah mening�gal di pangkuannya tanpa kehadiran saudara-maranya? Saya tampil membuat kenyataan ini kerana perkara itu tidak benar dan sangat kesal dengan ke�nyataan itu. Saya tidak pasti apakah tujuannya berbuat demikian.

“Bukan niat saya untuk membela diri, tapi untuk membetulkan perkara yang tidak benar. Tanyalah dengan mereka yang masih hidup untuk mengetahui cerita sebenar. Dian dan suaminya masih hidup begitu juga Sa�sha dan suaminya. Saya juga berharap orang luar tidak terus membuat kenyataan yang tidak benar mengenai arwah,” katanya ketika menghubungi Harian Metro.

Mariani mengakui Rosnani berkawan baik dengan arwah dan melawatnya setiap hari sepanjang Saloma terlantar di hospital.

Bagaimanapun, katanya, pada detik terakhir arwah, Rosnani tidak berada di sisinya sebagaimana didakwa sebaliknya dikelilingi ahli keluarganya.

Saloma atau nama sebenar, Salmah Ismail yang dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22 Januari 1953 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 25 April 1983 selepas lima hari koma kerana masalah hati disebab�kan demam kuning.

Rosnani dalam ruangan Interaksi pada 6 April lalu mengatakan pengalaman bersama arwah ketika menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta sebagai saat paling menyedihkan kerana bintang yang cukup diagung-agungkan dan dipuja-puja, pada akhir hayatnya hanya ditemani dirinya dan seorang ustaz.

Mariani berkata, dia ingin mengambil peluang untuk menjelaskan perkara itu ketika menjayakan program RTM, Aku, Dia & Lagu...Saloma, tetapi tidak dapat berbuat demikian.

Tambah membuatkan dirinya terkilan apabila sekali lagi membaca kenyataan Rosnani dalam Harian Metro Selasa lalu hingga terus menghubungi akhbar ini meminta diberi ruang untuk membetulkan perkara sebenar.

“Cukup-cukuplah membuat kenyataan yang bukan-bukan. Kalau Rosnani masih terus membuat kenyataan yang menjatuhkan maruah keluarga, saya tidak akan berdiam diri,” katanya.

Rosnani mengatakan sepanjang arwah tenat dan dirawat di hospital, dia dan Latifah Omar setiap hari bergilir-gilir menjaganya.

Pada hari kematiannya, Mak Nani dihubungi anak saudara arwah, Linda yang memintanya membawa ustaz kerana Saloma sedang nazak.

Sebaik sampai di hospital dan selesai membacakan Al-Fatihah, tangan Mak Nani yang digenggam Saloma dilepaskan.

“Ini adalah pengalaman paling menyedihkan yang pernah berlaku dalam hidup Mak. Bayangkan, arwah Saloma satu bintang cukup diagung-agungkan dan dipuja-puja. Lunak merdu suaranya, menjadikan dia penyanyi wanita pertama negara ini yang diundang membuat persembahan di luar negara seperti Australia. Namun di akhir hayatnya, hanya ada Mak dan ustaz yang menemani.

“Ketika kami mengusung jenazah Saloma di mana ketika itu Mak bersama
anak Mak, Anuardi, Armali, bapa tiri Saloma dan Linda, azan Subuh berkumandang dan hal ini membuatkan kami semua berasa insaf.

Setinggi manapun kedudukan kita, sebanyak mana pun harta kita dan sepopular mana pun kita, akhirnya mati seorang diri menghadap Yang Maha Esa,” beliau dilaporkan berkata.

Wednesday, 27 April 2011

Sarimah Pernah Tertipu Cinta Siber

Sincerity is My Priority


Pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim mengaku pernah kecewa gara-gara ditipu cinta siber menerusi laman sosial Facebook.
Menurut Sarimah dia tidak sangka dirinya mudah ditipu walaupun tahu tentang risiko meminati lelaki yang dikenali di Internet.
"Memang ramai yang datang dan ingin berkenalan secara lebih mendalam dengan saya. Tetapi mereka semua mahukan Sarimah Ibrahim yang berada di kaca televisyen dan bukannya diri saya sebenar.
"Bagaimanapun saya pernah kecewa gara-gara ditipu cinta siber. Kami berborak menerusi Facebook dan merancang untuk bertemu. Selamatlah saya tidak ke tempat yang dijanjikan untuk berjumpa.
"Sebaliknya saya hanya menunggu dia menelefon saya. Malang sekali, saya tidak dihubungi pun seperti yang disangka. Memang saya sedikit terkilan dengan lelaki itu," katanya.
Tambah Sarimah, kini dia sedang mengenali seseorang tetapi enggan bercerita lanjut mengenainya.
Sebaliknya, dia menyatakan hasrat untuk menjadi seorang ibu seperti rakan-rakannya yang lain.
"Sekarang ini naluri saya begitu teringin untuk menjadi seorang ibu, entahlah kenapa?
"Justeru, saya perlu mencari seorang teman hidup yang mempunyai impian yang sama seperti saya iaitu mahu menjadi seorang bapa. Dan ya, kini saya sedang mengenali seseorang," ujar Sarimah yang bakal muncul dalam pementasan teater Mak Dara Nyonyayang bakal berlangsung pada 6 hingga 12 Julai 2011.
Sementara itu, Sarimah juga sedang membuat perancangan untuk menerbitkan dua buah buku mengenai cara-cara menjadi seorang artis dan juga berkaitan dengan masalah-masalah wanita berdasarkan pengalaman yang dilaluinya.

Impak Astro First Terhadap Filem di Pawagam


LAMBAKAN filem Melayu ditayangkan selang seminggu sejak Mac lalu dengan kehadiran Astro First (Saluran 480) menyiarkan filem selepas dua minggu ditayangkan di pawagam, dilihat sebagai satu alternatif menambahkan keuntungan.



