Hari ini akhbar mingguan Malaysia masih lagi mengulas mengenai sikap mulut celupar sesetengah artis Malaysia yang mengeluarkan kata kata kesat terhadap artis lain. memang AlamfFana ada menonton A.Aida ketika mengulas kemelut dia dengan Shireen Iskandar (anak aktres Aznah Hamid) rancangan Melodi. Terkejut juga AlamFana perkataan 'kepala hotak' terhambur keluar dari mulut produser drama itu.
Selepas itu AlamFana dikejutkan pulak dengan berita kata-kata kesat yang dihamburkan oleh Ifa Raziah di laman twitternya menyerang Safura. Tak sanggup nak baca kata kata kesat tu.
Walaupun marah macam mana sekali pun, jagalah adab dalam berbicara kerana kata-kata yang dikeluarkan menggambarkan diri kita, peminat akan menyampah dan terus memandang serong terhadap industrri hiburan tanahair. Dah lah pencapaian industri yang membanggakan tak seberapa tetapi seringkali dilanda pelbagai kontroversi murahan.
No comments:
Post a Comment