Hebat segelintir masyarakat di Putrajaya sekarang ini. Kesedaran tentang hak mereka dan sikap invidulistic mereka semakin terserlah. Syabas ! Dalam akhbar hari ni (Isnin Feb 28) ada laporan berkenaan Perbadanan Putrajaya akan melupuskan kucing peliharaan yang memasuki kawasan rumah jiran di sekitar Putrajaya kerana boleh menyebabkan kacau ganggu pada pendudk lain, kata Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj Zaharah Salamat.
Setahu AlamFana kucing-kucing peliharaan ni walaupun berkeliaran di sekitar kawasan perumahan tetapi mereka tidak akan berani masuk ke dalam rumah yang tidak dikenali selain rumah tuannya. Kalau berlegar pun hanya kat compound rumah je kot, Nama pun kucing peliharaan bukannya kuing hutan/liar...teruk sangat kah kerosakan yang boleh dilakukan oleh kucing-kucing peliharaan ini? kalau tak suka just halau cara baik je mesti lari kucing tu dari compound/taman rumah tak perlu lah adu pada pihak berkuasa tempatan untuk dilupuskan kucing berkenaan.
Bagaiman cara kucing kucing dilupuskan tidak pula dihuraikan oleh Zaharah, buang dalam longkang ke? Simpan dalam stor PPj? Hantar kat SPCA ke wallah hualam.
Ya lah kat Putarajaya kan ramai pegawai-pegawai kerajaan so boleh lah laksanakan macam-macam undang-undang yang tak boleh diterima dek akal untuk dapatkan privacy hingga rasa tergannggu dengan kehadiran kucing.
Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing.
No comments:
Post a Comment