Bagaimanapun, tidak bagi pengarah dan produser M Jamil apabila karya barunya, Momok Jangan Panggil Aku, enggan dijual kepada Astro First.
Katanya, Momok Jangan Pang�gil Aku yang kembali selepas pencapaian baik diraih Momok The Movie pada Aidilfitri dua tahun lalu dengan kutipan RM2.5 juta menjadi satu-satunya filem Melayu yang tidak akan ditayangkan di Astro First. Katanya, penonton hanya boleh tonton filem itu di pawagam.

“Saya membuat keputusan ini selepas mengambil kira banyak perkara. Malah, lebih menyebabkan saya kecewa apabila Momok Jangan Pang�gil Aku ditolak tayangannya di negara jiran, Brunei de�ngan alasan yang ada hubung kait dengan Astro First.


“Selain dimaklumkan sai�ngan hebat dengan filem asing seperti Kungfu Panda 2, dalam surat penolakan itu juga menjelaskan penonton akan dapat menyaksikan filem ini di Astro First selepas penayangannya di pawagam nanti.

“Justeru, saya melihat sudah tiada lagi hak eksklusif untuk filem Melayu. Ini kerana orang ramai sanggup menunggu tayangannya di Astro First berbanding datang menonton ke pawagam.

“Oleh itu, saya berasakan ia budaya yang kurang sihat,” katanya ketika ditemui selepas pratonton filem itu di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.

Momok Jangan Panggil Aku akan menemui penonton di 57 pawagam mulai 5 Mei ini selepas tayangan beberapa filem seram bermula dengan Di Larang Masuk pada 7 April, Senjakala (14 April), Penunggu Istana (21 April) dan Seru (28 April).

Katanya, untuk promosi selain menggunakan Internet, dia juga membuat iklan di tren transit aliran ringan (LRT) dan bas Rapid KL.

“Untuk promosi saya tidak boleh bergantung kepada media cetak dan elektronik tetapi harus rajin turun padang bertemu masyarakat.

“Malah, saya juga menjalin kerjasama dengan stesen radio Klasik Nasional dan Asyik FM.

“Rangka promosi itu tidak mensasar satu golongan saja, tetapi banyak pihak. Saya juga meletakkan harapan 50-50 untuk kutipan kerana sekarang penonton sudah ada banyak filem untuk ditonton,” katanya.

Filem membariskan pelakon Ariff S Shamsuddin sebagai Sudin, Cassandra Patrick (Qaseh), Mariani (Chu Lamah), Zarina Zainuddin (Nik), Yassin Salleh (Deris), Amin Khan (Busu), Ery Zukhairi (Khalif) dan M Jamil sendiri sebagai Ramlee, dihasilkan dengan belanja sekitar RM1.5 juta.

Ditambah dengan promosi dan publisiti menyeluruh, anggaran kos RM300,000. Jamil berkata, memang banyak yang perlu dilaburkan.

Menyemarakkan promosi Momok Jangan Panggil Aku, M Jamil sanggup menjelajah 10 negeri.

Katanya, dia begitu sedih apabila ada pawagam belum menggantung poster filemnya kerana tiada poster.

Menyentuh soal keberaniannya mempertaruhkan bakat baru dalam filemnya, M Jamil berkata, apa yang utama baginya, pelakon dipilih boleh berlakon menjiwai karakter yang diberikan.

Meletakkan pelakon yang ada nama besar bukan satu jaminan pada filem akan ber�jaya. “Selain filem Hikayat Merong Mahawangsa, saya dapati beberapa filem ditayangkan selepas itu yang diterajui artis popular tanah air juga kurang mencatat kutipan bagus.

“Apapun, saya tidak me�ngetengahkan pelakon baru kerana bayaran murah, tetapi untuk membantu mereka mengumpul pengalaman. Saya yakin dengan Momok kerana judul ini sangat dekat dengan penonton mengenai kisah hantu dan seram,” katanya.

Sambutan baik diterima Momok The Movie yang mencatat kutipan RM2.5 juta ketika ditayangkan pada 20 Sep�tember 2009 membuat�kan M Jamil mengekalkan konsep sama untuk filemnya kali ini. Tidak banyak perubahan yang dilakukan dan konsep seramnya masih cara lama.

Sepanjang menyaksikan filem ini, seolah-olah menonton telefilem cerita hantu. Apabila ditanya kepada M Jamil, katanya, terpulang kepada persepsi individu itu sendiri.

Katanya, dalam hal ini sukar untuk memuaskan hati semua orang, namun dia sudah melakukan yang terbaik dalam penghasilan filem yang diterbit�kan syarikatnya, Galaksi Seni Sdn Bhd.

Momok Jangan Panggil Aku berkisar pada Ramlee yang menerima panggilan dari rakan lama kolejnya, Aziz yang mengundang ke majlis kenduri di Kampung Pulau Rusa, Pekan, Pahang.

Ramlee pergi bersama Qaseh dan Sudin.

Qaseh, seorang novelis kisah seram membuka cerita mengenai hantu dalam per�jalanan itu. Ia bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka.

Malah, di sebalik cerita seram itu diselang-selikan juga dengan insiden
seram yang dialami oleh mereka.

Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan kereta volkswagon kuning yang sering diceritakan tiada pemandu di lebuh raya.

Mereka juga, terlanggar imej misteri yang menyebabkan laporan polis harus dibuat. Begitu juga, mereka bersua dengan Abang Long.

Siapakah Abang Long, seorang lelaki misteri yang ditemui? Malah, apakah yang sebenarnya berlaku kepada Aziz yang sentiasa menghubungi Ramlee meminta dia sampai ke kampung itu sebelum tengah hari? Malah, siapa pula gadis bernama Ita yang ditemui.

Semua jawapan ada dalam filem Momok Jangan Panggil Aku.

M Jamil berkata, berbanding Momok The Movie, dia sudah berusaha sebaik mungkin menghasilkan Momok Jangan Panggil Aku. 

Elly Mazlein Bertunang hujung bulan Mei

Sincerity is My Priority


Selepas digosip kononnya mempunyai hubungan dengan suami orang, akhirnya pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengumumkan akan bertunang dengan pengarah filem dan drama, Azmi Mohd Hata.
Majlis pertunangan akan diadakan 29 Mei depan di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara itu menjawab teka-teki dan pelbagai tuduhan termasuk dia sudah menjadi isteri kedua.

Mengenali Azmi yang juga pengarah filem Duhai Si Pari-Pari dan beberapa drama tempatan sejak tiga tahun lalu sebelum serius sekitar pertengahan 2009, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi menyifatkan hubungannya dengan pengarah berusia 36 tahun itu sebagai sesuatu yang istimewa.

“Saya yakin Azmi adalah lelaki yang boleh memimpin saya ke gerbang kebahagiaan dan membina keluarga sejahtera. Malah saya percaya dia seorang yang bertanggungjawab, menghormati orang tua dan seorang yang penyayang hingga membuatkan saya mengambil keputusan menerima lamarannya.

“Saya tidak berbohong atau sengaja merahsiakan hubungan ini kerana daripada awal lagi saya sudah memberitahu yang hanya akan bersuara jika perkara itu benar-benar sah.

“Justeru, saya mengharapkan pengumuman pertunangan ini akan memberhentikan apa saja tuduhan lama yang pernah memberikan tekanan buat saya. Malah, saya sendiri melihat majlis pertunangan ini sebagai satu simbolik penghargaan buat keluarga dan teman media yang tidak henti menyokong kerana sejak dulu, saya sering berjanji akan menjemput semuanya jika saya sah mempunyai hubungan,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.


Elly juga mengesahkan bakal melangkah ke jenjang pelamin selewat-lewatnya Februari depan.

“Kami sepakat untuk tidak mengikat pertunangan terlalu lama. Sebenarnya kami merancang ingin melangsungkan perkahwinan November ini, namun melihat pada jadual kerja yang begitu padat, kami terpaksa menangguhkannya hingga ke Januari atau Februari depan.

Tuesday, 26 April 2011

MRSM Kuantan Perbetulkan Fakta Isu Anak RCW DiBuli

Sincerity is My Priority

Berikutan laporan media dan blog mengenai kejadian anak Rozita Che Wan (RCW) dibelasah, pihak MRSM Kuantan telah menyiarkan satu entri menerusi blog MRSM Kuantan - Perkebunan Ilmu. Menurut pengendali blog tersebut, beberapa kenyataan pelakon Rozita Che Wan kepada GUA telah diputar-belitkan oleh pelakon tersebut. Kenyataannya adalah seperti berikut:



Beberapa fakta nampaknya telah tidak dilaporkan secara tepat. Samada secara sengaja atau tidak, wallahuallam. Tuan punya cerita jer yang tahu. So, since Cik Rozita berbulu mata lentik ni dah menghebahkan cerita yang tak benar, tak patut lah pulak jika fakta sebenar tidak dijelaskan.
Pertama: Apa yang berlaku pada si Ammar ni bukanlah kes “buli” sebagaimana yang diistilahkan oleh Cik Rozita. Perkataan “buli”, mengikut takrifan yang digunapakai dan diterima oleh masyarakat membawa maksud :- perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain
Pelajar yang dikatakan “membuli” Ammar Effendi putera sulung kesayangan CIk Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar. Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair. Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah. Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi. Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya. Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali. Ianya hanyalah satu insiden “touch-and-go” yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal. Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden “buli” sebagaimana yang difahami oleh umum.
Kedua – pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa. Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi. Tidak timbul soal pelajar lebih senior “membuli” pelajar junior. Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.
Ketiga: – Apa yang berlaku sebenarnya memang ada kaitan dengan buku yang dipinjam daripada pelajar Tingkatan 5. Tetapi tiada campurtangan pelajar Tingkatan 5 dalam insiden pergaduhan itu. Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain. Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti “Ha.. nak nangis lah tu… nak nangis lah tu…” Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu. Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut. Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada/perut dan telinga. Ammar tidak membalas langsung,
Keempat: Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM. Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, dan bukannya dua bulan.
Kelima: – Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama. Samada Rozita tidak tahu di mana anaknya bersekolah atau memang dia sengaja nak mensensasikan cerita, wallahuallam. Tapi anaknya yang bernama Aniq Ezzra itu tidak bersekolah di MRSM Kuantan. Cuma pada awal-awal tahun dulu, ada juga terdengar yang dia nak merayu supaya anaknya dapat diterima masuk ke MRSM Kuantan jugak. Tak pastilah pulak samada anak keduanya itu berjaya mendapat tawaran MRSM atau tidak.
MRSM Kuantan, atau mana-mana institusi pendidikan sekalipun tidak pernah mewajarkan perbuatan memukul, bergaduh, menggunakan kekerasan, apatah lagi perbuatan membuli oleh mana-mana pelajar atas apa jua alasan sekalipun. Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapapun, tetapi kita menganggap itu hanyalah “ribut di dalam cawan kopi” yang tidak perlulah sampai melibatkan aduan polis, atau hebahan di media-media perdana. Tidak perlulah ibubapa Ammar melenting-lenting seolah-olah seluruh warga MRSM Kuantan terlibat dalam konspirasi mencedera-parahkan seorang anak selebriti terkenal pujaan Malaya itu. Walhal, tiada sebarang kecederaan, atau apa-apa kesan lebam pun yang kelihatan.
Ibubapa anak remaja yang sedang melalui proses pendewasaan yang normal seharusnya lebih boleh berfikir secara rasional, lebih boleh menerima hakikat bahawa dalam proses pendewasaan itu, seseorang anak perlu melalui saat-saat manis persahabatan dan mungkin diselang-seli dengan pelbagai lagi peristiwa yang pahit, tawar, masam, kelat dan sebagainya. “It takes the whole village to raise a child”.
Saya sendiri ada berjumpa pelajar yang memukul Ammar sehari selepas insiden semasa dia berjumpa guru homeroomnya. Wajahnya pucat dan suaranya terketar-ketar menceritakan kejadian. Ibu pelajar tersebut juga telah menelefon guru homeroom anaknya malam sebelum itu, juga bercakap dengan nada cukup takut dan cemas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan.
Sehingga sekarang bila saya membaca kenyataan-kenyataan Cik Rozita di blog-blog di internet atau di Pancaindera tempoh hari, ingatan pasti melayang kepada satu wajah budak lelaki yang kepucatan yang bercakap dengan nada suara bergetar kepada seorang guru homeroom. Hanya seorang guru untuk mendengar dibandingkan dengan Rozita yang mempunyai jutaan peminat yang mendengar keluh-kesah hatinya, lengkap dengan gerombolan media dan wartawan yang siap-siaga untuk mencanangkan ke seluruh pelusuk negara perihal anaknya yang telah menjadi “:mangsa buli” sebuah MRSM!
Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik. Eloklah anakanda tercinta Cik Rozita ni bersekolah di sekolah di Subang tu. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. Leave MRSM to those kids from underprivileged families… MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa rakyat marhaen yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa….

RM10 Juta untuk filem Anu Dalam Botol

Sincerity is My Priority

DALAM keadaan dilanda pelbagai kritikan dan kontroversi, filem Dalam Botol menarik minat pengedar filem antarabangsa berpusat dari New York yang menyatakan minat untuk membeli hak tayangan pada harga RM10 juta atau AS$3 juta.
Pastinya jumlah yang ditawarkan itu lebih 10 kali ganda lebih tinggi daripada kutipan kasar filem Dalam Botol.
Mengikut Maklumat Industri Perfileman di laman sesawang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), filem Dalam Botol yang dihasilkan dengan kos kira-kira RM800,000 mula ditayangkan menerusi 40 panggung pada 23 Mac lalu dan mencatatkan kutipan kasar RM570,000. Angka itu berdasarkan data yang dikemaskini oleh FINAS sehingga 20 April lalu. 

Penerbitnya, Raja Azmi Raja Sulaiman menjelaskan, belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat ketika ini kerana rundingan mengenai harga masih dalam perbincangan. 

Menurutnya, rundingan itu adalah untuk menentukan harga sebenar kerana adakah wakil pengedar berkenaan mahu menayangkan filem Dalam Botol ke seluruh dunia atau hanya pawagam di Amerika Syarikat saja. 

Enggan dianggap sebagai terlalu tamak, tetapi pada masa beliau juga sedang mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak lain apakah tawaran yang diberikan itu dianggap berpatutan. 
“Menyebut pasal harga ini, rundingan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Saya tidak mahu dilihat tamak. Tapi pada masa sama saya kena fikir juga, adakah RM10 juta itu adalah harga yang tinggi atau sebaliknya. 

“Saya pun mahu kepastian daripada pihak pengedar sama ada filem Dalam Botol hendak ditayangkan di seluruh dunia atau Amerika saja. Kalau di seluruh dunia, apakah harga yang ditawarkan itu setimpal,” katanya. 

Minat penggiat filem luar antarabangsa terhadap filem Dalam Botol tercetus apabila salinannya turut diedarkan oleh Library of Congress di Amerika. Malahan sebelum filem itu ditayangkan di negara sendiri, Dalam Botol sudah ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa seperti Fesvital Filem Antarabangsa Venice, Itali; Festival Filem Independent New York dan Festival Filem Antarabangsa Lyon, Perancis. 

Penayangan filem ini dikatakan memberikan sedikit ‘kejutan’ kepada orang luar kerana tema yang dibawakan dianggap sebagai di luar daripada kebiasaan kerana mengetahui masyarakat Malaysia yang masih konservatif dan taboo homoseksual. 

Bagaimanapun, Raja Azmi sekali lagi menegaskan, filem Dalam Botol bukanlah cerita mengenai cinta sejenis atau homoseksual tetapi sekadar mengangkat konflik kehidupan yang dilalui oleh segelintir manusia tetapi tidak diberikan perhatian oleh masyarakat. 

“Ingin saya tegaskan, filem Dalam Botol tidak sama sekali menggalakkan budaya homoseks. Saya bukan hendak mempromosikan itu. Tetapi yang penting, cerita yang dimuatkan menerusi filem Dalam Botol adalah mengenai kesilapan manusia dalam membuat keputusan kerana terlalu mengikut kata hati,” katanya. 

Raja Azmi juga menjelaskan dia tidak mahu menyamakan filem ... Dalam Botol dengan Brokeback Mountain. Baginya, walaupun kedua-dua filem itu mungkin ada persamaan dari segi pendekatan ceritanya, tetapi konflik yang dipaparkan ... Dalam Botol jelas berbeza kerana ia masih memberi penekanan daripada aspek moral, budaya dan pegangan agama. 

“Cuma daripada pandangan orang Barat, filem ... Dalam Botol memecahkan taboo pemikiran penonton di Malaysia kerana cerita mengenai hubungan homoseksual memang tidak pernah dibuat terutama dalam pemikiran masyarakat kita yang sangat konservatif. 

“Filem ... Dalam Botol memberi kejutan kepada orang luar kerana selalunya mereka selalunya melihat cerita seperti ini dilakukan oleh penggiat filem dari Jepun, Korea atau Hong Kong, bukan daripada Malaysia yang majoriti penduduknya mempunyai pegangan yang kuat dengan agama Islam,” jelasnya. 

Konflik lelaki daripada pandangan wanita 

Laporan agensi berita antarabangsa Associated Press (AP) pada 13 April lalu melaporkan filem ... Dalam Botol mendapat ulasan yang menggalakkan daripada pengkritik filem antarabangsa, malahan ada yang membandingkannya dengan Filem Terbaik di Anugerah Academy, Brokeback Montain dan filem Happy Together arahan Wong Kar Wai dari Hong Kong. 

Pengarah filem ... Dalam Botol, Khir Rahman dipetik sebagai berkata; “Kutipan box-office tidak penting kepada saya. Saya sudah melakukan kerja sebagai seorang pengarah untuk menghasilkan satu cerita yang baik.” 

Tidak dinafikan ... Dalam Botol memang sentuhan homoseksual dengan babak pembukaannya memaparkan dua lelaki meraba dada masing-masing ketika berada di pantai. Walaupun tidak sama dengan Brokeback Montain, tetapi ia disifatkan sebagai keterbukaan penonton filem Malaysia. 

Filem genre drama romantik, Brokeback Mountain diarahkan oleh pengarah kelahiran Taiwan, Ang Lee pada tahun 2005 memaparkan kisah cinta yang rumit dan penuh konflik membabitkan dua lelaki di Barat Amerika. 

Seperti filem ... Dalam Botol yang mana idea asalnya daripada seorang wanita, iaitu Raja Azmi, begitu juga dengan Brokeback Montain. Konflik cinta penuh rumit antara dua lelaki itu dalam Brokeback Mountain juga adalah adaptasi berdasarkan kaca mata wanita iaitu Annie Proulx, manakala Diana Ossana bersama-sama Larry McMurthy sebagai penulis lakon layar. Filem itu dibintangi oleh Heath Ledger, Jake Gyllenhaal, Anne Hathaway dan Michelle Williams.

Julfekar didakwa aniaya artis naungan

Sincerity is My Priority


PERBALAHAN antara Julfekar dan penyanyi di bawah naungan syarikatnya, Millenium Art semakin panas dan saling tuding menuding antara satu sama lain.


Ini termasuklah komposer itu didakwa meminta wang membabitkan ratusan ribu ringgit dengan alasan untuk menerbitkan album tetapi hasilnya tidak kelihatan.

Dakwaan itu dibuat oleh Datuk Jeffry Rosman atau Emjay dengan menyatakan Julfekar sudah mengambil wangnya lebih RM200,000 konon untuk membiayai kos penerbitan album dan promosi. Julfekar juga didakwa kerap meminta wang daripadanya dan terbaru berjumlah RM70,000 juga dengan alasan untuk menyiapkan albumnya itu. 

“Tujuh tahun lalu dia pujuk saya untuk buat album. Dia minta saya keluarkan duit sendiri, malah dia cakap tak payah tanda tangan sebarang kontrak sebab saling mengenali. Tapi cuma satu lagu saja iaitu Impian dihasilkan, itu pun dimuatkan dalam album kompilasi bersama-sama dengan artis lain,” katanya. 

Emjay turut mendakwa Julfekar meminta RM39,800 bagi satu lagu yang dihasilkan dan terkejut apabila lagu yang diberikan kepadanya pula itu adalah milik penyanyi lain. 

Meskipun sudah mempunyai empat singlenya sendiri, namun Julfekar dikatakan enggan menghasilkan album. Julfekar memberi alasan Badan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) tidak meluluskan penghasilan sebuah album jika hanya memiliki empat single saja. 
“Dia ada 21 penyanyi tetapi tak boleh nak jaga. Cuma seorang penyanyinya saja yang Julfekar bawa ke sana sini. Sebenarnya dia ada agenda tersendiri nak tunjuk kepada artisnya sebelum ini bahawa dia boleh kawal ramai artis. 

“Dia mempergunakan artis di bawah naungannya tanpa show, album mahupun single sebabnya nak tunjuk kepada artis terbabit yang dia boleh lahirkan ramai artis yang berbakat,” katanya. 

Dua bakat baru Shahila Shariff atau Heela dan Mohammad Syahrul Mohammad atau Syahz turut mendakwa diperdaya oleh Julfekar untuk menghasilkan album namun sehingga kini tiada satu pun dihasilkan. Mereka juga mendakwa tidak diberikan sebarang persembahan pentas. Syahz mendakwa Julfekar menjanjikan setiap artis di bawahnya akan dihasilkan satu album setahun, namun hanya satu lagu untuk album kompilasi saja yang dihasilkan Millenium Art. 

“Saya ada jumpa Julfekar minta salinan tetapi bermacam alasan yang diberikan. Sebelum ini, dia ada cakap kalau tak suka boleh keluar (dari Millenium Art) tetapi kena bayar RM25,000. Sudahlah kena bayar, tapi tidak boleh tanda tangan kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman lain selama enam tahun. Apa maknanya? 

“Saya tidak pasti adakah ini ugutan? Dia suruh saya berhenti kerja sebab ada road tour tapi sampai sekarang tak ada sebarang show, bahkan hanya beri tumpuan pada seorang artis saja,” katanya. 

Biarpun sudah ada ramai penyanyi di bawah naungannya, Julfekar dikatakan masih terus mencari bakat baru yang ingin menjadi penyanyi sedangkan dia sudah ada 21 artis yang tidak diberi perhatian dan pembelaan seadilnya. 

Seorang lagi bakat baru di bawah naungan Millineium Art, Heela juga terkilan dan kecewa kerana Julfekar sering tidak sopan ketika berdepan dengan artis wanita. 

“Dia pandai memujuk dengan menggunakan kata-kata manis. Tapi apabila kehendaknya tidak boleh dipenuhi, dia akan menghambur kata kesat dan kasar. Jadi, macam mana kita hendak berbincang secara baik mengenai sesuatu masalah,” katanya. 

Semua dakwaan tidak berasas 

Julfekar menegaskan semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya sebagai tidak berasas dan menganggap mereka hanya hendak mencari publisiti murahan. 
Dakwaan daripada Emjay bahawa dia sudah mengambil wang sebanyak RM200,000 sebenarnya tidak wujud dan sengaja diperbesar-besarkan bagi meraih perhatian masyarakat. 

“Tak ada langsung RM200,000 itu. Dia sengaja nak buat cerita untuk mencari publisiti murahan. Saya tidak mahu ambil tindakan lagi sebab nak tunggu dan lihat apa lagi cerita yang mereka nak reka tetapi kalau sudah sampai kemuncaknya saya akan saman mereka,” katanya. 

Malah Julfekar mendakwa meskipun tiada lagu baru yang dihasilkan kepada artis di bawah naungan syarikatnya, namun dia tetap mempromosikan mereka termasuk membuat penggambaran video klip. 

Walaupun lagu-lagu mereka sudah popular tetapi Julfekar tetap mempromosikan artisnya supaya lebih dikenali dan menonjol, namun tidak menyangka ada pihak cuba menjatuhkan imejnya sebagai komposer. 

“Pasal duit itu, tak ada langsung malah kalau benar dia ada keluarkan duit sebanyak itu untuk buat album, mana hitam putihnya? Tunjukkan bukti kepada saya. Takkanlah begitu mudah dia keluarkan secara tunai saya tanpa sebarang dokumen yang sah,” katanya. 

Mengenai dakwaan Syahz dan Heela yang tidak diberikan salinan kontrak, Julfekar mendakwa Syahz tidak datang bertemu dengannya untuk mengambil salinan kontrak manakala Heela sudah diberikan salinan dua kontrak yang ditandatangani bersama itu. 

“Syahz ada jumpa saya awal tahun ini katanya nak bekerja, jadi saya cakap tak apalah kalau macam itu tetapi dia tak boleh tanda tangan atau terbabit dengan mana-mana syarikat rakaman lain. 

“Manakala Heela pula jumpa saya tahun lepas, cakap nak balik kampung jadi saya cakap yang sama, tetapi sebaliknya kedua-dua mereka menipu saya dengan buat kerja luar dan itu sudah melanggar kontrak,” katanya. 

Menurut Julfekar, terdapat dua kontrak iaitu kontrak artis dan syarikat, malah kedua-dua kontrak itu sudah tertulis syarat yang perlu dipatuhi termasuk tidak dibenarkan membuat kerja luar tanpa kebenaran syarikat. 

Meskipun tertekan dengan dakwaan yang dilemparkan kepadanya, namun Julfekar masih memberi peluang dan ruang untuk mereka tampil berbincang dengannya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Monday, 25 April 2011

Siti Nurhaliza Kejar Nurul Shukor ke Hospital

Sincerity is My Priority

Baru-baru ini, teman Alafana melawat seorang teman yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan akibat buasir dan ternampak kelibat jurusolek tersohor di salah sebuah wad di hospital berkenaan. Turut berada di wad berkenaan adalah penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Rupa-rupanya Nurul Shukor telah pitam dan rebah di salonnya akibat kepenatan. Ketika dia pitam, Nurul sedang berbual dengan Siti di dalam telefon. Mendengarkan sesuatu yang tidak kena, Siti dan pengawal peribadinya telah bergegas ke studio Nurul dan mendapati Nurul telah  pengsan. Tanpa berlengah lagi, terus Siti dan pengawal peribadinya membawa Nurul ke hospital dan dikejarkan ke wad untuk rawatan.

Nasib baik ada Siti yang sanggup bergegas ke studio Nurul, kalau tak ada Siti, tak tau lah apa akan jadi.
Alafana harap Nurul banyak kan berehat dan semoga cepat sembuh.

Sharifah Aini tarik Diri dari Mentor 5?

Sincerity is My Priority

Ini ada cerita panas pasal mentor kepada Shiha, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah berura-ura nak tarik diri daripada program Mentor 5.
Khabarnya Kak Pah nak tarik diri sebab terbaca komen yang kurang enak mengenai dirinya di internet.


Kak Pah terkilan kerana ada yang mendakwa dirinya tak mampu nak bawa Shiha pergi jauh setelah mata yang diperoleh pada konsert ketiga baru-baru ini merosot. 

Alafana yang sememangnya antara peminat Kak Pah berharap sangat cerita yang disampaikan itu tidak benar. Kalau betul pun markah Shiha merosot pada konsert ketiga lalu, takkan Kak Pah mudah berputus asa. Kak Pah yang Alafana kenal bukan macam itu orangnya. Lagipun, Cik Normah dan peminat sendiri nampak, Shiha ada peningkatannya pada setiap persembahan. 

Kalau sekali-sekala kena tegur dek juri, itu perkara biasa. Bukan bermakna protege tidak bagus atau mentornya gagal memberikan didikan terbaik, tetapi setiap manusia kan ada kelemahan. Jadikan ia sebagai penguat semangat untuk memberikan persembahan lebih baik pada konsert seterusnya. 

Lebih memeranjatkan, Kak Pah dikatakan menangis ketika menyuarakan isi hatinya itu kepada seorang rakan. Isy, takkanlah sampai macam itu sekali. Itu baru konsert ketiga, maknanya belum terlambat untuk memperbaiki mana-mana kelemahan yang dirasakan ada. 
Sebelum ini Kak Pah juga yang mendakwa persembahan Shiha bertambah baik, meskipun markah yang diperoleh merosot dan menerimanya dengan hati yang terbuka, malah akan memperbaiki mutu persembahannya pada konsert seterusnya. 



Janganlah Kak Pah mudah terkesan dan mudah terasa dengan segala komen yang ditulis di Internet. Anggaplah ia usikan manja yang sebenarnya akan menguatkan lagi semangat Kak Pah dan Shiha. Kalau Kak Pah sendiri lemah semangat, tidakkah itu akan mempengaruhi semangat Shiha juga? 

Tuesday, 19 April 2011

Neelofa Nafi BerBohong

Sincerity is My Priority


Berulang kali mengatakan tidak mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon baru Shah Jazle, namun nama Neelofa masih lagi dikaitkan dengan aktor berwajah kacak tersebut.
Meskipun telah puas memberikan pelbagai kenyataan, namun masih ramai yang beranggapan bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan cinta. Bahkan,  komen Neelofa baru-baru ini, pelbagai reaksi telah diberikan oleh pembaca.

Antaranya ialah Neelofa berbohong dan cakap tidak serupa bikin kerana dalam twitter yang dihantar oleh Shah Jazle kepadanya, ianya ada menyebut perkataan love. Selain itu, kenyataan yang diberikan oleh Neelofa kononnya telah sudah pun putus hubungan dengan kekasihnya dan kini sedang mengenali seseorang adalah jawapan yang dianggap klise semata-mata untuk menyelamatkan diri.

Jelas Neelofa, sesungguhnya antara dia dan Shah Jazle memang tidak mempunyai sebarang ikatan mahu pun hubungan yang istmewa.
Malah tegas Dewi Remaja 2010 itu lagi, peminat mungkin terkeliru setelah membaca twitter mereka disebabkan panggilan Shah Jazle kepadanya yang memanggil dengan panggilan Love.
"Saya dah jarang berinteraksi menerusi twitter ini tapi Shah memang aktif. Kalau peminat mempertikaikan mengenai twitter kami atau panggilan Shah pada saya iaitu love, ingin saya betulkan keadaan.
"Antara kami memang tak ada hubungan. Shah panggil saya love bukan bermaksud kami ini bercinta. Memang panggilan nama saya adalah Love. Orang yang rapat dengan saya akan memanggil saya dengan nama itu," katanya memberi penjelasan mengenai hal tersebut.

Menyambung perbualan tegas Neelofa, dia juga tidak berhasrat untuk mengaburi pandangan ramai orang dengan membuat pengakuan dirinya sedang mengenali seseorang.
"Memang hakikatnya saya sedang berkawan dengan seseorang. Ini bukan jawapan untuk cover line atau untuk nak selamatkan diri. Saya bercakap benda yang betul. Memang saya sedang mengenali seseorang.

"Kalau ada dakwaan yang mengatakan saya pernah bercinta memang betul. Tapi, itu dulu. Dulu memang saya ada kekasih hati dan kami putus selepas saya terlibat dalam b filem Azura 2011 ini. Sebabnya, kekasih saya tak dapat menerima keputusan saya untuk memasuki bidang seni ini ," katanya penuh kesal.

Malah disebabkan gosip-gosip yang berterusan ini, ia serta-merta membuatkan pelajar jurusan perniagaan Kolej Universiti Sunway mengambil keputusan untuk menjarakkan dirinya dengan Shah Jazle.
"Dulu, habis penggambaran saja, kami akan terus lepak sama. Tapi disebabkan isu ini, masing-masing buat hal sendiri. Saya rasa ini yang terbaik untuk kami tidak lagi mengeruhkan keadaan," katanya.

Adawiyah Khor Promosi Susuk di Utusan

Sincerity is My Priority

Alafana terkejut apabila diberitahu seorang peminat yang akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia telah mempromosikan amalan susuk di ruangan  Keluarga pada 10 April lepas. Artike itu telah ditulis oleh wartawan bernama Adawiyah Koh Abdullah. Dari nama wartawan ni, Alafana agak dia  ni mualaf tapi sanggup menulis artikel seperti ini yang terang-terangan boleh memesongkan akidah umat Islam. Petikan artikel adalah seperti berikut.

"Sebelum ini kita hanya terfikir susuk menjadi pilihan golongan artis dan kenamaan. Kaedah ini semakin popular di kalangan masyarakat termasuk penuntut universiti, kaum lelaki.
Secara umumnya, susuk dianggap warisan nenek moyang. Definisi amalan itu adalah tindakan seseorang memasukkan bahan asing ke anggota badan tertentu bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.
Pak Awang memberitahu tidak semua orang sesuai menggunakan botox justeru susuk menjadi alternatif.


Pemakaian susuk tidak terhad kepada muka tetapi alat sulit wanita dan lelaki seperti kemaluan atau payu dara mengikut jenis susuk yang diingini.
Muka dan badan pemakai ditandakan dengan sejenis alat seperti pensel untuk memastikan tempat yang sesuai ditusuk susuk yang diingin.

Selepas itu bermulalah proses membaca ayat-ayat sambil memegang anggota badan yang mahu dipasang susuk.
So kalau dah pasang kat alat sulit dan payudara maknanya Pak awang ni kenalah sentuh dan pegang bahagian-bahagian itu? Tak ke haram sentu alat sulit apatah memasukkan susuk ke alat sulit.
Bertaubatlah wahai Adawiyah Khor...penulisan anda tu adalaha cubaan untuk mengkhurafatkan orang-orang melayu yang Islam pasal rata-rata yang baca Utusan adalah orang Melayu Islam. Siap promote dengan letak  no telefon si tukang susuk tu. Orang yang tak tau pasal benda benda khurafat ni...terus rasa teringin nak cuba. Besar dosa tu... Marilah kita ramai ramai berdakwah pada saudara baru kita ni di emel beliau: adawiyah@utusan.com.my

Anu Dalam Botol Bakal Berentap Di Milan dan New York

Sincerity is My Priority


Biarpun dari awal lagi Anu Dalam Botol telah dihambat dengan pelbagai kontroversi termasuklah yang berkaitan dengan kutipannya di panggung, namun ia nyata tidak melelahkan penerbit filemnya iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman.
Malah, isteri kepada pemain badminton negara, Jailani Sidek ini juga enggan memikirkan kata-kata orang mengenai filem tersebut. Sebaliknya, dia berazam untuk terus mengorak langkah serta memandang ke hadapan.
Jauh di sudut hatinya juga, dia amat berbangga dengan pencapain yang diraih oleh Anu Dalam Botol, meskipun filem itu telah dikritik, dihina dan sebagainya. Bahkan filem sulung arahan Khir Rahman itu akan ditayangkan serta dipertandingkan dalam 2 buah festival filem antarabangsa di Itali dan New York pada penghujung tahun ini.
"Saya amat gembira apabila dijemput untuk mengadakan tayangan serta mempertandingkan filem Anu Dalam Botol menerusi kedua-dua dua festival filem antarabangsa ini.
"Sebagai penggiat seni pastinya kita akan gembira apabila filem kita dapat menyertai festival filem sebegini. Ini satu peluang keemasan untuk kita mempamerkan hasil kerja kita kepada masyarakat luar," katanya.

Ashraf Muslim Bertunang 23 April 2011

Sincerity is My Priority


Pelakon hensem Ashraf Muslim yang kini sibuk dengan aktiviti perubatan Islam telah memaklumkan kepada pihak media bahawa dia akan bertunang dengan seorang gadis berumur 24 tahun pada 23 April ini, di Gombak. Ashraf Muslim juga berkata yang dia tidak keberatan untuk memperkenalkan gadis tersebut pada hari pertunangannya nanti, yang diadakan serentak dengan hari perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah.
Menurut Ashraf lagi, bakal tunangnya merupakan seorang doktor perubatan yang sedang menjalani praktikal di sebuah hospital di Melaka. Dia sudah mengenali gadis tersebut sejak setahun yang lepas dan ciri-ciri gadis tersebut yang merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang telah merebut hatinya.
Ashraf Muslim juga menyebut bahawa dia ingin menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Buat masa ini, Ashraf Muslim kurang menerima tawaran lakonan dan berhati-hati memilih cerita & watak untuk mengelakkan fitnah.
Ashraf Muslim berkata lagi, ““Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya.”
Tahniah Ashraf...

Sunday, 17 April 2011

Kerjaya Lebih Utama Berbanding Undang-Undang, Kata Memey

Sincerity is My Priority

Alafana nak tergelak besar baca kenyataan tak berotak pelakon yang popular dek populariti murahan Memey Suhaiza.


“Saya dalam dilema, tak pergi (mahkamah) salah, pergi pun rasa bersalah,” kata pelakon Suhaiza Suhaimi atau Memey, 23, berhubung kegagalannya menghadiri perbicaraan kes tuduhan berkhalwat tiga tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, kelmarin.

Memey yang terbabit dengan penggambaran drama, Timah Labuci di Bahau, Negeri Sembilan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana pihak produksi enggan melepaskannya.

Menurut Memey, dia berbincang dengan pihak produksi drama berkenaan sebelum tarikh perbicaraan berlangsung, namun mereka (produksi) berkeras tidak membenarkannya kerana akan mengganggu kelancaran sesi penggambaran.

“Saya jadi serba salah, jika saya hadir juga ke mahkamah, ia akan menyusahkan pelakon lain dan kru produksi, sekali gus mengganggu sesi penggambaran memandangkan saya pelakon utama drama terbabit.

“Jangan salah faham, saya bukan sengaja tidak mahu ke mahkamah, tetapi apa saya boleh buat. Kedua-duanya penting, sama ada kes mahkamah dan berlakon, namun saya terpaksa mengutamakan kerjaya terlebih dulu,” katanya.

Pada Alafana betapa tinggi komitmen kita pada kerjaya, perintah mahkamah tidak bole diketepikan dan jika benar pihak produksi tidak benarkan Memey menghadirii perbicaraan Mahmkamah kenalah ambil tindakan terhadapp pihak produksi keranan menghalang proses keadilan, perlu diingatkan Memey bukanlah saksi tetapi merupakan Orang kena Tuduh.

Baguslah sangat Mahkamah keluarkan waran tangkap kepada Memey dan Norman kerana tidak menghormati proses undang undang negara.

Laggipun, tarikh perbicaraan mestilah telah diberikan lebih awal takkan lah tak bole nak rancangan masa atau memberitahu pihak roduksi lebih awal dan Norman boleh batalkan penampilan kat TV pada  hari perbicaraan.

Nabil Buat Lawak Tak Kelakar Hina Orang Berbadan Besar

Sincerity is My Priority


Alafana nak cerita tentang minggu setiausaha yang dijayakan oleh Nabil bersama dengan Sharifah Shahira dan Anuar Zain baru-baru ini.

Bukan apa, ada beberapa tetamu yang hadir kurang senang dengan lawak jenaka yang Nabil dah buat. Lawak tu memang lawak tetapi tak berapa nak sensitif dengan orang yang ada dalam majlis tersebut.

Kalau mengikut aduan peminat yang hadir banyak kali juga Nabil sebut pasal silikon dan usik orang yang berbadan besar dengan perkataan gemuk. Ramai yang suka tapi ramai juga yang pura-pura suka.

Mungkin Nabil terlepas pandang soal ini. Alafana tak rasa Nabil bertujuan lukakan hati mereka walaupun ramai yang mengadu hal yang sama pada Alafana. Tak mengapalah, ini pun hal kecil sahaja.

Kelakar tu biarlah biarlah bertempat dan mengambil kira aspek sensitiviti masyarakat. Biarlah jadi pelawak yang berilmu. Penting ilmu tu walaupun di dalam dunia hiburan. Majlis Minggu Setiausaha ramai dihadiri oleh boss dan setiausaha yang educated gitu...

Zarina Lavocah Bidas Media Arus Perdana

Sincerity is My Priori


Zarina Anjoulie Lavocah sudah letih dan muak dengan permainan media arus perdana Katanya media. Selalu sangat manipulasi ceritanya.

‘‘Apabila keluar saja cerita tentang saya, semuanya cerita buruk. Diputar belit sewenang-wenangnya. Lari sungguh daripada fakta sebenar,’’ katanya bersungguh-sungguh.

Bercerita lanjut tentang persamaan nama Faezah Elai dengan nama dramatis Faezah Elai, wanita ini punya alasan sendiri.
‘‘Dalam dunia ini, mungkin ada nama yang sama dengan nama individu yang dimaksudkan (dalam status). Tapi saya tetap enggan mengulas tentang perkara ini,’’ tegasnya.
Ditanya kenapa Zarina menyalahkan media dalam mengkhabarkan perkara tidak baik tentang dirinya, wanita ini punya sebab tersendiri.

‘‘Minta maaf sebenarnya saya sudah hilang kepercayaan kepada media. Adakah anda boleh menuduh saya kerana berasa begitu? Selepas segala peristiwa yang berlaku mengapa saya perlu jadi bodoh untuk jatuh kepada ‘perangkap’ media,’’ katanya dalam nada cukup geram.

Media seolah-olah menghentam belakangnya tanpa memberi peluang kepadanya dengan cara yang lebih adil.
‘‘Saya tahu media ada kuasa untuk mempercayai setiap peristiwa yang dilaporkan.
‘‘Sebab itu, saya bersikap lebih optimis kali ini, tak mahu dipergunakan lagi. Saya hanya akan menjawab seandainya perlu. Itu pengajaran yang saya dapati setelah beberapa kali terperangkap.
‘‘Peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku sebenarnya menjahanamkan karier saya. Cukuplah!,” bicara akhirnya.